Dalam catatan kali ini, saya akan kongsikan kepada para pembaca dan pelawat blog ni tentang contoh-contoh tugasan dan pekerjaan yang anda boleh lakukan hanya dari rumah. Tidak kiralah sama ada, anda mendapatkan tugasan ini menerusi bantuan laman web jobdirumah ataupun atas hasil usaha anda sendiri, saya harapkan semoga sedikit sebanyak info yang saya kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Sebahagian daripada apa yang bakal saya kongsikan ini, adalah based on pengalaman saya sendiri buat duit di internet. Jadi mungkin ada terdapat satu atau dua yang anda boleh praktikkan untuk membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda. Manalah tahu dengan cara ini, sedikit sebanyak dapatlah anda melangsaikan sebarang hutang kad kredit yang anda tanggung sekarang ini. Setidak-tidaknya, saya sendiri sedang berusaha untuk bebas dari hutang kad kredit melalui cara ini.