5 Sebab Kenapa Earning Nuffnang Anda SLOW!

by sabree hussin on July 8, 2014

in Blogging

Seingat saya, baru je beberapa hari lepas saya duk bising-bising pasal earning dari Nuffnang yang tak jalan, kempen CPUV yang makin kurang dan sebagainya.

 

Hari ni bila saya log in ke akaun Nuffnang, rupa-rupanya ada berita gembira…

nuffnang_cpuv_earning_tips

Yes… sekarang ni ada tiga CPUV Earning tengah berjalan. Ini buatkan saya terfikir, patut ke saya buat bising dengan lebih kerap pasal income Nuffnang saya? Adakah dengan berbuat demikian, akan beri impak kepada pendapatan Nuffnang saya?

 

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui bahawa pada ketika ini HambaNya ini memang sedang memerlukan duit. Alhamdulillah.

 

Ok… Saya buat check and balance, kenapa sebelum ni earning dari Nuffnang ni lambat sangat nak naik?

 

Hasilnya, mungkin berpunca daripada beberapa perkara berikut.

 

Kenapa pendapatan dari Nuffnang Slow?

(1) Trafik blog yang rendah

Ini yang berlaku kat blog ni. Trafik yang masuk ke blog ni agak rendah kebelakangan ni.

Dah amat jarang dan agak sukar nak dapatkan walaupun cuma 1,000 page view dalam sehari. Pada pendapat saya, ini ada kena mengena dengan kejadian artikel-artikel lama dalam blog ni yang dah hilang.

 

(2) Jarang sangat update blog

Pun salah satu puncanya.

Semenjak saya mula bergiat aktif menghasilkan produk-produk saya sendiri, iaitu ebook, saya dah agak kurang update blog ni. Bukan sengaja tak nak update, cuma tak berkesempatan.

Selalunya masa yang ada saya guna untuk buat research dan update blog.

Kali ini sedikit berbeza. Masa yang ada saya gunakan untuk buat research, tulis ebook dan kerja-kerja support buat para pembeli ebook saya.

 

(3) Kurang buat linking dengan website Nuffnang

Macam mana nak buat?

Senang je, dalam mana-mana artikel yang kita buat, dan kalau pada artikel tersebut kita nak cerita tentang laman pengiklanan Nuffnang, kita hanya perlu link keyword Nuffnang tu dengan laman web utama Nuffnang.

Contohnya, macam ni:-

Klik sini untuk ke laman web Nuffnang

 

(4) Artikel kurang relevan dengan advertiser Nuffnang

Dulu saya pernah hubungi pihak Nuffnang sendiri untuk dapatkan senarai advertiser yang beriklan di Nuffnang.

Bad move.

Tak kan lah Nuffnang nak reveal senarai klien mereka ha ha. Of course atas dasar privacy policy, mereka tak akan dengan senang lenang dedahkan maklumat tu pada orang luar.

So, the next logical things to do is to observe.

Nuffnang ni banyak juga siarkan iklan-iklan dari syarikat telekomunikasi macam Digi, Umobile, Maxis, Celcom dan sebagainya. Jadi, untuk match dengan pengiklan macam tu, maka saya perlu perbanyakkan artikel dalam niche atau topik telekomunikasi jugak.

Memandangkan sekarang ni saya juga buat bisnes dalam bidang telekomunikasi, maka, tak ada masalah untuk saya buat artikel dalam topik ni.

Ya, saya salah seorang agen Tone Excel.

Sambil promosikan sim kad Tone Excel ini, saya juga boleh target untuk buat artikel yang ada kaitan dengan pengiklan (advertiser) Nuffnang. Kiranya, boleh dapat dua benefit dalam satu artikel.

 

(5) Bukan rezeki

Tanpa menidakkan faktor rezeki, earning dari Nuffnang langsung tak gerak atau lambat mungkin sebab belum sampai masanya.

Apa yang kita boleh buat ialah doa.

Minta kepada Yang Maha Esa agar dideraskan rezeki.

Amalkan amalan jemput rezeki mudah-mudahan diberi rezeki yang tak terhingga banyaknya.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 1 comment… read it below or add one }

titan July 9, 2014 at 12:31 am

trafik kena ada. niche blog kita mesti nuffnang suka. Itu aje yang aku nampak.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: