Pergi bercuti sepatutnya menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan dan sesuatu yang ditunggu-tunggu. Walaubagaimanapun, jika kita tidak mempunyai perancangan yang rapi, pergi bercuti boleh membuatkan duit simpanan kita habis dengan cepat.
Sekurang-kurangnya ada dua perbelanjaan, yang memerlukan kita menyediakan bajet yang besar, iaitu tiket kapal terbang (atau perbelanjaan untuk pengangkutan) dan juga belanja untuk penginapan.
Dewasa ini, kos penginapan boleh dijimatkan sekiranya kita memilih untuk menginap di tempat penginapan berkonsepkan homestay ataupun hotel bajet.
Bercerita tentang homestay, salah satu laman web yang popular untuk cari homestay yang unik dan menarik adalah laman web Airbnb dan jika anda mencari hotel bajet yang mempunyai susun atur yang menarik, boleh cuba buat tempahan melalui applikasi OYO.
Nah, saya telah dedahkan kepada anda, dua laman web yang mampu untuk bantu anda berjimat untuk tempat penginapan apabila pergi bercuti. Tahukah anda, sebenarnya ada banyak lagi cara nak berjimat semasa bercuti? In Shaa Allah, jika anda teruskan pembacaan mungkin ada beberapa perkara yang anda boleh pelajari.