Apa kaitan antara pendapatan pasif dengan blogging?
Sekali imbas, nampak macam tak ada kaitan kan. Tapi tahukah anda, yang sebenarnya melalui aktiviti blogging, anda sebenarnya boleh menghasilkan pendapatan pasif anda sendiri.
(dan aktiviti blogging ini tidaklah sesukar seperti yang disangkakan…)
Cara ini mungkin tak begitu popular, kalau nak dibandingkan dengan lain-lain kaedah menjana pendapatan pasif yang ada diluar sana. Sebelum bercerita panjang, apa kata kita lihat terlebih dahulu, apakah kaedah menjana pendapatan pasif yang popular yang ada.
Antaranya adalah seperti
i. Pendapatan yang terhasil daripada sewaan hartanah
ii. Komisen dari perniagaan Network Marketing
iii. Royalti dari jualan karya dan hasil seni
iv. Komisen dari jualan takaful atau insurans
v. Pendapatan dari sebarang bisnes yang tak memerlukan penglibatan aktif dari anda
vi. Pendapatan dalam bentuk dividen, interest atau keuntungan dari pelaburan yang anda lakukan
Seronok kan, bila kita mempunyai pendapatan pasif kita sendiri. Tapi sebelum tu, apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan pasif?