Pengaruh TV BERJAYA membawa saya ke Restoran Ee Jiban Melaka

by sabree hussin on March 8, 2017

in Travelog

Seingat saya, sekitar bulan December 2016 kot, ada tengok satu cerita dekat Astro Ria, tajuknya Hairul dan Hanis. Ya, cerita pasal artis dan kisahnya lebih kepada kisah rumah tangga Hairul Azreen dan Hanis Zalikha.

 

Tak kenal? Tak apa. Saya bagi gambar.

hairul-dan-hanis-junior

Sumber gambar dari portal http://www.mstar.com.my/

 

Kebetulan pada episod tu, Hanis tengah mengidam nak makan Chicken Rice Ball dekat Melaka. Maka sebagai seorang suami yang penyayang lagi unggul, si Hairul ni pun bawalah isteri tersayang ke Melaka dan cari kedai tu.

 

Pusing punya pusing kat sekitar bandar Melaka Raya, akhirnya mereka pun jumpa restoran yang si Hanis ni nak pergi. Babak seterusnya, mereka order makanan dan makan.

 

Sepanjang saya tinggal di KL, tak pernah pulak saya nampak chicken rice ball ni. Kalau ada jual sekalipun, mungkin di kedai-kedai makan cina. Alamak… kalau kedai makan cina, besar kemungkinan ianya Non Halal.

 

Lepas tengok cerita tu, wife mula bagi signal yang dia nak cuba rasa makan kat kedai tu. Teringin nak tau, macam mana rasanya makan Chicken Rice Ball tu.

 

Pengaruh TV sungguh.

 

Bulan Februari lepas, saya ada cerita yang saya pergi bercuti ke Melaka. Selain lepak-lepak kat tepi pantai, saya juga sempat singgah ke Restoran Ee Jiban ni.

Baca juga: Bercuti di Tiga Pantai Menarik di Melaka

homestay-Melaka-bukit-katil

Sepanjang dua hari satu malam saya berada di Melaka tu, saya menginap di rumah kediaman ni yang dijadikan homestay oleh pemilik rumahnya.

 

Sesiapa yang merancang untuk bercuti ke Melaka dan nak bawa ramai ahli keluarga, saya bolehlah cadangkan anda pilih homestay ini. Homestay ini terletak di kawasan Bandar, dan senang kalau nak pergi kemana-mana.

Baca lagi tentang Homestay Melaka ini: Homestay Melaka CASA INDAH – Pengalaman bercuti bersama keluarga

 

Kat Melaka ni memang ada banyak hotel, tempat penginapan dan juga homestay. Tetapi memandangkan saya tak banyak pengalaman menginap di mana-mana homestay ataupun hotel di Melaka, maka saya hanya berani cadangkan homestay yang saya duduk tu je la.

 

Alang-alang dah berada di Melaka, saya ambik peluang ni untuk cari Restoran Ee Jiban ni.

restoran-chicken-rice-ball-halal-melaka

Restoran ni terletak di deretan rumah-rumah kedai. Tak susah nak cari kedai ni, dan saya hanya guna GPS untuk cari lokasi kedai ni.

 

Kat depan kedai tu pulak ada diletakkan banner yang besar siap ada gambar Iqram Dinzly dan gambar Hanis Zalikha.

 

Rancangan Jalan-jalan Cari Makan pernah buat liputan kat tempat ni.

 

Bila restoran ni dah keluar TV dan masuk ke rancangan-rancangan yang penontonnya kebanyakkannya ialah Muslim, maka saya jadi lebih yakin nak cuba makan di restoran ni.

menu-ee-jiban-melaka

Memandangkan ni kali pertama saya datang ke restoran ni, jadi saya tak berani nak order banyak-banyak. Bukan apa, takut tak kena dengan selera.

 

Lagipun, makanan kat tempat ni harganya pun boleh tahan jugak ha3.

chicken-rice-ball-eejiban

Saya order yang simple je untuk kali pertama makan kat sini.

 

Set Chicken Rice Ball. Ayam ambik yang roast dengan stim. Ambik dua jenis sebab nak tau apa beza dia. Kemudian order tambahan sayur kailan.

 

Kalau tempat lain yang saya pernah makan, sup kosong memang diberi secara percuma. Tapi bila makan kat tempat ni, sup kena order asing. Dalam sup tu ada fish ball kalau tak silap.

 

Saya pun ingat-ingat lupa.

 

Iye la… pergi makan kat tempat ni masa bulan Februari itu hari. Sekarang dah masuk bulan Mac. Memang tak berapa ingat la ha3.

 

Saya tak banyak ambik gambar masa kat restoran ni.

 

Niat datang memang seratus peratus sebab nak makan. Itu sahaja. Tak ada plan pun nak buat blogpost pasal restoran ni.

Sebenarnya, saya pun bukannya jenis yang suka sangat ambik gambar makanan.

 

Tapi saya rasa, saya kena ubah sikit selepas ni. Saya ingat, lepas ni saya akan lebih banyak kongsikan tentang tempat-tempat menarik yang saya pergi dan juga restoran yang saya pergi.

 

Mudah-mudahan, apa yang saya buat ni dapatlah dikira sebagai amal jariah. Secara tak langsung, saya dapat bantu pemilik restoran ni untuk memperkenalkan perniagaan mereka kepada kelompok pembaca yang memang biasa lepak kat blog saya ni.

 

Tahun 2017 ni memang tahun yang sangat mencabar.

 

Start dari sekarang ni, kena pasang niat untuk tolong seberapa banyak usahawan yang boleh. Bila kita tolong orang lain, In Shaa Allah, Allah akan tolong kita pulak. Mudah-mudahan Allah akan permudahkan dan tambah luaskan rezeki kita, asbab kita bantu orang lain.

 

Kalau ada pembaca blog ni yang minat nak datang ke kedai ni, bolehlah catat info dibawah ni.

Ee Ji Ban Chicken Rice Ball
275, Jalan Melaka Raya 3
75000 Melaka
Business hours: 10am – 9pm daily
GPS Coordinates: N 02′ 11.300′ E102′ 15.208′

 

Saya perhatikan hiasan dan gambar-gambar yang dilekatkan pada dinding restoran ni. Ada banyak gambar artis. Boleh dikatakan ramai juga artis yang pernah datang makan kat tempat ni.

 

Pandai owner restoran ni.

 

Dia gunakan kredibiliti artis sebagai pelaris kedai ni. Siapa yang ada bisnes kedai makan tu, saya syorkan anda datanglah ke kedai ni, dan lihat-lihat keadaan sekeliling.

 

Saya rasa, mesti ada banyak perkara yang anda boleh belajar dari kedai ni nanti. Sambil makan, sambil sedut idea bisnes. Mesti dapat belajar sesuatu.

Baca juga: Tips dan strategi TERBAIK bagaimana memulakan perniagaan kedai makan dan restoran

 

Be Sociable, Share!

{ 3 comments… read them below or add one }

RAIHANAH AHMAD March 9, 2017 at 9:41 am

rakyat msia suka artis

Reply

seri March 10, 2017 at 9:06 pm

saya duduk dekat 7 tahun melaka , x tahu wujud kedai eee jiban ni
nampak mcm sedap je tu

Reply

sabree hussin March 11, 2017 at 2:27 am

Kena try la. Selera orang kan lain-lain ha3

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: