Antara Agen Insurans Dengan Agen Tone Excel

by sabree hussin on August 7, 2014

in Tune Talk Tone Excel

Bila saya buat perbandingan, antara jadi agen insurans/takaful dengan jadi agen sim kad Tone Excel, saya perhatikan, jadi agen Tone Excel sebenarnya lagi mudah.

Dulu sekejap, saya pernah jadi agen takaful. Tapi dah berhenti dah. Sempatlah close beberapa kes untuk klien, itupun kebanyakannya untuk saudara mara terdekat.

Macam sekarang ni, saya jadi agen Tone Excel.

tune talk tone excel

Dari segi cara kerja, saya lihat ia sebenarnya tak banyak bezanya. Kedua-duanya perlu cari prospek, perlu terangkan dari segi kelebihan, dan bila mereka dah setuju untuk bertukar kepada Tone Excel, perlu beri servis pada klien tersebut.

Dah tentu, daripada penerangan yang saya buat, akan ada yang akan kata ya, dan akan ada yang kata tidak.

Walaupun produk Tone Excel ini bagus untuk semua orang, namun bukan semua orang perlukan produk ini. Kena ambil kira banyak faktor juga sebelum seseorang tu bersetuju untuk jadi pengguna Sim Kad Tone Excel.

Apa pun, saya sangat respek pada cara kerja agen insurans.

Bukan mudah untuk mereka dapatkan klien.

Nak kata dari segi persaingan, berapa banyak syarikat insurans dan takaful ada kat Malaysia ni. Dari segi polisi pun pelbagai. Nak kata polisi dari syarikat A lagi murah dari B, pun payah. Sebabnya, anda dapat perlindungan mengikut kadar bayaran yang anda mampu buat.

Senang cerita, industri insurans ini sangat kompetitif.

Kalau nak compare dengan industri dalam bidang telekomunikasi, berapa sangat syarikat Telco yang ada kat Malaysia ni. Kemudian, pelan pemasaran pulak, berapa banyak yang gunakan kaedah pemasaran seperti Tone Excel yang akhirnya mereka memberi semula keuntungan kepada pengguna.

Tak banyak.

Saingan tak begitu sengit.

Satu hari nanti, saingan akan tetap wujud, tetapi mungkin ia antara sesama agen Tone Excel, bukannya persaingan dari Telco lain.

Baiklah, kalau anda nak tau dengan lebih lanjut mengenai Tone Excel, muat turun panduan buat bisnes dengan tone excel dilaman web ini.

 

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: