Jobdirumah: Kenapa masih gagal buat duit walaupun dah sertai JDR?

by sabree hussin on January 4, 2015

in Jobdirumah

Anda dah pun bayar yuran penyertaan untuk mengikuti program latihan Jobdirumah. Kod akses untuk login ke laman web ahli jobdirumah pun anda dah terima. Saya percaya, anda adalah seorang yang menghargai setiap sen yang anda belanjakan sama ada untuk tujuan personal development atau untuk lain-lain tujuan.

 

Kita cerita bab jobdirumah je secara spesifik. Kalau anda seperti saya, pernah sertai dan pernah dapatkan panduan Jobdirumah ni, sekurang-kurangnya anda akan study berulang-ulang kali sebanyak 5 kali minimum pada hari pertama.

 

Bacaan kali pertama adalah untuk dapatkan gambaran secara keseluruhan tentang skema dan cara kerja menerusi platform jobdirumah.

Bacaan kali kedua, sambil baca sambil praktikkan mana-mana yang boleh terus dipraktikkan, seperti mengisi online resume, personal profile dan sebagainya.

Bacaan kali ketiga, untuk baca segmen yang khusus dan spesifik yang susah sikit nak faham, seperti tentang prosedur kerja, sistem bidding, dan teknik serta strategi untuk meletakkan kadar upah.

Bacaan kali keempat dan kelima dibuat sepintas lalu.

 

Nah… Itu baru hari pertama, dah baca sebanyak  5 kali sekurang-kurangnya. Saya kata sekurang-kurangnya, sebabnya saya sendiri baca lebih dari tu. Ada ketikanya, saya buat juga bacaan dari sumber luar, selain daripada jobdirumah untuk lebih memahami sistem dan cara kerja laman-laman web yang menawarkan sumber pekerjaan tu. Kat situ, pun banyak jugak tips yang boleh didapati. Cuma perlu tahu kat mana nak tengok dan macam mana nak cari.

 

Jobdirumah dan jobstreet

jobdirumah

Selain jobdirumah, saya pernah melanggan perkhidmatan laman web carian kerja jobstreet. Kedua-dua laman web ini ada satu persamaan iaitu, mereka tidak menyediakan pekerjaan, sebaliknya mereka menawarkan perkhidmatan memberi informasi pekerjaan apakah yang available dalam satu-satu masa untuk dipohon.

 

Bezanya, jobstreet ni untuk kita cari kerja-kerja offline atau kerja dengan syarikat sama ada permanent atau contract basis. TETAPI satu yang anda perlu tahu, jobstreet tak menawarkan anda latihan untuk membantu anda mendapatkan pekerjaan. Itu bukan servis mereka. Walaubagaimanapun, dari masa ke masa, jobstreet akan mengadakan career fair, program latihan, seminar workshop dan sebagainya untuk membantu kita dapatkan kerja.

 

Program latihan, seminar, bengkel dan sebagainya ada yang percuma, dan kebanyakkannya BERBAYAR. Anda nak belajar macam mana nak dapatkan pekerjaan, nak dapat lagi banyak duit, dan nak dapatkan pekerjaan idaman anda? BAYARLAH… Semua ini bukannya datang dengan percuma.

 

Kita lihat dari sudut jobdirumah. Mereka siap-siap beritahu, kalau anda minat nak belajar cara buat duit seperti mana seorang freelancer buat duit, dan anda ingin dapatkan modul latihan dari pihak Jobdirumah, anda kena bayar. Bayarannya pula adalah mampu milik, iaitu sebanyak RM50 sahaja seumur hidup.

 

Kenapa kena bayar RM50? Simple. Itu bisnes mereka. Bisnes mereka adalah menawarkan modul latihan untuk melatih anda menjadi seorang pekerja dari rumah. Apabila anda ikuti modul latihan mereka, anda follow setiap step by step, anda berupaya untuk hasilkan lebih banyak pendapatan berbanding yuran awal yang anda perlu keluarkan.

.

..

Adakah semua yang sertai program latihan Jobdirumah berjaya buat duit?

 

I don’t think so.

 

Sebabnya, dari pengalaman saya sendiri, manusia ni pelbagaai peel dan ragamnya. Mari saya ceritakan serba sedikit

1. Ada yang beli sahaja pakej latihan ni. Bila dah dapat, haram tak pernah login pun ke sistem keahlian jobdirumah

2. Dah join tapi tak pernah baca sampai habis. Orang macam ni memang ramai. Dia baca skip skip skip. Mana yang dia rasa nak baca, dia baca, mana yang dia rasa kurang menarik atau common sense dia skip. Baca cara macam ni, confirm dia tak akan faham.

3.  Dah ikuti modul-modul latihan tapi tak pernah apply pekerjaan. Orang macam ni, dia suka untuk menunggu pekerjaan datang sendiri ke riba dia. Which is tak akan berlaku. Ada berpuluh ribu lagi orang kat luar sana yang bersaing untuk dapatkan pekerjaan, dia ni pulak duk tunggu job. Ingat orang macam ni akan dapat pekerjaan ke?

4. Tak ikut apa yang diajar. Orang macam ni rasakan dirinya lagi baik berbanding orang lain. Jenis yang tak nak ikut apa yang diajar, atau jenis yang tak boleh diajar, memang cop tempat dalam kalangan mereka yang tak akan berjaya buat duit.

 

Saya patut berhenti sekarang. Saya rasa, anda pun boleh senaraikan sendiri, orang yang macam mana yang lazimnya memang tak akan berjaya buat duit dengan program jobdirumah ni. Jika anda berjaya fikirkan, even hanya satu jenis golongan sahaja sekali pun, tolong. Jangan jadi orang yang macam tu.

 

Dua kaedah untuk buat duit dengan program latihan jobdirumah

Jika cara pertama, anda masih gagal untuk buat duit, cuba berpindah ke cara yang kedua pula. Mungkin anda akan lebih bernasib baik disitu. Mari kita lihat, apa dia dua cara yang saya maksudkan tu.

 

Cara pertama: Apply job dari laman-laman web senaraian kerja

Mudah sahaja. Anda akan diberi senarai, kerja apa yang ada kekosongan dalam satu-satu masa yang anda boleh terus apply. Kadar upah adalah bergantung kepada jenis pekerjaan dan sejauh manakan sukarnya untuk menyiapkan sesuatu pekerjaan tu tadi.

 

Ini contoh laman web yang menawarkan pekerjaan dari rumah

review_jobdirumah_senarai_kerja

Apa yang anda sedang lihat kat atas ni ialah senarai pekerjaan MUDAH beserta dengan kadar upah yang ditawarkan. Ya. Upahnya sangatlah rendah, kerana pekerjaan yang anda perlu lakukan juga sangat-sangatlah mudah. Ada yang boleh diselesaikan dalam masa kurang daripada 5 minit.

 

Satu perkara yang anda perlu tahu ialah, walaupun upahnya murah, tetapi ia dibayar dalam matawang USD. Bandingkan dengan matawang negara kita? Anda masih untung banyak.

 

Cara kedua: Program referral jobdirumah

Sertai program ini hanya jika anda benar-benar berpuas hati dengan kualiti dan konten modul latihan Jobdirumah yang anda beli. Jika anda puas hati, nyatakan dengan jelas dan terperinci, apa sebenarnya yang buatkan anda benar-benar rasa puas hati?

 

Kongsikan dengan rakan-rakan dan kenalan anda, apa sebenarnya yang buatkan anda benar-benar seronok dan puas hati dengan jobdirumah ni. Kerana dari situ, barulah ia mampu untuk tarik minat rakan-rakan anda untuk sertai Jobdirumah menerusi link referral anda.

 

Tolong jangan promosikan jobdirumah jika anda sendiri

1. Tak jelas dengan motif dan matlamat program jobdirumah

2. Anda masih tak pernah tengok dan lalui sendiri modul latihan jobdirumah

3. Anda tak puas hati dengan program jobdirumah

4. Anda mengharapkan duit segera menerusi jobdirumah

 

Kat luar sana sebenarnya ada banyak lagi laman-laman web yang menawarkan peluang pekerjaan hanya dari rumah. Cuma masalahnya ialah, dalam banyak-banyak tu, ada jugak laman web yang menipu. Anda dah penat-penat buat kerja, tiba-tiba mereka tak nak bayar pulak. Kan tak best macam tu.

 

Jadi, kalau anda rasa anda masih lagi tak jelas, dan masih belum mampu nak membezakan mana satu laman web yang betul-betul ikhlas memberi pekerjaan dan membayar pekerjanya dengan laman web yang scam, kan lebih baik anda join sahaja jobdirumah. Cara ini, anda boleh dapat ilmu, sistem yang teratur dan risiko untuk ditipu pun kurang. Faham?

 

Ok jangan sedih-sedih kalau anda masih belum dapat sesen pun dari program Jobdirumah ni. Semak balik kedalam diri. Adakah mungkin anda masih tak habis study lagi? Kalau ya, anda masih belum habis study, pi study cepat dan terus praktikkan.

 

At least kalau nak stop sekalipun, dapatkan la dulu pulangan daripada pelaburan RM50 anda untuk dapatkan panduan ni satu masa dulu.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 2 comments… read them below or add one }

Ikram munshi August 20, 2017 at 7:03 am

Apa beza prog eRezeki dgn jobdirumah ya?

Reply

sabree hussin August 20, 2017 at 4:21 pm

Kalau eRezeki, job kita dapat terus dari pihak eRezeki. Tapi baru-baru ni, saya tengok eRezeki pun dah mula open job dari laman web oversea macam freelancer. JDR ialah panduan bekerja dari rumah.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: