Pagi ni, saya terima satu emel dari pihak Airbnb. Dalam emel tu, saya diberitahu yang saya ni “You’re one step closer to RM660 credit…”
Lihat screenshot dekat bawah ni.
Ini bermakna, link-link yang saya kongsikan di internet, yang membawa ke halaman ini, dah mula mendapat perhatian. Daripada ramai-ramai yang tekan klik pada pautan tersebut, ada juga yang mendaftar dan seterusnya claim travel credit tersebut.
Sekarang ni hanya tunggu… mereka pergi bercuti.
Selepas mereka pergi bercuti, saya pula akan dapat Travel Credit, sebagai ganjaran kerana telah bantu memperkenalkan laman web Airbnb kepada pengguna yang baru.
Untuk mengajak orang daftar sebagai ahli di laman web Airbnb ni, saya menggunakan blog sahaja. Konsep dan kaedah yang digunakan, lebih kurang sama sahaja dengan kaedah-kaedah yang pernah saya gunakan sebelum ni untuk raih komisen menerusi program-program affiliate yang pernah saya sertai.
Secara ringkas, jika ada yang minat nak guna teknik yang sama, ini yang anda perlu lakukan.