“Berapa kadar panggilan, SMS dan data apabila menggunakan simkad Tone Excel?”
Pengguna simkad Tone Excel juga dapat menggunakan simkad mereka seperti biasa, sama seperti lain-lain simkad yang ada kat luar sana. Anda boleh berSMS, membuat panggilan, melanggan data, whatsapp, wechat, FB, twitter, Instagram dan sebagainya.
Masih ada lagi ke yang fikir sim ini hanya boleh buat call dan SMS sahaja ya?
Info ini saya ambil dari laman web rasmi Tone Excel Sdn Bhd dan ianya adalah benar ketika catatan ini saya buat pada tarikh hari ini, 16 April 2016. Jika anda baca post ini pada tarikh yang berbeza dari tarikh post ini ditulis, dan ianya berbeza dengan maklumat yang dikeluarkan di laman web rasmi Tone Excel, maka sila ikut informasi di laman web rasmi dan abaikan info yang terkandung dalam blog ini.
Seperti yang anda boleh lihat, kadar panggilan yang dikenakan keatas pengguna simkad Tone Excel kepada lain-lain rangkaian ialah 28 sen per minit.
“All call are rated at 60 second block”
Maksudnya? Anda akan dikenakan caj mengikut blok panggilan iaitu 60 saat. Ini bermakna, apabila anda buat panggilan, syarikat telco akan terus mengenakan anda caj sebanyak 28 sen sebaik sahaja panggilan anda bersambung kepada penerima panggilan.