Mana lebih baik Tone Excel atau ONEXOX?

by sabree hussin on January 18, 2016

in Onexox, Tune Talk Tone Excel

Dari masa ke masa, soalan ini akan ditanyakan kepada saya, sama ada menerusi emel, FB ataupun menerusi carian di enjin carian google yang seterusnya berakhir di laman blog ini.

 

“Mana satu yang lebih baik sebenarnya? Tone Excel atau ONEXOX?”

 

Soalan ni… jawapan dia ada pelbagai. Pada masa yang sama, ia berpotensi untuk mencetuskan perdebatan dan perbalahan yang tak berkesudahan. Saya tak ada masa untuk itu. Maksud saya untuk debatkan tentang mana satu yang lebih baik ni.

 

Baiklah. Bila ada yang bertanya, antara Tone Excel dengan ONEXOX, mana satu yang lebih baik? Sebenarnya, anda sedang membandingkan dari segi apa?

Arrow-and-The-Flash-Crossovers

 

Soalan ini, kalau ditanyakan pada mereka yang menjadi ejen Tone Excel, mereka akan katakan yang Tone Excel adalah yang TERBAIK. Sebabnya, jika mereka katakan yang sebaliknya, prospek tu tadi MUNGKIN tak akan join menerusi rangkaian mereka.

 

Sebaliknya, soalan yang sama, jika di tanyakan pada ejen ataupun dealer bagi ONEXOX, mereka akan kata, ONEXOX adalah yang TERBAIK. Sama situasinya dengan sebelum ni, untuk elakkan daripada prospek memilih syarikat telco lain, dan dia tak dapat apa-apa keuntungan, maka nak tak nak dia perlu katakan dan yakinkan prospek bahawa ONEXOX adalah pilihan yang terbaik.

 

Masing-masing akan katakan syarikat telco yang mereka wakili adalah yang TERBAIK. Namun, perbandingan yang dilakukan biasanya tak setara, dan bukannya menggunakan kaedah membandingkan antara epal dengan epal, dan oren dengan oren.

 

Jadi dalam hal ni, mungkin anda patut tanyakan pendapat dari mereka yang tak mempunyai sebarang kepentingan. Seseorang yang tak “dibayar” untuk nasihat profesional mereka, tak kira walau apa pun pilihan dan tindakan anda seterusnya.

 

Persoalannya, wujud ke orang seperti ini? Buat masa ni, saya belum pernah jumpa lagi orang seperti ini. Dia tak mewakili mana-mana syarikat telco, namun pada masa yang sama, dia tahu hampir semua benda tentang operasi dan kelebihan mana-mana syarikat telco.

 

Dalam skop perbincangan ni, dia tak mewakili Tone Excel mahupun ONEXOX, namun pada masa yang sama, dia tahu hampir semua benda dan perkara tentang kedua-dua syarikat telco ini. Rasanya, mungkin individu seperti ini memang tak wujud.

 

Orang yang tak pernah jadi pengguna pada mana-mana satu syarikat telco yang kita bincangkan ni, ataupun yang tak pernah jadi ejen ataupun dealer bagi mana-mana satu syarikat telco yang dibincangkan ni, mereka sama ada

1. Tahu terlalu sedikit

2. Langsung tak tau, ataupun

3. Hanya tahu beberapa perkara, namun kebanyakkannya semua SALAH

 

Maka, pilihan seterusnya jika anda ingin mengetahui, mana satu yang terbaik antara kedua-dua telco ini, adalah dengan bertanya pada mereka yang memang buat kedua-duanya, pernah guna kedua-dua telco, dan sedang giat mempromosikan kedua-duanya.

 

Sebagai contoh, saya. (ehem ehem)

 

Realitinya… saya tak ada direct answer untuk soalan sebegini. Maksud saya untuk soalan seperti

“Mana satu yang lebih baik antara Tone Excel dan ONEXOX?”

 

Masing-masing ada kelebihannya yang tersendiri. Namun, apa yang saya perlu tahu dari anda, adakah kelebihan-kelebihan yang disediakan ini benar-benar berguna untuk anda? Oh untuk itu, kita mungkin perlu adakan satu perbincangan yang serius terlebih dahulu.

 

nokia_1280_torchlightBercakap soal internet dan data. Untuk mereka yang merupakan pengguna setia handphone Nokia jenis 1280 ni, mereka mungkin tak heran langsung dengan sebarang promosi data plan yang di tawarkan oleh mana-mana telco.

 

Salah seorang penulis buku dalam topik bekerja dari rumah, Leslie Truex dalam bukunya berjudul The Work at Home Success Bible, ada menyebutkan sebenarnya definisi bagi mana satu bisnes yang terbaik ataupun pekerjaan yang terbaik untuk kita adalah

 

“Bisnes yang kita betul-betul komited untuk lakukannya”  

 

Kalau diikutkan, ramai sebenarnya yang cuma suka-suka nak tau, dan suka-suka nak daftar sebagai ahli atau ejen bagi mana-mana satu syarikat telco yang saya sebutkan ni, namun mereka sebenarnya langsung tak komited nak jalankan bisnes ni hingga dapat merasa hasilnya.

 

Mereka terlalu sibuk nak tau dan nak berdebat, mana satu yang lebih baik. Sedangkan, kalau masa yang mereka gunakan untuk berdebat tu, mereka gunakan untuk buat lebih banyak usaha pemasaran, mungkin mereka akan dapat lebih banyak prospek yang berkualiti untuk sertai rangkaian mereka, sama ada sebagai pengedar mahupun sebagai pengguna.

 

Jadi, sebagai pengguna, anda mempunyai pilihan, sama ada untuk memilih salah satu yang terbaik untuk anda, pilih kedua-dua sekali, mahupun langsung tak buat pilihan.

 

Masing-masing dah besar, kan? Patutnya dah boleh fikir mana satu yang terbaik untuk diri sendiri dah tu.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 5 comments… read them below or add one }

Noriza Rahman January 20, 2016 at 11:03 am

Ye betul, saya pun tengah membandingkan antara dua ni, sebab tengah berkira-kira juga nak menukar service telco sekarang

Reply

titan January 21, 2016 at 6:08 pm

ikutlah cara aku.

dua-dua aku tak join.

haha..

Reply

Fauzi Sabri January 27, 2016 at 7:23 pm

Dh lm join toneexcell tp xaktif. Huhu nk promote pun xreti.

Reply

Fauzi Sabri January 27, 2016 at 7:24 pm

Ermmm…tgk kwn² beria promote dlm FB..

Reply

Hafiszan Kamarudin February 12, 2016 at 8:24 am

semua bagus, ada kelebihan dan keburukan. Boleh buat pilihan dan Solat Istikharah semoga di tunjukkan jalan dan rezeki yang baik

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: