Platform media sosial Facebook boleh memainkan peranan yang lebih luas, dan tidaklah terhad sekadar untuk memastikan kita terus berhubung dengan ahli keluarga, saudara mara termasuklah dengan mereka yang kita kenali, namun tak begitu rapat.
Jika anda merupakan seorang yang berjiwa usahawan, freelancer atau mungkin anda sekadar mencari peluang untuk buat duit tambahan di internet, anda mungkin berminat nak tahu, macam mana cara nak buat duit melalui platform Facebook ini.
Buat duit melalui media sosial Facebook bukanlah sesuatu yang baru. Hakikatnya, sejak dari awal lagi, dah ramai yang berjaya menjana pendapatan dengan bantuan laman web Facebook.
Bila kita sebut boleh buat duit dengan Facebook, bukanlah bermaksud Facebook itu memberikan duit kepada penggunanya, tetapi pendapatan itu terhasil melalui cara bagaimana penggunanya memanfaatkan fungsi yang terdapat pada platform ini.
Kalau masih ada yang kurang jelas, dan masih lagi tanya soalan-soalan seperti
“Betul ke boleh buat duit dengan Facebook?”
“Macam mana nak buat duit dengan Facebook?”
Perkongsian ini memang saya hasilkan untuk anda. Kalau betul minat nak tahu, sila teruskan pembacaan.