Saya nak cerita tentang strategi penulisan artikel advertorial bagi mempromosikan bisnes simkad Tone Excel.
Ya. Salah satu pendapatan yang saya jana ialah menerusi syarikat Tone Excel. Ala… bisnes sen sen je. Jual simkad. Apabila ada pelanggan yang berminat untuk jadi pelanggan Tone Excel, saya akan dibayar sebanyak RM20 untuk setiap pelanggan yang saya perkenalkan dan setiap kali pelanggan tersebut lakukan tambah nilai, saya akan dapat komisyen topup sehingga 3 level mengikut peratus daripada jumlah topup yang dilakukan.
Rasanya semua orang dah tau apa itu Tone Excel, dan macam mana nak buat duit dengan Tone Excel. Malahan dalam blog ni pun saya dah banyak kali tulis pasal Tone Excel.
Baiklah, baru-baru ni saya ada daftar satu lagi akaun dengan Tone Excel melalui sistem autodownline123.
Untuk akaun terbaru ini, nombor IDP saya ialah 945115.
“Ayat tarik pelanggan Tone Excel”
Apa dia ayat yang buatkan prospek tertarik dan berminat nak tau dengan lebih lanjut tentang Tone Excel? Mesti ada ayat-ayat tertentu, ataupun keyword tertentu yang buatkan prospek tertarik untuk dapat info dengan lebih mendalam dan seterusnya join Tone Excel. Setuju?