UNTUNG 4 kali ganda! Jual produk Shopee ke luar negara!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Perlu ke dapatkan Panduan Jobdirumah jika ingin bekerja dari rumah?

November 9, 2015 by sabree hussin Leave a Comment

Sebelum ni saya pernah kongsikan beberapa topik mengenai peluang untuk bekerja dari rumah. Jika anda masih belum baca, bolehlah klik pada pautan yang saya berikan dibawah ni, iaitu

1. Apa yang BEST dengan bekerja dari rumah?

2. Kekurangan dan kelemahan yang perlu anda atasi jika ingin bekerja dari rumah

 

Mereka yang menyimpan hasrat untuk bekerja dari rumah, pasti akan bertemu dengan satu panduan yang memang cukup popular ini. Rata-rata orang bercerita mengenai panduan ini. Penulis blog pun sama, memang sangat ramai yang menulis mengenai panduan ini.

 

Panduan ini diberi nama Panduan Jobdirumah

jobdirumah_com_utama

 

Kali pertama saya temui panduan ini, saya memang tak ambil masa yang lama. Saya terus dapatkan dan terus study panduan ini.

 

Saya memang jenis yang tak kisah ambil risiko. Lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan hal-hal dan perkara-perkara yang memang saya minat nak tahu dan yang memang saya perlukan. Pada masa tu, saya memang dah tahu, yang satu hari nanti saya akan lalui satu fasa yang mana pada fasa tersebut saya akan bekerja dari rumah.

 

Justeru, kat mana lagi sumber rujukan dan tempat pembelajaran tentang bekerja dari rumah yang TERBAIK kalau bukan dari laman web Jobdirumah ni?

 

Disebabkan saya sendiri tak tau, apa sebenarnya matlamat dan tujuan anda ingin bekerja dari rumah, dan pada masa yang sama saya juga tak tau setakat mana anda faham dengan cara kerja apabila bekerja dari rumah, maka dalam kesempatan kali ini, saya akan bincangkan tentang topik ini.

 

“Perlu ke beli panduan Jobdirumah kalau nak bekerja dari rumah?”

Biasanya saya akan kata… “Kalau duit bukan penghalang dan faktor utama untuk anda buat keputusan, beli aje la…”

 

Namun saya percaya, ada ramai sebenarnya yang tak sanggup nak beli disebabkan oleh faktor duit. Maklumlah, RM50 tu bukannya kecil nilainya. Untuk mereka yang bukan dari kalangan keluarga yang berada, ada banyak yang boleh dibeli dengan RM50 tu.

 

Lagipun, RM50 ini nanti kita akan anggap ia sebagai belanja hangus. Anda mungkin akan dapat kembali wang RM50 anda tu dalam kuantiti yang lebih banyak lagi dalam bentuk job atau ada juga kemungkinan yang anda tak akan dapat sebarang pulangan langsung. Lebih-lebih lagi kalau anda tak praktikkan apa yang diajarkan dalam panduan tersebut.

 

Panduan Jobdirumah untuk mereka yang memang ZERO tentang bekerja dari rumah

Masa saya beli panduan ni dulu, waktu tu saya memang tak tau apa-apa tentang bekerja dari rumah. Nak tanya orang lain? Saya memang cukup segan. Lagipun saya tak nak susahkan orang lain. Rasa tak syok la kita nak tanya kat orang for FREE sedangkan sebenarnya cara yang lebih baik untuk belajar ialah dengan melabur terhadap ilmu yang kita mahu.

 

Jadi selepas saya meneliti panduan Jobdirumah ini, bolehlah saya rumuskan bahawa panduan ini adalah sesuai untuk mereka yang memang ZERO dengan hal-hal teknikal dan praktikal yang berhubung dengan bekerja dari rumah sebagai seorang freelancer.

 

Sekiranya anda merasakan yang anda boleh survive tanpa ada sebarang bantuan dan rujukan, maka tak payahlah susah payah nak beli panduan ini. Setengah orang, dia memang tak pandai nak dapatkan job yang boleh dilakukan hanya dari rumah.

 

Untuk anda yang memang dah konsisten dan dengan mudah boleh dapat job, panduan ini adalah optional untuk anda. Tetapi, kalau anda jenis yang nak dapat even 1 job dalam sebulan pun SUSAH, maka invest lah untuk dapatkan panduan ni.

 

Apa sebenarnya yang ditawarkan dalam Panduan Jobdirumah?

Sebenarnya, kalau anda baca laman web utama Jobdirumah disini, anda boleh tahu, apa sebenarnya yang ditawarkan oleh pihak jobdirumah.

 

Ringkasnya, pakej Jobdirumah adalah pakej Ilmu yang mengajar anda selok belok dan cara bagaimana anda boleh bekerja hanya dari rumah. Anda akan didedahkan dengan perihal seperti berikut

1. Jenis-jenis pekerjaan yang anda boleh lakukan dari rumah

Anda akan lakukan kerja sebenar. Its a real work. Sama ada sebagai seorang penulis, programmer, designer, jurutaip dan sebagainya. Tahap kesukaran sesuatu pekerjaan adalah berbeza dan setiap orang mempunyai kepakaran dan pengalaman yang unik untuk menyelesaikan job tertentu.

 

2. Cara menyediakan profil dan juga online resume

Majikan akan menilai sama ada anda layak atau tidak untuk mendapatkan job yang diberikan dengan menilai profil dan juga online resume anda. Kat sini anda kena buat dengan betul dan pastikan profil anda benar-benar menarik dan menyakinkan.

 

3. Apa yang perlu anda lakukan untuk memohon sesuatu pekerjaan

Ada ujian tertentu yang perlu anda duduki. Setiap job, ujiannya berbeza. Ujian ini adalah sebagai proses verifikasi yang menandakan anda benar-benar mempunyai kelayakkan seperti yang anda nyatakan di profil anda.

