7 Perkara yang biasa saya lakukan setelah dapat Travel Credit Airbnb

by sabree hussin on December 27, 2017

in Personal

Pernah tak anda menerima travel credit dari laman web Airbnb? Belum pernah?

 

Kalau belum pernah dapat, anda boleh dapatkan sekarang juga dengan melayari laman web ini. Paparan seperti dibawah ini akan kelihatan.

Langkah seterusnya, anda hanya perlu tekan butang Sign up to claim your credit dan anda akan dibawa ke halaman yang akan meminta anda untuk melakukan pendaftaran. Pendaftaran ini adalah untuk menjadi sebahagian dari pengguna dan ahli laman web Airbnb.

 

Untuk memudahkan urusan, anda boleh gunakan sahaja akaun Facebook bagi tujuan pendaftaran. Itu sahaja. Selesai ikuti semua step tersebut, anda akan memperolehi travel credit bernilai RM105 dalam akaun anda.

 

Apa nak buat dengan travel credit dari Airbnb ni?

 

Anda boleh gunakan ia untuk buat tempahan tempat penginapan di laman web Airbnb. Tak pasti macam mana nak buat tempahan? Saya ada hasilkan sebuah artikel yang menerangkan cara-cara nak buat tempahan menggunakan travel credit menerusi laman web Airbnb.

 

Anda boleh baca artikel tersebut yang berjudul Bagaimana cara membuat tempahan tempat penginapan menerusi laman web Airbnb menggunakan travel credit.

 

Sekiranya anda adalah seorang yang suka travel, saya pasti, anda juga pasti akan sukakan laman web Airbnb ini. Saya yang pada mulanya tak berapa suka travel, (sebab kos untuk travel yang mahal dan makan masa yang panjang) kini dah mula suka dengan konsep laman web ini.

 

Lagi satu, dengan adanya travel credit, ia menjadikan kos untuk travel secara keseluruhannya jadi lebih murah berbanding sebelumnya.

 

Apabila travel, saya lebih suka menikmati suasana sekeliling dan melawat tempat-tempat menarik yang ada disekitarnya, berbanding duduk terperap dalam bilik. Jadi, saya tak berapa kisah sangat dengan status tempat penginapan yang bakal saya diami.

 

Kalau duduk bermalam di homestay atau di guesthouse juga saya tak ada masalah. Cubalah lihat di laman web Airbnb, ada banyak guesthouse yang cantik-cantik dan mungkin lebih selesa kalau nak bandingkan dengan menginap di hotel.

 

Baru-baru ini, saya sekali lagi berjaya memperolehi travel credit dari Airbnb.

tips-travel-kredit-airbnb

Travel credit ini bernilai RM270 sebabnya, rakan saya ini, mendaftar sebagai seorang host (tuan rumah) dan bukannya seorang guest atau traveler.

 

Ada banyak guesthouse yang boleh disewa dengan kos bawah RM270. Kena pandai cari dan mungkin anda akan temui guesthouse yang sesuai.

 

Ini yang biasanya saya akan lakukan apabila saya berjaya dapat travel credit.

 

(1) Rancang tempat nak pergi

Ada banyak tempat yang saya nak pergi! Cameron Highland, Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Port Dickson dan banyak lagi.

bercuti-bersama-keluarga-di-cameron

Kalau pergi bercuti ke Cameron Highland pun best jugak. Nikmati suasana sejuk di kawasan pergunungan yang sungguh mengasyikkan.

 

Teringat masa berada di Kundasang tempoh hari. Kalau tak dapat nak pergi ke Kundasang, dapat luangkan masa berada di Cameron pun seronok juga.

 

(2) Nak bawa siapa untuk ikut bersama?

Sekarang ni, kalau bercuti, kalau boleh saya nak ajak ramai-ramai ikut sekali. Lagi ramai, lagi meriahkan. Mesti lagi seronok… well itupun kalau kita tak ajak sekali troublemaker dalam rombongan tu.

 

Biasa dalam ramai-ramai, mesti akan ada seorang troublemaker. Dia ni memang konsisten kacau aktiviti, rosakkan jadual dan macam-macam lagi. Tapi kalau tinggalkan orang macam ni, kecik hati pulak dia nanti kan.

Ini salah satu tempat penginapan yang menarik yang ada di Rawang. Anda boleh ke link ini untuk melihat tawaran yang diberikan oleh pihak tuan rumah.

 

Kalau nak menginap di tempat ni, boleh bawa 16 orang untuk ikut bersama. Ramai kan? Boleh buat family reunion kat sini. Kemudahan yang disediakan juga ada macam-macam kat sini. Jadi memang berbaloi kalau dapat luangkan masa bersama keluarga kat tempat ni.

 

Kos untuk bermalam di sini adalah RM1 ribu lebih. Memang agak mahal, tapi kalau ada travel credit ni, bolehlah dapat murah sikit.

