Apa yang menarik menunggu sepanjang September 2015?

by sabree hussin on September 1, 2015

in Personal

Hari pertama bulan September 2015. Kalau ikut apa yang saya baca dari pelbagai sumber berita, dikhabarkan bulan September ni, kita akan melalui satu fasa kehidupan yang lebih mencabar. (Eh macam lah bulan-bulan dan tahun-tahun sebelum ni kurang mencabar)

 

Faktor ekonomi akan jadikan kehidupan setiap orang akan jadi lebih tertekan. Kalau sebelum ni dah sedia susah, bulan ni kena lebih berjaga-jaga. Bulan ni berkemungkinan akan jadi lebih sukar jika tak ada penambahbaikkan yang dilakukan untuk tingkatkan ekonomi diri dan keluarga.

 

Kalau asyik cerita bab susah, mencabar, dan tertekan sahaja, apa sebenarnya yang menarik yang bakal menunggu kita sepanjang bulan September 2015 ni?

 

Harga petrol dan diesel untuk bulan September 2015

harga_petrol_september_2015

Berita dari Sinar Harian Online:

SHAH ALAM – Harga runcit petrol bagi RON95 dan RON97 turun 10 sen bermula tengah malam ini.

Harga baharu bagi RON95 adalah RM1.95 seliter, manakala RON97 menjadi RM2.35.

Harga bagi diesel juga mengalami penurunan sebanyak 15 sen, daripada RM1.95 pada Ogos, kepada RM1.80.

 

Alkisahnya, kerajaan kita sekarang ni nak buat revision pada harga minyak setiap bulan. Bermakna, setiap 1hb, akan ada harga baru yang diperkenalkan. Sama ada harganya akan naik melambung, ataupun akan turun sedikit. Sebenarnya kan, walaupun petrol cuma naik 10 sen, saya dah rasa macam mahal dah ha ha

 

Kalau kita lihat dari sumber berita, nampaknya harganya turun untuk bulan September ni. Baguslah harga petrol dah turun walaupun cuma 10 sen. Bulan ni, ada hari raya haji. Jadi dengan penurunan harga petrol ni, dapatlah rakyat Malaysia beli petrol dengan harga yang lebih rendah. Nak balik kampung nanti weyh. Baru-baru ni pulak ada perhimpunan Bersih 4.0, dan kalau harga petrol naik, nampak sangat kerajaan tak sensitif.

 

Servis penulisan artikel advertorial

software_bina_laman_web

Untuk bulan September ini, saya akan terus tawarkan servis advertorial ini bagi yang berminat dan yang memerlukannya. Kalau sempena pra pelancaran servis ini pada bulan Ogos 2015 yang lalu, saya tawarkan dengan harga yang super murah, which is RM5 per advertorial, bulan September ni promosi tersebut dah saya tamatkan dan gantikan dengan yang baru.

 

Tahniah dan terima kasih buat yang dah dapatkan slot pengiklanan anda di blog ini. Hingga pada saat entri ini saya tulis, masih ada beberapa lagi advertorial yang sedang dalam proses untuk disiapkan.

 

Cerita bab harga, untuk servis pengenalan, memang sengaja saya tawarkan harga yang sebegitu rendah. Tujuannya, tak lain dan tak bukan untuk membuka peluang kepada mereka-mereka yang mungkin tak pernah menggunakan kaedah pengiklanan advertorial, supaya dapat merasai sendiri pengalaman menggunakan kaedah pengiklanan ini.

 

Ada sebilangan usahawan yang dah dapatkan slot pengiklanan ini. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan. Kat sini saya nak kongsikan antara advertorial yang saya kira menarik

 

1. Garam mandian assyifa’

garam_mandian_assyifa

klik sini untuk baca

2. Tiket masuk ke Universal Studios Singapore dengan harga Diskaun

tiket_masuk-universal-studios-singapore-murah

klik sini untuk baca

 

3. Plain Shawl yang tidak jarang dan murah keluaran Rostia Shawl House

shawl_terkini_murah

klik sini untuk baca

 

Bisnes Best Mobile? Apa status syarikat sekarang?

Ini satu soalan yang saya sendiri tak ada jawapannya. Buat masa ni, saya langsung tak menerima sebarang berita terkini mengenai status syarikat ini. Update yang terakhir pun adalah pada bulan Julai 22hb. Sekarang dah September!

best

Semua dah mula tertanya-tanya, apa sebenarnya hala tuju syarikat? Adakah syarikat sedang dilanda masalah? Adakah syarikat pun terkesan dengan kejatuhan matawang ringgit berbanding USD?

 

Bisnes Tone Excel?

Ketika Best Mobile seakan-akan hidup segan mati tak mau, Tone Excel mula menunjukkan taringnya.

promosi_tone_excel

Ada banyak pembaharuan nampaknya diperkenalkan. Promosi pun nampaknya dah makin menarik, dan yang tak kurang bestnya ialah, harga untuk langganan internet 1GB dah diturunkan. Kalau sebelum ni, harga untuk langganan 1GB data ialah RM42, sekarang ni dah pun turun jadi RM38 sahaja.

 

…dan kalau anda lihat promosi terbaru diatas, anda akan dapat FREE data 1GB setiap kali anda topup RM30 dan ianya valid selama 30 hari. Nah… MURAH kan sekarang pakai Tone Excel?

 

Baguslah, sekarang ia dah jadi lebih kompetitif dan setanding dengan lain-lain simkad yang ada kat luar sana. Kebanyakkannya dalam range RM38 untuk 1 GB. Tak tau la pulak kalau nanti, syarikat-syarikat telco akan kurangkan lagi caj langganan tu.

 

Program affiliate untuk produk fizikal

Kalau sebelum-sebelum ni, memang kebiasaannya program affiliate yang saya join adalah jenis yang mempromosikan produk-produk digital sahaja. Kali ini, In Shaa Allah saya akan pelbagaikan lagi portfolio dan tambahkan produk fizikal jugak.

program_affiliate_produk_fizikal

 

Memandangkan program affiliate ini, menggalakkan ahlinya untuk membina rangkaian pengedar, jadi saya dah siapkan beberapa perancangan untuk mereka yang berminat untuk join saya sebagai affiliate. Mudah sahaja, pastikan anda dah pun daftar nama dan alamat emel anda di laman web berikut:

Daftar disini: http://ejen-bisnesfizikal.blogspot.com/

 

Dari masa ke masa nanti, In Shaa Allah saya akan kongsikan tips promosi produk affiliate kepada anda.

 

Sebenarnya ini bukannya satu-satunya program affiliate untuk produk fizikal yang saya join. Ada beberapa lagi.

 

Saya perasan, bisnes tudung adalah antara bisnes yang mempunyai demand yang tinggi. Bukan orang perempuan je yang suka beli tudung, malahan orang lelaki pun suka juga beli tudung. Sama ada untuk dihadiahkan kepada kekasih, tunang, isteri, emak dan sebagainya. Jadi, why not saya cuba nasib untuk join bisnes jual tudung. Lagipun, risikonya sangatlah rendah.

bisnes_affiliate_jual_tudung

Syarikat ni pun ada tawarkan peluang untuk jadi ejen affiliate.

Boleh klik sini untuk daftar sebagai ejen

d

Dalam pada bulan lepas jugak, saya ada daftar macam-macam lagi program affiliate yang khusus untuk menjual produk fizikal. Saya masih fikir lagi, macam mana agaknya ya cara terbaik nak promosikan produk dari Lazada dengan Zalora. Komisyen yang diorang bagi pun best jugak.

 

Apa yang berkesan dalam bulan-bulan lepas, akan saya ulang semula formulanya. Mana yang nampaknya kurang berkesan, dan kurang beri hasil, slowly kena kurangkan. Eh bulan ni dah kena start cari modal nak beli rumah la.

Be Sociable, Share!

{ 13 comments… read them below or add one }

Raihanah Ahmad September 1, 2015 at 10:09 am

baguslah, cuma minyak patut lebih murah daripada skrg

Reply

sabree hussin September 2, 2015 at 12:12 am

Lagi murah lagi best boleh travel jauh sikit, dan banyak tempat dalam Malaysia kita boleh berbelanja

Reply

onlajer September 1, 2015 at 6:44 pm

banyak projek boss bulan 9 ini

Reply

sabree hussin September 2, 2015 at 12:12 am

Ni pun masih belum cukup ni sebenarnya. Nak kena tambah lagi projek lain pulak

Reply

zool September 1, 2015 at 10:13 pm

baguslah banyak projek camni..
lebih bermotivasi nanti

Reply

sabree hussin September 2, 2015 at 12:16 am

Itulah yang sangat diperlukan pada masa ni. MOTIVASI

Entah kenapa, bolehada pasang dan surut pulak

Reply

Uncle Zuan September 1, 2015 at 10:57 pm

banyak cerita bulan sembilan ni. hehe lookin forward

Reply

sabree hussin September 2, 2015 at 12:17 am

Nak moving forward ni, banyak jugak damage yang dah berlaku sebelum nak masuk ke bulan September ni

Reply

myrujukan September 2, 2015 at 2:13 pm

yang BESTMobile tu berita panas, x tau apa kesudahannya, paling tidak mereka patut update berita terkini perkembangan mereka, ni senyap x tau apa kita sebagai orang bawah nak buat

Reply

sabree hussin September 4, 2015 at 9:14 pm

Itu la yang agak kecewa sekarang ni. Usaha dan penat lelah sebelum ni terasa sia-sia kalau tak ada sebarang berita macam sekarang ni

Reply

titan September 4, 2015 at 1:18 am

tahun ni..aku slow down.

build semula mana yang tak sempat buat dulu. hoho

Reply

sabree hussin September 4, 2015 at 9:17 pm

Adakah ni bermakna tahun hang tuai hasil sebelum-sebelum ni?

Reply

Ummi Hanie September 7, 2015 at 4:34 pm

saya suka september… kerana ia bulan istimewa saya… 🙂

ps: saya berminat utk slot advertorial Sabree

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: