Laman web dapatkan job dari rumah yang tak kenakan sebarang yuran

by sabree hussin on October 27, 2015

in Jobdirumah

“Ada tak sebarang job atau peluang bekerja secara sambilan (part time) yang boleh kita lakukan hanya dari rumah dan tak mengenakan sebarang bayaran?”

 

MUNGKIN… si penanya ni sebenarnya terjumpa laman web Jobdirumah. Namun, disebabkan laman web Jobdirumah ini mengenakan bayaran sekali seumur hidup berjumlah RM50, jadi beliau nak dapatkan alternatif lain yang tak mengenakan sebarang yuran.

bekerja_dari_rumah

 

Siapa kata kalau nak bekerja dari rumah kena buat bayaran yuran dulu? Hakikatnya, anda tak perlu bayar apa-apa pun sebenarnya.

 

Anda yang nak bekerja, sepatutnya anda lah yang dibayar. Bukannya anda yang kena bayar. Analoginya adalah seperti begini. Anda bekerja ditempat kerja anda sekarang, cukup bulan anda yang kena bayar majikan anda. Logik ke?

 

Mestilah tak logik! Konsep yang sepatutnya ialah, anda yang bekerja, maka anda lah yang patutnya menerima bayaran upah dari pihak majikan. Kalau apa yang berlaku ialah sebaliknya, maknanya anda sebenarnya berada ditempat yang SALAH!

 

Bagaimana cara nak bekerja dari rumah tanpa perlu bayar yuran terlebih dahulu?

Senang je sebenarnya. Anda terus berurusan dengan bakal-bakal majikan tanpa melalui pihak ketiga mahupun orang tengah. Inilah caranya.

 

Kalau anda tak tau, kat mana nak cari majikan-majikan yang memang memerlukan pekerja bebas yang menawarkan kerja-kerja dalam bidang data entry dan lain-lain bidang yang boleh dilakukan oleh pekerja bebas (freelancer), maka anda boleh terus ke laman web berikut.

 

(1) https://microworkers.com/

review_jobdirumah_microworkers

Menerusi laman web ini, anda boleh lakukan kerja-kerja mudah seperti

1. Like Facebook

2. Tonton video di Youtube

3. Buka akaun dari laman web tertentu

4. Tinggalkan komen pada sesebuah laman web

5. Tinggalkan komen pada status FB

 

Kesemua ini adalah kerja-kerja mudah, atau micro dan dari segi bayaran ianya juga tidaklah begitu tinggi. Satu pekerjaan ada yang dibayar serendah USD 0.01 – USD1.

 

Jadi, kalau nak dapatkan pendapatan yang lumayan sambil bekerja di microworker kenalah buat banyak job.

 

(2) https://www.freelancer.com/

review_jobdirumah_buat_duit

Laman web Freelancer ini adalah merupakan satu laman web yang cukup popular untuk dapatkan peluang-peluang kerja dari rumah. Terdapat beratus-ratus atau mungkin beribu-ribu peluang pekerjaan yang diiklankan disini. Peluang kerja ini menanti individu seperti anda untuk memohon bekerja sebagai seorang freelancer.

 

(3) https://www.upwork.com/

freelancer

Laman web Upwork dulunya dikenali dengan nama Elance-oDesk.

 

Anda boleh dapatkan banyak kerja kosong dari laman web ini sama seperti laman web Freelancer.

 

Laman web berbahasa Inggeris?

Kebanyakkan majikan yang menawarkan pekerjaan adalah terdiri daripada orang perseorangan dan syarikat dari seluruh negara. Memandangkan mereka hanya memerlukan pekerja untuk melakukan pekerjaan tertentu yang berbentuk short term, jadi mereka tak akan mengambil staf.

 

Sebaliknya, mereka lebih cenderung untuk mendapatkan khidmat VA atau Virtual Assistance untuk bantu siapkan kerja-kerja remeh tersebut. Anda boleh lihat senarai pekerjaan yang cukup popular yang biasa diperlukan dengan membaca post saya sebelum ini.

Baca: Senarai kerja part time online yang anda boleh lakukan dari keselesaan rumah anda

 

Kebanyakkan pekerjaan yang diiklankan akan membayar anda dalam matawang USD. Jadi, walaupun kelihatannya pekerjaan yang diiklan tu nampak remeh, namun disebabkan ianya membayar dalam matawang USD, ia jadi agak lumayan.

 

Anda tak jumpa mana-mana pekerjaan yang sesuai dengan jiwa anda?

Pertama kali saya gunakan ketiga-tiga perkhidmatan yang disediakan kat atas ni, saya pun susah nak jumpa job yang sesuai dan berkenan di hati.

 

Ada yang membayar upah yang lumayan, namun saya tak tau dan tak ada kemahiran nak siapkan job tersebut. Ada kerja yang senang-senang, seperti tekan like, comment dan sebagainya, namun upahnya pulak tersangatlah rendah. Ciput sangat la pulak… bila nak kaya kalau macam tu kan ha ha

 

Maka sebagai alternatif, anda boleh ikuti tips ini.

 

“Apa dia pekerjaan yang anda mampu, sanggup dan boleh lakukan dan berapa upah yang anda mahukan untuk menyiapkan pekerjaan tersebut?”

 

Saya ambil contoh… mungkin pekerjaan yang anda mahu lakukan ialah menulis artikel. Jadi anda iklankan tentang perkhidmatan anda tersebut dilaman web seperti fiverr ini.

duit_dari_fiverr

Lihat contoh diatas. Dia kata “I will write a high quality advertorial or press release for $5”

 

$5 ni kalau dalam matawang kita dalam RM20++

 

Dalam konteks buat duit di laman web Fiverr ni, kita menawarkan perkhidmatan yang kita mampu tawarkan dan jika ada majikan atau klien yang minat nak dapatkan perkhidmatan dari kita, mereka tu bolehlah dapatkan servis dari kita. Selepas majikan atau klien dah buat bayaran, barulah kita mulakan kerja.

 

Di Malaysia juga kita ada laman web yang beroperasi seakan-akan laman web Fiverr, yang dikenali sebagai I-lancee.

ilancee-buat-duit-ilancee

Cara kerja menerusi laman web fiverr dan juga i-lancee ialah ibarat kita menjual perkhidmatan kita. Kalau ada tempahan, maka adalah job untuk kita. Kalau tak ada… maka tak ada lah. Namun, untuk menggalakkan berlakunya banyak tempahan, amatlah digalakkan untuk anda buat promosi perkhidmatan yang anda tawarkan tu.

 

Baiklah, inilah dia antara 5 contoh laman web yang boleh bantu anda untuk bekerja dari rumah tanpa memerlukan anda mengeluarkan duit walau sesen pun untuk yuran. Anda boleh bekerja secara percuma, dan jika ada job dan job tersebut telah pun diselesaikan, maka anda pula yang akan menerima bayarannya.

 

Jangan cari peluang kerja kosong part time secara online menerusi Jobdirumah!

… kalau anda tak nak dikenakan sebarang bayaran. Sebabnya?

 

Pihak Jobdirumah ni sebenarnya jual PANDUAN. Panduan tersebut adalah panduan untuk orang yang baru, yang memang langsung tak ada pengalaman bekerja sendiri dari rumah, tetapi mereka minat nak belajar selok belok bagaimana bekerja dari rumah.

 

Maka untuk individu seperti ini, mereka memang perlukan panduan.

 

contoh_kerja_jobdirumahSelain menyediakan panduan, pihak Jobdirumah juga ada menyediakan khidmat search engine yang bertujuan untuk membantu anda mendapatkan kerja kosong yang mungkin sesuai dengan anda.

 

Bukan semua orang tahu macam mana nak mula sebagai seorang freelancer. Untuk orang yang tak tau macam mana caranya, dah tentu dia kena belajar.

 

Jadi, salah satu tempat nak mula belajar ialah dengan Jobdirumah ni la.

 

Mana ada benda FREE sekarang ni. Anda nak belajar, anda kena bayar. Anda tak nak bayar, anda belajarlah sendiri. Cari sendiri informasi di Google. Atau anda baca sendiri di laman-laman web yang menyediakan peluang pekerjaan seperti di laman web freelancer, upwork dan microworker. Mereka turut menyediakan tutorial untuk anda.

 

Kalau anda dah baca, dan dah buat bacaan sendiri tapi masih tak faham-faham jugak, tak payah sibuk-sibuk nak tanya orang lain yang tahu. Bukannya saya nak kata yang anda tak boleh tanya, dah tentu boleh, namun atas budi bicara orang yang anda tanya tu la.

 

Kalau dia lapang dan ada masa dia boleh jawab. Tapi kalau dia tak ada masa, dan dia tak jawab, anda tak perlu nak sentap atau nak kata orang yang anda tanyakan tu tak mau tolong anda. Panduan dah ada. Anda boleh beli, tapi anda pilih untuk dapatkan yang percuma.

 

Benda percuma… sama ada anda akan dapat lambat, dapat cepat tapi tak ada kualiti dan tak mustahil, anda tak akan dapat langsung.

 

Wallahua’lam

 

Rujukan:

1. Panduan Bekerja dari rumah

2. Panduan buat duit di Fiverr

 

 

Nak shopping dengan harga super murah? Klik sini

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: