Awasi Muslihat Spammer Dalam FB Group Anda

by sabree hussin on March 29, 2014

in Panduan Dominasi FB Group

Memang agak misteri bila satu hari tu tiba-tiba group FB yang saya bina menerima request untuk join dari orang putih.

Saya ingatkan, mereka adalah orang tempatan, ataupun mungkin salah seorang subscriber saya yang berminat nak join group yang saya bina, dan mereka guna nama glamor.

buat duit di FB Group

Nama pun tak macam nama American ๐Ÿ™‚

Entah dari negara mana.

Akhirnya misteri terjawab. Sebelum ini saya memang ada terlepas approve request dari pengguna FB yang guna nama yang pelik-pelik ni.

cara buat duit di fb group

Rupa-rupanya dia request untuk join semata-mata sebab nak promote produk yang dia jual.

Rayban Sunglasses. Langsung tak ada kena mengena dengan tujuan asal group tu dibina.

Even kalau produk yang dia cuba promot ada kena mengena dengan motif group sekalipun, saya tak akan benarkan. Untuk kes-kes macam ni selalunya saya akan delete post ni dan akan terus remove user ni.

Kalau betul serius nak buat pemasaran di FB Group, belajarlah buat pemaaran dengan cara yang lebih beretika.

Kalau tak tau macam mana nak buat, belajarlah.

Belajar dari sini pun boleh –> Panduan Dominasi FB Group Version 3.0

Dalam sesebuah group yang kita bina menerusi medium FB, kita boleh setkan privacy group tersebut kepada open, closed ataupun secret group.

Untuk open group, sekarang ni majoriti yang buat group macam ni ialah group iklan. Sesiapa sahaja boleh masuk, ahlinya sangat ramai, dan bila kita post sesuatu di group yang berstatus open, boleh jadi tak ada siapa yang akan hiraukan post kita.

Berbeza pula halnya kalau kita sertai group yang mempunyai privacy group closed.

Selalunya ia lebih terarah dan ahlinya lebih berfokus. Sebagai contoh group untuk buat duit dengan blogging, group buat duit sebagai affiliate dan sebagainya.

Berbalik kepada misteri asal, apa yang dapat saya simpulkan.

1. Mereka yang request untuk join adalah berniat jahat

2. Mereka hanya nak buat spam dengan lakukan autopost untuk promote produk yang mereka jual

3. Kita boleh buang dia dari group kita

4. Kalau dapat request dari orang macam tu, block je terus tak payah layan

Kalau nak buat kacau, sila pergi buat kacau di group lain.

 

Be Sociable, Share!

{ 1 comment… read it below or add one }

ieta mat sa'ad March 30, 2014 at 2:27 am

ramai yang tidak jujur dari yang jujur dalam dunia ni kan Tuan?

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: