Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group

by sabree hussin on July 10, 2014

in Panduan Dominasi FB Group

Kalau anda pernah gunakan medium FB Group untuk tujuan pemasaran dan iklan, pasti anda pernah kena block dengan FB.

Anda tak boleh nak buat sebarang posting di FB Group secara tiba-tiba.

Kalau anda tak pernah kena block langsung untuk buat posting di FB Group, kiranya anda memang antara yang bernasib baik. Mungkin juga kerana anda memang menjaga etika pemasaran yang terbaik, sebab tu tak kena block.

Baca juga: Kaedah pemasaran FB Group terbaik

Sebenarnya inilah cabarannya bila kita gunakan platform milik orang lain untuk buat bisnes. Macam mana pun, kita kena sedar diri sikit, yang FB ni bukan kita punya. Ada tuannya.

Kalau nak buat bisnes itu tak jadi masalah, asalkan jangan sampai anda buat pemilik FB tu sendiri tersinggung dengan cara anda buat marketing. Jadi, kalau anda pernah buat sesuatu yang tak sepatutnya, memang dah tentu lah pemilik FB akan marah.

Bila dia dah marah, dia akan block beberapa function yang kita biasa buat.

Dia akan mula suspend akaun kita, dan banyak lagi yang lebih extreme.

Adakah anda juga berhadapan dengan masalah yang sama macam ni?

masalah_Facebook_group_tak_boleh_nak_post

Saya pulak?

Buat masa ini masih belum pernah kena block lagi dengan FB. Almaklumlah, saya bukannya selalu sangat buat posting kat FB Group.

Kalau ada benda penting je baru saya akan buat posting.

Kalau setakat nak buat iklan, atau nak promote produk, jarang-jarang saya gunakan medium ni. Kebanyakkan group yang saya join dan yang saya jadi admin pun, bukannya group iklan. Majoriti adalah group yang dibina atas tujuan yang spesifik.

Sama ada untuk tujuan support, perkongsian maklumat dan sebagainya.

Masalah dengan FB Group

Fungsi group ini untuk tujuan komunikasi secara berkumpulan yang lebih mempunyai ciri-ciri privacy.

Masalah bukan pada FB Group, tetapi pada pengguna akaun FB tu sendiri. Ada sebahagiannya terlalu rakus, dan tanpa segan silu, tanpa mintak izin dengan sesuka hati beriklan dalam group yang di join.

Kalau masuk 10 group, kesemua 10 group tu tadi semua dia nak letak iklan. Iklan yang sama pulak tu.

Sampai sekarang ni, saya beranggapan, kaedah marketing dengan cara meninggalkan iklan banyak-banyak, di pelbagai group bukanlah kaedah pemasaran yang bagus.

Sama ada betul ke tidak, itu anda kena uji sendiri atau at least tanyalah pada yang dah pernah buat.

FB anti aktiviti spamming

Kalau FB tu saya punya, saya pun anti SPAM.

Pantang betul, bila laman web, platform, portal dan sebagainya yang kita bina dengan susah payah, kita promosikan siang malam, tiba-tiba ada hamba Allah ni join dan senang-senang nak beriklan.

Alasannya?

Tolong support bisnes kawan-kawan.

Tak luak pun kalau approve iklan orang lain.

Bukan rugi pun kalau bagi peluang orang nak beriklan.

FB bukan saya punya pun, nak kedekut sangat pasal ape?

Inilah dia sikap yang saya tak gemar.

Mungkin dia ingat senang nak kumpul beratus-ratus orang dalam satu group? Kemudian setiap orang yang join tu pulak, mereka join atas kerelaan masing-masing. Bukannya sebab kena add secara pukal.

Itulah yang setengah orang yang langsung tak menjiwai roh bisnes, tiba-tiba nak terus berbisnes. Dalam kepala cuma ingat nak buat sales, nak buat sales, nak buat untung. Itu je la… Ish geram pulak saya tiba-tiba.

Macam yang saya cakap tadi, FB ni dia anti pada aktiviti spam. Mark susah payah buat FB ni bukan sebab nak bagi anda buat iklan bisnes secara percuma. Kalau nak iklankan bisnes anda jugak, boleh. Tapi kena bayar lah.

Buat FBAds.

