Tips membeli belah secara online di laman web Lazada Malaysia

by sabree hussin on February 16, 2016

in Pemasaran Internet

“Kenapa perlu membeli belah secara online di laman web Lazada, sedangkan kita boleh beli sahaja barang yang kita mahukan di kedai-kedai ataupun di shopping mall berhampiran kita?

 

Bila kita beli secara online, pertamanya kita boleh untung dari segi penjimatan. Kalau anda jenis yang tak berapa pentingkan elemen penjimatan, mungkin anda akan merasakan apa yang saya katakan ini kurang relevan. Baiklah, apa benda yang kita boleh jimatkan sangat apabila beli secara online?

teknik_promosi_lazada

Ada banyak juga yang boleh kita jimatkan sebenarnya. Antaranya

(1) Jimat masa

(2) Jimat tenaga

(3) Jimat kos (RM)

 

Walaubagaimanapun, jika ini adalah pengalaman pertama kali anda membeli secara online, mungkin ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan anda terpaksa lalui pengalaman yang kurang menyeronokkan apabila anda membeli belah secara online.

 

Ini dia beberapa tips untuk anda sekiranya anda ingin membeli secara online. Tips ini bukan sahaja untuk pembelian di laman web Lazada semata-mata, malahan boleh juga diguna pakai jika anda ingin membeli di mana-mana laman web.

 

(1) Sila pastikan anda tahu ukuran dan saiz barangan yang hendak dibeli

Memandangkan barang yang bakal dibeli tu, kita cuma boleh lihat gambarnya sahaja, jadi amatlah penting anda tahu, apa ukuran dan saiz barang tersebut. Baca betul-betul kat bahagian description produk yang nak dibeli tu.

 

Kalau produk yang nak dibeli tu kecik je, contohnya smartphone jenama Asus, mungkin tak ada masalah sangat. Tetapi, kalau produk tersebut bersaiz besar, nanti susah pulak anda nak letak produk tersebut dirumah anda. Contohnya macam anda nak beli mesin basuh. Kena tau betul-betul ukurannya.

 

(2) Buka laman web Youtube untuk melihat cara penggunaan produk tu dalam bentuk video

revoflex_extremeBukan semua produk ada dinyatakan cara untuk menggunakannya. Namun ini bukannya satu masalah. Salah satu produk yang saya pernah beli di Lazada ialah produk alat senaman Revoflex Extreme Set.

 

Kalau sekadar tengok pada gambar memang agak susah nak agak macam mana kegunaan produk ni.

 

Masa beli produk ni, memang ada dinyatakan apa jenis-jenis senaman yang kita boleh buat, namun agak susah nak dibayangkan kalau cuma baca sahaja. Mujurlah ada laman web Youtube, dan saya dapati ada banyak jugak video yang menunjukkan cara-cara penggunaan alat ini. Ini antaranya, dan anda boleh tekan butang play untuk melihat bagaimana cara penggunaannya.

 

Ok dah nampak kan cara nak gunanya? Anda boleh juga buat research untuk lain-lain produk. Ambil nama produk kemudian buka laman web Youtube untuk lihat penggunaannya.

 

(3) Pastikan anda pernah lihat produk yang bakal dibeli

Bagi barangan yang agak mahal harganya, anda boleh lihat-lihat terlebih dahulu bentuk produk tersebut di mana-mana kedai yang menjual produk tersebut. Bila anda dah puas hati, dah tau bagaimana alat tersebut berfungsi, barulah beli secara online.

 

Saya dah bagitahu kan, beli secara online kat laman web Lazada boleh dapat jimat macam-macam kan?

 

 

(4) Lihat siapa Seller dan lihat juga reputasi dan feedback yang diterima

Apa yang pasti, membeli secara online ni, kita tak boleh nak tawar menawar. Kita tak boleh nak mintak diskaun, kita tak boleh nak mintak free gift, dan yang paling penting, kita tak perlu nak tengok muka seller yang ada sebahagian tu suka menyibuk dan psycho kita untuk beli barang yang kita tak mau.

