Salam, ada jual simkad 1 Malaysia tak?
Huh?
Sim Kad 1 Malaysia? Ok… saya tak jual sim kad tu. Kalau bab-bab sim kad ni, saya cuma jual simkad Tone Excel. Sim kad dari Telco lain, masih lagi tak terbuka hati nak jual. Lagipun, saya tak nampak lagi, apa untungnya jual simkad Telco lain ni?
Saya orang meniaga ma…
Buat kerja mesti kena ambil kira bab untung rugi. Kalau untung, saya akan usahakan untuk dapatkan jualan, kalau tak untung, buat apa nak ambik risiko untuk rugi? Haish…
Macam mana dengan prestasi jualan sim kad Tone Excel saya?
Alhamdulillah.
Sekarang ni, saya sedang cuba maintain, satu hari satu jualan.
Maka bermacamlah teknik dan strategi yang saya jalankan, termasuklah strategi jualan yang saya terangkan dalam ebook Seni Jualan Psiko Pelanggan.
Adakah setiap hari confirm ada jualan?
Inilah istimewanya perniagaan dalam konteks network marketing.
Adakalanya, saya tak dapat nak hasilkan jualan untuk diri sendiri, tetapi “kegagalan” saya hasilkan jualan dalam sehari tu, telah pun di cover oleh network saya.
Sasaran saya untuk miliki 1,000 orang downline dalam masa setahun.
Tak kiralah sama ada downline tu berada di level 1 ke, level 2 ke ataupun pada level 3. Mana-mana pun boleh.
Soal duit, saya nak tolak tepi dulu (walaupun pada saat-saat ini, saya memang sangat memerlukan duit). Tak pe… one day, dengan izin tuhan, saya akan berkenalan juga dengan satu kehidupan dimana pada waktu itu, duit bukan satu isu besar.
Jadi sekarang ni, apa yang saya nak fokuskan ialah, macam mana nak dapatkan lebih ramai kawan. Walaupun, kawan-kawan ini adalah kawan-kawan bisnes, namun saya yakin, kawan-kawan seperti ini juga tak kurang pentingnya dalam perkembangan dan pembangunan hidup saya!
Pengalaman paling berharga yang dapat saya kutip sepanjang saya bergiat aktif dalam perniagaan ini, dah tentunya pengalaman berbisnes.
Bisnes saya sebelum ni, bisnes kedai runcit, at least kena ada dalam RM10,000 – RM15,000 untuk mula meniaga. Baru nampak cantik dan macam-macam barang yang boleh dibeli.
Dengan bisnes Tone Excel, anda boleh mula berniaga dengan modal serendah RM90 sahaja. Bayangkan, dengan modal serendah RM90, anda boleh belajar selok belok tentang dunia perniagaan, dari segi macam mana nak buat marketing, macam mana nak manage team, macam mana nak jadi ketua dalam sesebuah network.
Saya akui, dalam bisns ni, ada yang beranggapan bisnes nampak macam low class. Tak ada standard dan sebagainya. Tapi bagi saya, bisnes ni best. Tak perlu nak susah payah nak bina premis perniagaan dan pakai pakaian smart smart, itu semua tak perlu.
Memang betul, dalam bisnes ni, ada antara kami yang berjaya jana wang besar! 4 angka sebulan, 5 angka sebulan dalam bentuk komisyen, itu biasa.
Saya anggap sebagai reward sebab cukup berani dan sabar dalam berbisnes. Juga sebagai balasan atas usaha keras yang dilakukan selama ni.
Pasal sim kad 1 Malaysia tu…
Sebenarnya tak ada orang PM saya tanya pasal simkad tu. Dia nak beli.
Pakai simkad tu kan murah, sebulan pakai baru RM25 untuk 1GB.
Disebabkan dia tanya macam-macam pasal simkad Tone Excel, sekarang ni sikit-sikit tahulah jugak yang sebenarnya Tone Excel pun ada pakej internet mingguan.
RM17 je seminggu 🙂
Kesimpulannya, kita dapat belajar banyak perkara, walaupun prospek tu tak beli dari kita. Jadi, janganlah jemu nak layan potential customer.
Nak tau lagi banyak macam mana nak bina perniagaan dengan sim kad Tone Excel ni? Muat turun panduan kat sini.
Farid Laham says
ramai orang cari simkad ni…mungkin internet die laju kut hehe
sabree hussin says
Orang cari sebab murah je tu
Aishah Ahmad says
masih ada jual lagi sim 1M tu? serius ada part yg tak suka pasal sim 1M ni
broFami says
saya rasa bertuah dapat sertai network tuan.. klo nak tahu sebenarnya dengan simkad Tone excel kita boleh dapat 1GB cuma RM2 saje.. tapi ada lah trick dia.. hehe 😀