Biasanya siapa yang akan kena block dengan FB daripada buat posting kat FB Group?

1. Orang yang buat posting guna apps atau software

Sebenarnya ia bergantung juga pada apa benda yang anda post.

Kalau ayat iklan anda menyinggung sensitiviti pengguna FB yang lain, dan mereka pun report post anda, anda akan terkena jugak satu masa nanti.

Setengah iklan, ayat-ayatnya terlalu hype untuk program buat duit online.

Iklan yang lain, ayatnya terlalu ekstrem dan hanya sesuai untuk suatu peringkat umur.

2. Duplicate content

Spammer ni, bila dia nak buat iklan, dia suka guna ayat yang sama.

Macam robot.

Mereka ini dah ada set jawapan mereka sendiri. Tanya apa soalan sekalipun, balik-balik dia akan pusing ke skema jawapan yang memang dia duk follow.

Sistem FB pun bukannya hampeh sangat.

Mereka pun boleh detect, kalau anda duk post benda yang sama je, so FB akan mula flag anda sebagai seorang spammer. Dan sebagai seorang spammer, anda tak sesuai untuk menggunakan medium FB untuk bersosial.

3. Ada user report akaun FB kita

Benda ni jugak boleh berlaku dan yang bestnya, kadang-kadang tu kita tak perasan dalam diam-diam ada orang report akaun kita.

Untuk keselamatan, dan untuk elakkan daripada ada user lain yang report akaun kita, elakkanlah…

  1. Add orang lain sesuka hati masuk dalam group
  2. Tag orang lain untuk tengok iklan kita
  3. Join terlalu banyak group (sampai beratus-ratus)

Mana-mana group yang dah tak aktif dan dah mati tu, elok anda leave group je.

Semua yang saya cerita ni sebenarnya adalah berdasarkan daripada pemerhatian saya. Boleh jadi salah, dan boleh jadi betul.

Anda boleh baca, tapi saya nasihatkan anda jangan percaya 100%. Sebaik-baiknya anda buat juga kajian anda sendiri, dan mana tahu kita boleh saling bertukar-tukar pendapat.

Apa pun, jika anda amalkan kaedah pemasaran FB Group seperti yang saya tulis dalam panduan dominasi FB Group, In Shaa Allah anda tak akan kena block, dan tak akan kena banned.

 

 

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 3 comments… read them below or add one }

onlajer July 15, 2014 at 11:18 am

oh tak pernah lagi pun kena block, tapi kalau post tu tak senonohj terus je ” saya tidak mahu melihat ini

Reply

farah September 8, 2016 at 9:46 pm

dia cakap orang syok sendiri, bahagian komen dia pun macam syok sendiri. Macam cakap sorang-sorang. pastu ayat macam tension. kalau nak luahkan perasaan takyah la kat sini bang oi.

Reply

sabree hussin September 9, 2016 at 4:13 pm

Hai farah, farah buat apa kat sini? Farah tak tau ke blog ni saya punya? Ha ha kalau farah tak tau, ni saya nak bagitahu, blog ni saya yang tulis. Hosting saya yang bayar, domain pun saya yang bayar. Jadi kalau saya nak luahkan perasaan kat sini sekalipun, itukan hak saya. Ok la dik farah, gi sambung study matapelajaran geografi tu ye. Ataupun pegi la buat benda lain yang lebih banyak manfaatnya tu.

Nampak sangat yang farah ni tak ada benda yang mulia nak di perkatakan, jadi lebih baik farah diam. Diam tu lebih baik daripada menyakiti hati dan perasaan orang lain. Kita hidup ni biarlah menyumbangkan manfaat, bukannya kumpul musuh ye dik farah.

Kalau adik farah ni rasa apa yang saya kongsikan ni tak ada manfaat, ada raaaaaaamai lagi yang boleh dapat ilmu dalam ni. Just because komen tak banyak, tak bermakna orang tak baca post ni. Lagipun, saya ni bukannya batak komen. Kalau semua komen macam yang adik farah ni buat, hmm… buang masa je.

Ok la… semoga adik farah diberi hidayah, petunjuk, dan bersihkanlah hati tu. Sekali lagi, kalau tak ada benda baik yang diperkatakan, baik diam je. Ok?

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: