Dalam landskap dan suasana perniagaan pada hari ini, peralihan kepada menjalankan bisnes secara online sudah menjadi suatu keperluan.
Di era digital kini, akan ada banyak perniagaan yang akan mula kehilangan pelanggan, sekiranya bisnes mereka masih lagi berkeras untuk terus beroperasi cara lama.
Kita melihat dan meneliti tabiat pengguna pada zaman kini.
Apabila terdapat keperluan untuk mendapat barangan tertentu, first thing first, mereka akan membuat carian menggunakan smartphone bagi mengetahui berapakah harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan barangan tersebut.
Sudah semestinya, platform jualan seperti Lazada, Shopee dan sebagainya akan dijadikan sebagai panduan untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai barangan tersebut.
Sejak akhir-akhir ini, platform Tiktok juga mula mendapat tempat dan dijadikan pilihan bagi generasi muda untuk membeli belah.