Kali pertama saya dengar tentang Homestay Melaka CASA INDAH ini adalah pada sekitar bulan Januari 2017. Kebetulan pada waktu tu, saya juga sedang mencari maklumat tentang homestay yang selesa dan affordable untuk disewa di Melaka.
Sebenarnya saya pun dah agak lama tak bercuti ke Melaka. Kali terakhir saya datang ke Melaka dan bercuti di Pengkalan Balak pun pada sekitar bulan December 2015. Kemudian, tahun 2016 saya dikejutkan dengan laporan berita yang mengatakan Melaka dilanda banjir.
Lepas tu, hasrat untuk bercuti ke Melaka terus terkubur. Sibuk dengan macam-macam tugasan dan job hinggakan tak sempat nak susun jadual untuk datang ke Melaka.
Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lepas (11 Feb 2017), saya berkesempatan untuk datang sekali lagi ke Melaka dan menginap di Homestay Melaka CASA INDAH ini untuk semalaman.
Kebiasaannya, kalau hanya bercuti berdua, saya akan menginap di hotel ataupun chalet. Tetapi kali ini, saya nak ajak ramai sikit family member untuk ikut sama spend masa di Melaka, maka saya rasa pilihan yang paling tepat adalah menginap di homestay.
Homestay CASA INDAH ini terletak di Bukit Katil, Melaka. Kalau lalu lebuhraya PLUS, exit sahaja di Ayer Keroh dan dari situ hanya perlu memandu lebih kurang 10KM sahaja.
Ya, memang betul. Ada banyak Homestay yang terdapat di Melaka. Tapi, nak dapatkan sesebuah homestay yang betul-betul memuaskan hati memang cukup payah. Lagipun, dalam percutian kali ini, saya bawa famili bersama.