Adakah anda berminat nak bekerja dari rumah? Boleh je, tak ada masalah. Jika anda menepati syarat-syarat yang bakal dibincangkan kat sini, saya percaya anda juga boleh mula bekerja dari rumah pada hari ini juga. Tak kira siapa anda, sama ada anda seorang pelajar universiti, suri rumah, pegawai eksekutif, pekerja kerajaan mahupun pekerja swasta, jika anda boleh ikut syarat-syarat ini, maka anda juga layak untuk bekerja dari rumah.
Kesemuanya ada 9 syarat sahaja. Ya, 9 syarat untuk anda penuhi jika anda serius nak bekerja dari rumah. Kalau syarat-syarat ni anda tak dapat nak ikut, saya khuatir anda akan ada masalah untuk mula bekerja.
Untuk makluman anda, kesemua syarat-syarat ini adalah sama seperti yang anda boleh baca di laman web Jobdirumah. Memandangkan penerangan yang diberikan di laman web tersebut agak ringkas, jadi saya kira ada baiknya saya huraikan serba sedikit disini.
Huraian ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri bekerja dari rumah. Mungkin anda juga patut tahu, sebelum buat keputusan untuk terjun dalam bidang ini. Ok jom kita lihat apa dia syarat-syarat untuk bekerja dari rumah tu ya.
(1) Boleh menulis, membaca dan FAHAM bahasa Inggeris
Bagaimana dengan penguasaan anda terhadap Bahasa Inggeris? Syarat paling asas ialah anda mesti mampu untuk menulis, membaca dan faham bahasa inggeris. Kebanyakkan peluang-peluang kerja datangnya dari majikan di luar negara.
Bakal majikan anda boleh jadi adalah orang perseorangan ataupun syarikat yang menjalankan perniagaan atas talian. Mereka memerlukan khidmat dari freelancer atau pekerja bebas untuk membantu mereka menyiapkan beberapa tugasan mudah seperti key in data, menulis ayat iklan, membuat kajian dan sebagainya.
Kerja-kerja ini memang mudah. Walaupun begitu, ia memakan masa yang agak lama. Daripada majikan tersebut habiskan masa untuk buat kerja-kerja remeh yang tak memberi sebarang pulangan, adalah lebih baik mereka ni fokus pada kerja lain yang lebih kritikal dan menyumbang lebih banyak pendapatan kepada perniagaan mereka.
Contohnya buat pemasaran dan melakukan jualan. Cuba anda bandingkan, antara buat jualan dengan key in data, mana satu yang boleh hasilkan pendapatan? Sudah tentulah jawapannya buat jualan. Jadi inilah situasi yang perlu dihadapi oleh bakal majikan anda. Jika mereka fokus pada kerja-kerja yang tidak menghasilkan sebarang pendapatan, masa mereka akan berlalu begitu sahaja tanpa hasil. Daripada dia buat semua kerja-kerja ni, lebih baik dia upah orang lain.
(2) Menggunakan komputer dengan internet dengan baik
Anda perlu mempunyai penguasaan yang baik dalam penggunaan sistem komputer. Tau guna microsoft office. Tau guna words, excel, dan sebagainya. Bergantung pada jenis pekerjaan yang ditawarkan. Yang penting anda tahu macam mana nak gunakan perisian-perisian yang diperlukan.
(3) Mempunyai Komputer atau Laptop sendiri
Sebaik-baiknya begitu. Ini untuk memudahkan anda buat kerja jugak. Kalau anda terpaksa pinjam komputer orang lain, dikhuatiri ini akan mengganggu produktiviti anda.
(4) Mempunyai akses ke talian internet di rumah
Sambungan internet mestilah di tahap yang baik. Tak ada masalah tiba-tiba terputus, habis kuota dan sebagainya. Sebagai alternatif anda memang boleh bekerja dari cyber cafe atau perpustakaan awam, namun kurang digalakkan. Ia akan lebih menyusahkan anda untuk bergerak ke sana dan ke mari.
Situasi yang lebih ideal bagi mereka yang nak bekerja dari rumah sudah tentu perlu ada sambungan atau akses internet dirumah. Barulah selesa nak buat kerja.
(5) Mampu bekerja sendiri tanpa sebarang pengawasan
Bukan semua orang mampu bekerja tanpa pengawasan. Godaan untuk buat benda yang tak ada kena mengena dengan urusan kerja sangatlah kuat bila bekerja dari rumah ni. Ada-ada sahaja gangguan yang akan mengganggu fokus kita. Sama ada TV, handphone dan macam-macam lagi.
Kalau anda jenis yang ada pengawasan pun masih lagi mengelat dan culas bila bekerja, saya tak tau la sama ada anda boleh bekerja sendiri atau tidak. Silap-silap anda akan tinggalkan sahaja kerja-kerja yang berlambak tu dan buat benda lain yang lebih seronok. Bahaya tau sikap macam tu.