 

4. Kaedah dan strategi bidding

Setiap orang yang minat nak dapatkan sesuatu job perlu bid pekerjaan tersebut. Caranya adalah dengan menawarkan harga bagi perkhidmatan yang anda ingin tawarkan. Tak semestinya dengan meletakkan harga paling murah anda confirm akan dapat sesuatu job tersebut.

 

5. Alternatif lain jika gagal bekerja dari rumah dan gagal dapatkan job dari majikan

Salah satu alternatif ialah, anda bina sendiri laman web yang menyatakan kemahiran anda. Contoh yang saya sendiri buat ialah di Laman web Servis Advertorial. Jika saya tawarkan servis ini di tempat lain, saya berkemungkinan perlu bersaing dengan lain-lain blogger. Namun, bila saya buat laman web sendiri, saya dah kurangkan persaingan.

 

Servis lain yang ditawarkan oleh Pihak Jobdirumah?

Selain menyediakan tutorial, manual dan panduan untuk menyediakan anda dengan ilmu-ilmu buat duit dengan hanya bekerja dari rumah, pihak Jobdirumah turut menyediakan servis ala-ala laman web Jobstreet.

 

Setiap kali ada kerja kosong, sistem Jobdirumah akan hantar emel kepada anda secara automatik untuk memberitahu terdapat kerja kosong yang mungkin sesuai untuk anda. Jadi, dengan adanya servis ini, anda tak perlu nak online setiap masa, kerana anda akan diberitahu menerusi emel.

 

“Adakah semua orang sesuai dan layak untuk bekerja dari rumah?”

Jika saya sedang mempromosikan skim cepat kaya, saya akan katakan “Semua orang PASTI BOLEH KAYA!”

 

Realitinya tidak begitu. Dalam skim cepat kaya, hanya mereka yang terawal atau mereka yang memperkenalkan program atau skim tersebut sahaja yang akan jadi kaya. Berbalik kepada persoalan utama, iaitu “adakah semua orang layak dan sesuai untuk bekerja dari rumah?”

 

Soalan ini sebenarnya samalah seperti soalan berikut

1. Adakah semua orang layak jadi doktor?

2. Adakah semua orang boleh jadi engineer?

3. Adakah semua orang boleh jadi guru?

 

Dah tentulah jawapannya “TAK SEMUA.”

 

Hanya orang yang ada ILMU sahaja yang berupaya untuk bekerja dari rumah. Sesetengah pekerjaan memang tak sesuai untuk dijalankan dari rumah. Setengah orang, dia memang tak sesuai untuk bekerja dari rumah. Terutama sekali untuk orang yang malas, suka tidur dan tak mampu nak berdikari.

 

Bukan bermakna anda tak akan sesuai untuk bekerja dari rumah sampai bila-bila. Bukan begitu…

 

Sekurang-kurangnya, sehinggalah anda persiapkan diri anda dengan persediaan mental, ilmu dan disiplin untuk bekerja dari rumah.

 

Baiklah, memandangkan anda mungkin akan menempuhi suatu perjalanan yang panjang apabila berhasrat untuk bekerja dari rumah, maka moleklah kiranya dalam perjalanan anda itu nanti, anda terangi dengan ilmu. Ilmu ni sebenarnya anda boleh perolehi dari pelbagai sumber.

 

Sama ada menerusi pengalaman orang lain. Pemerhatian terhadap kejayaan orang lain, ataupun anda sendiri yang pergi belajar dengan individu yang memang tawarkan sesi pembelajaran. Salah satunya adalah menerusi Panduan Jobdirumah.

 

Apa pun, pada saya, saya tak pernah menyesal sebab beli panduan ni. Mungkin sebab saya adalah antara orang yang memang beli sebab nak belajar dan sebab saya nak praktikkan apa yang bakal saya pelajari. Alhamdulillah, hasilnya dapat jugak saya dapat komisyen dari Jobdirumah hampir setiap bulan.

 

Cuma kadang-kadang tu je ada bulan-bulan tertentu yang saya tak dapat komisyen. Itupun sebab bulan tersebut saya agak “malas” dan sibuk dengan kerja-kerja lain yang perlu diberi keutamaan.

 

Apa pun, ini semua cuma pendapat yang saya zahirkan berdasarkan pada pengalaman saya sendiri. Anda mungkin ada pendapat anda sendiri. Apa pun, jika anda betul-betul minat, bolehlah dapatkan panduan jobdirumah ini disini.

 

Semoga selepas ini anda juga berjaya buat duit hanya dari rumah ya. Semoga berjaya!

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Perlu ke ada blog jika ingin bekerja dari rumah?
  2. Kekurangan dan kelemahan yang perlu anda atasi jika ingin bekerja dari rumah
  3. Pengalaman Bekerja Dari Rumah Menerusi Jobdirumah
  4. Bekerja Dari Rumah Atau Berniaga Dari Rumah?

Filed Under: Bekerja dari rumah, Jobdirumah Tagged With: bekerja di rumah, bekerja hanya dari rumah, buat duit dengan jobdirumah, panduan jobdirumah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu
  • Kelebihan Online Travel Agent kepada pengguna dan pengusaha bisnes tempat penginapan
  • Apa itu Online Travel Agency (OTA)?
  • Hati-hati dengan Scammer Bisnes Homestay
  • Adakah homestay anda sesuai untuk tetamu yang datang atas urusan kerja?

Recent Comments

  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu
  • Penulis Upahan - Berbaloi ke bina kerjaya dalam bidang ini? - Sabree Hussin Dot Biz on 17 Cara buat duit online yang anda boleh cuba

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in