Adakah bisnes online anda memerlukan anda untuk memiliki sistem autoresponder?
Sudahkah anda buat pilihan, sama ada…
1. Nak guna autoresponder free atau berbayar?
2. Nak guna autoresponder tempatan atau autoresponder luar negara?
3. Nak guna autoresponder yang harga dia tetap atau nak guna autoresponder yang kosnya bertambah dengan pertambahan senarai emel anda?
4. Anda nak guna autoresponder yang hanya perlu bayar sekali sahaja seumur hidup?
Artikel review sistem autoresponder emelmatik.com ini saya hasilkan bagi membantu anda untuk buat keputusan, sama ada autoresponder ini sesuai digunakan untuk perniagaan anda atau tidak.
Saya faham, anda keliru, dan masih lagi berbelah bahagi sama ada nak guna autoresponder emelmatik, atau anda patut guna autoresponder lain yang lebih popular seperti Getresponse dan juga Aweber.
Memandangkan saya juga adalah pengguna autoresponder Emelmatik, jadi, saya harapkan semoga perkongsian pengalaman ini dapat bantu anda buat keputusan sama ada nak guna emelmatik atau tidak.