Konsep ABC ini saya belajar daripada buku bertajuk The 100 Greatest Sales Ideas of All Time, by Ken Langdon. Saya beli buku ni masa pesta buku Big Bad Wolf dekat Seri Kembangan.
Akronim ABC ini sebenarnya merujuk kepada
A – Always
B – Be
C – Closing
Dalam bidang jualan, always be closing bermaksud kita perlu sentiasa sudahi setiap persembahan jualan, perbualan dan sebarang pertemuan dengan percubaan untuk mendapatkan jualan.
Konsep ataupun teknik ABC ini selalunya dikaitkan dengan usaha jualan jenis hard selling.
Baiklah, bagi mereka yang kurang familiar dalam bidang jualan, untuk pengetahuan anda, teknik membuat jualan ini sebenarnya ada dua.
Pertama, hard selling.
Kedua, soft selling.
Kalau anda sudi luangkan sedikit masa untuk baca perkongsian ini, In Shaa Allah selepas ini anda akan faham apa perbezaan kedua-dua pendekatan ini.