 

(3) Rancang aktiviti dan tempat menarik untuk dilawati

Bila dah sampai tempat tu, apa aktiviti yang kita nak buat?ย 

 

Tak kanlah sepanjang hari nak duduk dalam bilik je kan? Mungkin nak pergi jalan-jalan. Atau nak cuba buat aktiviti jungle trekking ataupun hiking. Bergantunglah kepada tempat apa yang anda bakal kunjungi.

 

Aktiviti menarik biasanya adalah di luar bilik. Bilik tu lebih kepada tempat untuk tidur je. Sebab tu saya tak kisah sangat dengan jenis tempat menginap, asalkan ianya selesa.

 

(4) Baca review dan ulasan tentang tempat-tempat menarik

Bagi mengelakkan kejadian tak tau nak buat apa, dan tak tau nak pergi mana, kewujudan laman-laman web yang memberi review dan menceritakan tentang tempat-tempat menarik yang ada disesuatu tempat juga sangat membantu.

 

Sekarang ni, saya juga mula menulis review tentang tempat-tempat menarik yang ada disesuatu kawasan peranginan dan percutian.

 

Antaranya yang anda mungkin boleh baca ialah 7 Aktiviti BEST di Pantai Morib. Aktiviti nombor 7 ramai yang tak tau!

 

Selain menulis tentang tempat-tempat menarik, saya juga ada menulis tentang pengalaman saya bermalam di tempat-tempat penginapan yang saya pernah cuba. Sekiranya anda adalah seorang pengusaha bisnes homestay dan inginkan saya review tempat anda, bolehlah hubungi saya.

 

In Shaa Allah dari review yang saya hasilkan, akan ada bakal pelanggan yang tertarik untuk menginap di tempat anda.

 

(5) Install Apps Airbnb

Install Apps ni bagi saya adalah untuk memudahkan saya cari tempat-tempat penginapan yang menarik yang ada tersenarai di laman web airbnb.

Kadang-kadang bila tak ada benda nak buat, saya akan buka apps Airbnb dan cari tempat penginapan mana yang best untuk dimasukkan dalam wishlist.

 

(6) Siap sedia dengan peralatan yang sesuai

Anda mungkin perlu semak dua laman web ini dengan lebih kerap.

  1. AccuWeather
  2. Jabatan Meteorologi Malaysia

 

Kalau kebetulan pada waktu anda nak travel tu, ramalan menunjukkan cuaca buruk, hujan, ribut petir dan sebagainya, anda mungkin perlu siap sedia dengan payung dan juga baju hujan.

 

Ataupun, jika cuaca baik, anda siap sedia dengan pelbagai gadget dan kamera untuk merakamkan pengalaman anda travel nanti.

 

(7) Share link airbnb untuk dapatkan lebih banyak travel credit

Siapa yang tak suka kalau dapat lebih banyak travel credit? Tahukah anda, jika anda ada banyak travel credit, dan tempat yang anda bakal menginap tu nanti lebih murah berbanding jumlah travel credit yang anda miliki, anda akan dapat buat tempahan tanpa perlu guna duit anda langsung!

 

Inilah yang saya lakukan semasa buat tempahan di PD Paradise Lagoon Apartment tempoh hari!

 

Bagaimana cara nak kumpulkan lagi banyak travel credit? Mudah sahaja. Anda hanya perlu ajak lebih ramai kawan-kawan anda untuk mendaftar dengan Airbnb menerusi link anda. Kawan anda ini akan dapat travel credit bernilai RM105, dan apabila mereka travel, anda juga akan dapat travel credit juga.

 

Tetapi, kalau kawan anda tu terus daftar sebagai host (become a host), serta merta anda akan dapat RM270 travel credit. Yeay~~

 

Apapun, terima kasih kerana sudi baca perkongsian saya ni, dan doakan saya dapat lebih banyak travel credit dari Airbnb ya lepas ni.

 

Nampak gaya, kena hasilkan lebih banyak artikel pasal Airbnb lepas ni.

Jika anda masih belum pernah dapat travel credit dari Airbnb sebelum ni, anda boleh dapatkan sekarang kat sini.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 4 comments… read them below or add one }

reezluv December 28, 2017 at 7:50 am

airbnb ni lebih kurang macam homestay la ye

Reply

sabree hussin December 28, 2017 at 11:44 am

Kebanyakkan jenis tempat penginapan yang ada dalam ni ialah jenis homestay, guesthouse. Tapi web Airbnb ni lebih kurang macam web buat booking Agoda, booking.com dan sebagainya

Reply

encikhafiz.com December 28, 2017 at 12:20 pm

teruskan menulis tuan. saya cemburu dengan istiqamah tuan dalam menulis. saya ni dah dua tiga kali tukar domain sebab expired. ๐Ÿ˜€

Reply

sabree hussin December 28, 2017 at 2:20 pm

In Shaa Allah, saya akan cari masa untuk menulis. Kalau tak menulis kat blog ni, saya tulis kat blog lain pulak ๐Ÿ™‚

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: