10 Tips Pemasaran Emel Untuk Blogger

by sabree hussin on March 11, 2014

in Blogging, Pemasaran Emel

Adakah blogger perlu tahu dan perlu guna pemasaran emel dalam aktiviti blogging mereka?

Jawapan dia berbeza-beza, dan anda boleh dapati setiap blogger akan beri jawapan sama ada perlu, tak perlu, and something in between.

Kalau anda baca blog-blog luar negara seperti blog coppyblogger, johnchow, joel comm, problogger dan sebagainya… persamaan yang boleh kita nampak ialah

Mereka amalkan pemasaran emel dan YA!, mereka akan minta pelawat supaya masukkan nama dan emel ke dalam opt in box yang terdapat dalam laman web mereka.

Anda nak tengok contoh?  lihat ni ———————————————————————->

Tapi kat Malaysia ni lain sikit.

Saya sendiri agak jarang jumpa laman blog yang minta nama dan alamat emel pelawat.

Kalau yang mintak like tu selalulah jumpa. Seolah-olah like tu lebih berharga berbanding alamat email.

Hmm entahlah.

Mungkin bagi dia itu yang terbaik kot untuk karier blogging mereka.  Saya bukan nak judge cara mereka berblogging, tetapi saya nak bagi tips bagaimana nak buat pemasaran emel khusus untuk blogger.

internet-marketing-channels

Sekiranya topik ini menarik bagi anda, apa kata anda luangkan 5 minit sahaja untuk baca ya.

1. Mulakan kumpul senarai emel pembaca dan pelawat blog anda sekarang

Sebenarnya bukan susah pun.

Anda hanya perlu daftar akaun autoresponder (saya pilih Aweber) kemudian bina Opt In form.

Kalau anda tak mahir dalam bab-bab design pun tak ada masalah, sebabnya Aweber ada menyediakan template Opt In form yang menarik dan boleh terus digunakan.

2. Siarkan opt in form dalam blog anda

Ada beberapa lokasi yang saya kira amat sesuai untuk siarkan opt in form tersebut.

Antaranya ialah

–> Di bahagian sidebar

–> Di bahagian artikel bawah sekali

–> Jadikan opt in form sebagai Popup

3. Hasilkan newsletter berkala

Newsletter ini akan dihantar kepada mereka yang subscribe sebagai mailing list anda.

Jika blog anda tentang kewangan, maka hasilkan newsletter juga mengenai topik kewangan.

Apa yang penting ialah anda perlu sediakan content untuk dihantarkan kepada subscriber anda.

4. Hantar kandungan emel yang berkualiti

… atau tak payah hantar apa-apa email langsung.

Macam mana anda nak tau sama ada kandungan email anda tu berkualiti atau tak?

Cuba bayangkan anda ada seorang bos yang sangat garang dan cerewet. Anda bayangkan yang anda bakal emelkan kandungan yang sama kepada boss anda.

Bayangkan, apa reaksi beliau?

Adakah boss anda akan

Suka?

… atau sebaliknya beliau akan maki hamun anda kerana hantar emel yang langsung tak berkualiti. Fikirkan ya.

5. Subjek emel yang menawan

Perkara pertama yang kita akan lihat sebelum buka sesuatu emel yang diterima ialah tajuk emel tu. Kedua, kita akan lihat siapa yang hantar emel.

Kalau tajuk tak best, tapi kita kenal siapa yang hantar emel tu, biasanya kita akan buka dan baca emel tu.

Kalau tajuk tak best, ditambah pulak kita tak kenal siapa yang hantar emel tu… hmm ke tong sampah la emel tu.

6. Design dan susun atur

Point yang penting ialah pastikan kandungan emel anda tu mudah di baca.

Ini termasuklah penggunaan font, spacing, warna, bold, italic, garisan dan sebagainya.

7. Test emel sebelum hantar

Tujuannya adalah untuk kesan kecacatan yang terdapat dalam emel tersebut.

Bila saya sebut kecacatan, ini termasuklah kecacatan dari segi

–> ejaan

–> struktur ayat

–> informasi

8. Bersihkan list subscriber anda

Benda ni memang amat perlu kita lakukan dari masa ke masa.

Lebih-lebih lagi jika anda gunakan servis autoresponder berbayar seperti Aweber. Setengah subscriber mereka tak baca emel yang kita hantar atas pelbagai sebab, antaranya

–> mereka dah hilang minat dengan emel kita

–> mereka dah hilang password untuk buka emel mereka sendiri

–> mereka mendaftar guna emel palsu

–> emel kita sentiasa masuk dalam folder SPAM

–> mereka dah lupakan kita

… dan banyak lagi sebab.

Kalau anda nak terus simpan subscriber macam ni, ia merupakan satu pembaziran kerana yuran untuk melanggan servis autoresponder bukanlah murah. Kosnya akan bertambah dengan bertambahnya saiz mailing list anda.

harga aweber

9. Ukur performance dan keberkesanan aktiviti pemasaran anda

Antara yang boleh anda lihat dan ukur ialah

–> Berapa ramai yang buka emel yang anda hantar

–> Berapa ramai yang klik pada link yang anda sertakan dalam emel

–> Berapa ramai yang balas emel anda dan sebagainya

10. Call to action

Apa yang saya duk tulis ini ialah pemasaran emel.

Maksudnya, apa yang kita nak buat ini ialah kita memasarkan sesuatu menerusi medium emel… dan kita perlu jelas matlamat dia ialah untuk mendapatkan hasil.

Sama ada untuk dapatkan sales, traffic yang berterusan ke blog kita, klik pada iklan atau apa-apa sahaja.

Selepas saya kehilangan semua artikel dalam blog ini, yang pernah saya tuliskan sejak dari tahun 2009, saya dapati saya tak boleh terus amalkan kaedah blogging macam dulu.

Saya tak ada tiga tahun untuk dapatkan kembali income yang pernah saya jana dari blog ini.

Jadi saya memang ‘terpaksa’ ubah cara saya buat duit dengan blog ni. Untuk tahun 2014 onwards, salah satu strategi saya buat duit online ialah blogging + email marketing.

Berkesan ke cara saya ni?

pemasaran emel untuk blogger

Alhamdulilah, setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah SWT. Strategi ini memang berhasil untuk saya.

Terima kasih kerana membaca dan saya harap artikel ini beri manfaat untuk anda.

 

Ps : Saya juga pengamal kaedah pemasaran di FB Group

 

 

First name
E-mail address

 

Be Sociable, Share!

{ 1 comment… read it below or add one }

Nor Ariffin Hamzah March 11, 2014 at 8:41 am

Assalammualaikum..pertama kali singgah di blog tuan. Selama ini hanya baca melalui email yang diterima. Terima kasih atas tips yang diberi dan sudah mula belajar ilmu yang disampaikan.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: