Pernahkah terlintas difikiran anda, apakah faktor yang menyebabkan kegagalan sesebuah perniagaan?
Jika anda luangkan sedikit masa, dan fikirkan jawapan bagi persoalan, kenapa bisnes boleh gagal, saya percaya anda juga akan temui beberapa jawapan.
Sesebuah perniagaan itu boleh gagal disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya
1. Kelemahan dalam perancangan dan persediaan
2. Masalah modal dan pengurusan kewangan
3. Pengurusan perniagaan yang lemah
4. Persaingan dari perniagaan lain
5. Faktor ekonomi
6. Bencana dan kejadian yang tak disangka
Ya, mungkin selain daripada yang saya senaraikan diatas ini, masih terdapat banyak lagi perkara yang menjadi penyumbang kepada kegagalan sesebuah perniagaan.
Topik mengenai kegagalan sesebuah perniagaan bukanlah suatu topik yang menarik.
Tak ada siapa yang memulakan sesuatu bisnes dengan susah-payahnya, inginkan perniagaan yang mereka bina akhirnya menemui kegagalan.
Namun, jika tak berhati-hati, perniagaan yang anda jalankan ini memang ada kebarangkalian untuk gagal.
Dalam banyak-banyak faktor, yang menjadi punca kegagalan sesebuah perniagaan, saya tertarik dengan faktor yang berkaitan dengan aspek pengurusan kewangan, iaitu kehabisan modal kerja (atau biasa dipanggil dengan istilah modal pusingan) bagi membiayai kos operasi harian mereka.