Tahukah anda, bahawa aktiviti mencuci pinggan yang anda lakukan setiap hari sebenarnya boleh memberikan kesan dan impak yang kurang baik kepada anggota badan anda yang jika terus menerus dilakukan akan mengakibatkan kesan yang lebih buruk lagi?
Sebab tu sesetengah orang, dia akan gunakan sarung tangan ketika mencuci pinggan dan mangkuk. Kalau dia tak pakai sarung tangan atau sebarang pelindung, maka siap sedia untuk rasai natijahnya.
Kulit tangan akan mula menggelupas dan terasa seperti terbakar. Padahal kalau dilihat dari mata kasar, seolah-olah macam tak ada apa-apa yang berlaku. Sesetengah keadaan yang lebih teruk lagi, berpunca daripada kulit sensitif, ada yang sampai keluar darah, sama ada dari celah-celah kuku ataupun dari rekahan-rekahan yang terhasil disebabkan oleh kulit menggelupas.
Anda mungkin akan beranggapan… “Ye ke boleh jadi sampai macam tu sekali?”
Saya pun begitu jugak pada mulanya. Agak sukar sebenarnya nak bayangkan, macam mana ada orang boleh ada kulit yang sensitif terhadap bahan pencuci. Selepas saya buat pembacaan lanjut, barulah saya faham, rupanya situasi ni berlaku disebabkan oleh bahan kimia yang digunakan dalam serbuk dan bahan pencuci itu sendiri.
Masalah kulit sensitif tak semestinya berlaku secara semulajadi
Setengah orang, mereka bukannya dapat kulit sensitif ni sejak kecik. Bukan macam tu. Tetapi disebabkan oleh gaya hidup dan cara kerja serta rutin harian, pada suatu hari segalanya boleh berubah dengan sekelip mata.
Terutama sekali bagi mereka yang memang bekerja dalam bidang dan lapangan yang perlu menggunakan bahan pencuci. Saya ambil contoh mereka yang bekerja di kafeteria, restoran, hotel dan sebagainya. Terutama sekali mereka yang banyak menggunakan bahan pencuci untuk mencuci pinggan, mangkuk, gelas, kutleri dan sebagainya.
Orang seperti ini memang berisiko untuk mendapat masalah kulit sensitif.