Anda ada terfikir untuk memulakan perniagaan di internet, tapi masih tak tahu nak mulakan dari mana?
Jangan risau sebabnya anda kini berada ditempat yang betul.
Internet telah membuka ruang untuk para penggunanya mencipta satu pasaran yang sangat luas, dimana sesiapa sahaja yang mempunyai idea dan kesanggupan serta semangat yang tinggi mampu untuk mencipta kisah kejayaan mereka sendiri.
Sama ada anda bercita-cita untuk mengeluarkan produk jenama anda sendiri, menawarkan perkhidmatan atau berkongsi kepakaran dan ilmu yang ada pada anda, semua ini terdapat model perniagaan yang sesuai untuk anda praktikkan.
Apa yang dimaksudkan dengan model perniagaan?
Model perniagaan ini kita boleh ibaratkan sebagai sebuah blueprint bagi perniagaan yang anda jalankan.
Fungsinya adalah untuk menjelaskan, bagaimana dan apa langkah-langkah yang bakal anda ambil bagi tujuan menghasilkan wang bagi perniagaan yang anda jalankan.