Peminat buku dalam pasti tak ketinggalan untuk baca buku ni!
Ini merupakan satu lagi karya yang terbaik dari Penulis Novel Sejarah No.1 di Malaysia, .
Jadi, buat mereka yang masih belum pernah baca buku ni, saya amat syorkan anda cari masa untuk cari novel ni dan baca.
Tak kisahlah sama ada anda nak beli secara online, beli kat mana-mana kedai buku berhampiran anda, ataupun anda nak pinjam sahaja daripada sesiapa yang dah beli buku ni.
Nak pinjam kat perpustakaan pun boleh.
Perang Khaibar adalah salah satu daripada beberapa siri peperangan yang pernah tercetus ketika zaman Baginda Rasulullah SAW. Dalam peperangan ini, pihak lawan adalah Yahudi yang tinggal di Kota Khaibar, dan menyaksikan bagaimana tentera Islam berjaya menakluk benteng pertahanan Kota Khaibar yang sangat kukuh ini.
Tentang Kota Khaibar…
Ia turut dikenali sebagai Benteng Khaibar dan letaknya kira-kira 150 KM dari Madinah dan ini merupakan sebuah kubu perlindungan Kaum Yahudi yang terbesar meliputi kawasan berbukit dan kawasan pamah. Di kawasan berbukit dijadikan kawasan penempatan dan kediaman bagi orang awam dan anggota tentera manakala kawasan pamah dijadikan tempat untuk aktiviti pertanian dan penternakan. Kota ini juga mempunyai sistem saliran air yang teratur.