Adakah bisnes online anda memerlukan anda untuk memiliki sistem autoresponder?
Sudahkah anda buat pilihan, sama ada…
1. Nak guna autoresponder free atau berbayar?
2. Nak guna autoresponder tempatan atau autoresponder luar negara?
3. Nak guna autoresponder yang harga dia tetap atau nak guna autoresponder yang kosnya bertambah dengan pertambahan senarai emel anda?
4. Anda nak guna autoresponder yang hanya perlu bayar sekali sahaja seumur hidup?
Artikel review sistem autoresponder emelmatik.com ini saya hasilkan bagi membantu anda untuk buat keputusan, sama ada autoresponder ini sesuai digunakan untuk perniagaan anda atau tidak.
Saya faham, anda keliru, dan masih lagi berbelah bahagi sama ada nak guna autoresponder emelmatik, atau anda patut guna autoresponder lain yang lebih popular seperti Getresponse dan juga Aweber.
Memandangkan saya juga adalah pengguna autoresponder Emelmatik, jadi, saya harapkan semoga perkongsian pengalaman ini dapat bantu anda buat keputusan sama ada nak guna emelmatik atau tidak.
Saya persembahkan kepada anda, review saya tentang autoresponder emelmatik.com
****
1. Emelmatik menawarkan pelan langganan PERCUMA selama 365 hari
Sumber: Emelmatik Home Page
Guna tanpa perlu sebarang bayaran selama setahun.
Anda tak perlu terus bayar apa-apa untuk pandu uji sistem emelmatik. Jika anda tak suka, anda boleh tinggalkan sistem autoresponder ini.
Anda boleh lihat prestasi autoresponder ini dan lihat sejauh mana ia mampu meningkatkan pendapatan anda.
Kalau autoresponder ini bermasalah… selalunya pada bulan ketiga dan seterusnya, anda dah boleh lihat. Namun pada waktu itu, anda tak rugi apa-apa, sebabnya anda tak perlu bayar apa-apa untuk jadi pengguna dan pelanggan emelmatik.
Saya sendiri bermula dengan free account.
Hanya apabila saya dah betul-betul puas hati, barulah saya upgrade jadi pengguna premium.
2. Emelmatik dan pelan premium sekali bayar seumur hidup
Pelan premium bayar sekali untuk penggunaan life time, harganya telah dinaikkan beberapa kali.
Seingat saya, pada awal-awal pelancaran dulu, emelmatik hanya tawarkan kos serendah RM120 sahaja.
Kemudian dinaikkan kepada RM150.
Sekarang? RM175. Siapa tahu… lepas ini kos tersebut akan dinaikkan lagi.
Ia masih lagi murah dan amat berbaloi.
Pada waktu saya menulis catatan ini, saya dah melanggan autoresponder Aweber untuk bulan yang keempat.
Dah lebih RM300++ dilaburkan untuk kos sewaan autoresponder mereka.
Apa yang saya cuba sampaikan ialah, dari segi penjimatan, Emelmatik MENANG!
3. Cara guna dan setting emelmatik sangat mudah
Ini betul-betul berlaku.
Fakta.
Sangat senang nak setting autoresponder ini. Untuk mereka yang pertama kali guna autoresponder juga tak akan ada masalah untuk setting autoresponder ini.
Anda disediakan dengan panduan dalam bahasa Melayu yang membincangkan cara untuk setting autoresponder ini.
Anda boleh download panduan pemasangan percuma tersebut di sini.
Malahan, jika anda adalah pembeli produk saya, iaitu Panduan Dominasi FB Group, saya turut dedahkan kepada anda, cara saya setting sistem autoresponder ini.
4. Support yang A+
Terbaik dari segi support.
Lebih-lebih lagi kalau anda dah pernah add dan dah pernah berkenalan dengan pemilik Emelmatik.
Saya sendiri pernah tersilap setting semasa hantar emel kepada subscriber.
Dengan pantasnya… owner Emelmatik maklumkan pada saya tentang kesilapan yang saya dah buat.
Nak tahu apa sebenarnya yang berlaku pada waktu ini? Baca artikel bertajuk: Keistimewaan dan kelebihan guna sistem autoresponder emelmatik
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya bercerita tentang sistem autoresponder emelmatik dalam blog ini.
Saya juga pernah beritahu, 10 sebab kenapa saya guna sistem autoresponder emelmatik.
Jika anda baca artikel tersebut, ia juga sebenarnya adalah sebahagian daripada review saya mengenai emelmatik.
Memandangkan saya tak bercadang untuk ulang-ulang tulis perkara yang sama, maka ada baiknya saya berhenti dulu sampai sini.
Jika anda memang utamakan elemen penjimatan dalam kempen pemasaran online anda, emelmatik adalah pilihan yang sesuai.
Jadi, nasihat saya, dapatkan segera sementara harga yang ditawarkan masih lagi rendah.
Lock in best price, ok?
Klik sini —> Best Price Emelmatik
[hcshort id=”9″]
Manan Qayyim says
emelmatik ni base kat Malaysia ke?
sabree hussin says
Emelmatik ni company Malaysia punya 🙂
wan says
saya try emelmatik , problem nya subscriber tak dapat followup email, ker saya yang salah setting, Tapi email confirmation subscriber dapat bagi yang guna Gmail, bagi yang guna Hotmail langsung tak dapat..
sabree hussin says
Tak tau, saya pakai emelmatik ok je, subscriber saya masih boleh terima emel.
Tetapi, emel dari Hotmail, Yahoo dia memang bermsalah sikit. Even Aweber pun kadang-kadang tak boleh masuk dalam inbox
Faris Naqib says
Thank you dengan info yang diberikan. Boleh saya try explore nanti..