(6) Berupaya memahami dan mengikuti arahan yang di beri
Ini perkara yang anda perlu tahu. Bakal majikan hanya akan berikan tugasan kepada mereka yang FAHAM dan mampu IKUT arahan yang diberi. Selalunya bakal majikan akan iklankan tawaran projek atau job di laman web direktori pekerjaan. Contohnya macam ni.
Ini adalah contoh iklan pekerjaan dalam bidang data entry. Upahnya adalah bersamaan dengan USD25 dan anda diminta untuk mendapatkan maklumat tentang kolej yang terdapat di US. Selain itu, pihak yang menawarkan job ini juga ada berikan details tambahan tentang kerja ini.
Jika anda minat nak buat, kena tekan butang “Submit a Proposal“. Prosesnya memang nampak mudah. Itupun jika anda faham bahasa inggeris. Selalunya bakal majikan ini TIDAK AKAN MELAYAN sebarang soalan dari mereka yang minat nak bekerja.
(7) Bersedia untuk bekerja keras
Bekerja keras. Ah…. kerja dari rumah pun kena kerja keras jugak ke? Eh mestilah. Untuk sesetengah jenis pekerjaan, ianya sangatlah leceh dan remeh. Banyak benda nak kena buat. Banyak benda nak kena baca. Kalau kerja-kerja jenis “research” lagilah banyak laman web nak kena bukak dan banyak perkataan yang perlu dibaca.
Kena kerja keras, barulah mudah nak siapkan sesuatu pekerjaan.
(8) Bermotivasi dan mahu belajar perkara baru
Anda mungkin akan dapati, pada masa-masa tertentu, tak ada satu pekerjaan pun yang anda tahu macam mana nak buat. Ataupun anda akan temui beberapa jenis pekerjaan yang nampak mudah untuk dilakukan, tetapi anda tak mahir nak buat kerja tu. Ini bermakna anda perlu BELAJAR.
Nak belajar kat mana? Kena belajar sendirilah. Andai kata anda berminat nak bekerja jadi seorang jurutaip. Pekerjaan itu juga memerlukan anda mempelajari beberapa perkara dan skil tertentu, antaranya ialah anda kena belajar macam mana nak menaip dengan LAJU dan pada masa yang sama anda boleh menaip tanpa kesalahan ejaan. Ya, dalam bahasa Inggeris juga.
(9) Mempunyai disiplin diri yang tinggi
Disiplin. Ini sesuatu yang sangat jarang dipunyai oleh individu yang bercita-cita nak bekerja dari rumah. Sangat jarang. Mereka yang mempunyai disiplin diri yang tinggi pasti tak akan mengalah apabila menghadapi cabaran dan kesukaran untuk dapat kerja. Bukan masalah kerja tu tak ada, tetapi ada banyak calon yang bersaing untuk kerja yang sama.
Apa yang saya dapat katakan ialah, mempunyai disiplin diri yang tinggi adalah salah satu keperluan dan syarat yang penting untuk berjaya dalam bidang ini.
Nampak macam susah kan bekerja dari rumah ni? Oh saya tak akan kata susah. Saya akan kata, ianya mencabar. Sebenarnya kerja kat mana-mana pun pasti ada cabarannya. Lain tempat maka lainlah cabarannya. Kalau kita tak boleh nak sahut cabaran langsung, kita nak jadi apa? Dalam hidup kita ni pun, sesekali kita akan diuji dengan macam-macam halangan dan cabaran, betul tak?
Apa pun semua ni boleh belajar. Kita adalah manusia yang Allah ciptakan lengkap dengan akal. Semua kemahiran dan pengetahuan yang kita tak ada tu, kita boleh belajar. Itu pun jika anda sanggup untuk belajar. Orang putih ada kata,
The more you learn, the more you will EARN.
Jadi? Belajarlah. Salah satu tempat anda boleh belajar dengan lebih mendalam tentang bekerja dari rumah adalah menerusi panduan Jobdirumah ini.
Tak pandai tak apa. Boleh belajar. Tapi kalau tak nak jadi pandai… hmm saya pun tak boleh nak kata apa. Hidup anda, masa depan anda, anda yang tentukan. Saya cuma kongsikan apa yang saya buat, dan peluang-peluang yang ada disekeliling anda untuk tambahkan pendapatan hanya dengan bekerja dari rumah.
Kalau anda tak minat, tak nak, memang tak ada sesiapa boleh paksa. Akan tetapi, jika anda nak mencuba, boleh daftar kat sini secara percuma sahaja dulu.
Baca juga: Contoh-contoh pekerjaan online MUDAH yang boleh dilakukan dari rumah secara part time
Leave a Reply