 

Andai kata kita tak suka pada satu-satu tawaran tu, mudah sahaja. Hanya perlu buat carian lain. Contohnya saya sedang mencari info tentang smartphone jenama Asus Zenfone 2 Laser.

Asus-Zenfone-2-Laser-ZE550KL

Gunakan sahaja fungsi carian yang terdapat di laman web Lazada tu ya. Nanti akan keluarlah lain-lain seller yang jual produk yang sama.

 

Menggunakan kaedah ini, anda boleh lihat seller yang mana satu mempunyai review atau feedback yang paling banyak.

 

 

(5) Dapatkan maklumat tentang warranty produk

Kebanyakkan produk yang dijual didatangkan dengan Local Manufacturer Warranty. Kalau anda tak berapa faham apa maksud local manufacturer warranty ni, baca post saya yang sebelum ni ya.

Klik untuk baca: Apa beza antara Local Manufacturer Warranty dengan Seller Warranty

 

Memandangkan produk didatangkan dengan Local Manufacturer Warranty, jadi anda tak perlu risau. Kalau barang ada masalah, boleh bawa terus ke service center berhampiran tanpa perlu berurusan dengan penjual asal.

 

(6) Ketahui maklumat tentang penghantaran produk

Sesetengah produk ada yang mengambil masa yang sangat lama untuk sampai ke tangan pembeli. Biasanya, produk yang sampai lama ni adalah disebabkan ianya perlu di import dari luar negara. Anda boleh lihat sendiri sama ada produk tersebut berada di luar negara atau di negara kita.

 

Produk yang perlu dihantar dari luar negara ni, harganya memang murah… tapi masa untuk sampai kat kita, Masya Allah dia punya lama. Boleh sampai sebulan jugak kena tunggu.

 

(7) Jenis-jenis penghantaran

Sesetengah produk yang dijual ada tawarkan kaedah penghantaran yang berbeza. Anda mungkin boleh pilih untuk COD produk-produk tersebut. Bila guna COD ni, anda hanya perlu bayar bila barang dah sampai.

 

(8) Ada ke kupon diskaun?

Biasanya memang ada. Kalau anda browse laman web Lazada tu sendiri, akan muncul pop up dengan tawaran kupon diskaun yang anda boleh gunakan. Jimat, jimat.

 

(9) Semak produk yang sama dengan seller yang berbeza

Kaedah nak semak produk yang sama dengan seller yang berbeza sama macam poin yang nombor 4. Saya suka buat macam ni sebab nak tengok, apa dia tawaran terbaik yang boleh saya dapatkan. Jadi, tak adalah kita terus terima tawaran pertama yang lalu kat depan kita.

 

Siapa tahu, tawaran pertama yang kita nampak tu mungkin bukannya tawaran yang paling BEST. Jadi, apa-apa hal semak la dulu.

 

 

(10) Bayar guna kad kredit untuk lebih penjimatan

Aha… siapa yang tak suka lebih banyak penjimatan? Pada hari-hari tertentu, Pihak Lazada akan menawarkan diskaun tambahan sekiranya anda membayar menggunakan kad kredit. Contohnya jika anda bayar menggunakan kad kredit UOB.

tips-jimat-di-lazada

Gunakanlah kad kredit ni untuk dapatkan lebih penjimatan, bukannya untuk kumpul lebih banyak hutang ye. Pandai-pandailah anda rancang perbelanjaan supaya ianya tak menjadi beban kepada anda di kemudian hari nanti.

 

Baiklah, ini la dia antara tips yang anda boleh ikuti. Selamat membeli belah dan semoga anda enjoy dengan pengalaman shopping di laman web Lazada!

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 1 comment… read it below or add one }

Raihanah Ahmad February 16, 2016 at 5:04 pm

saya pun suka shopping di lazada

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: