Satu yang perlu anda tahu.
Apabila bakal pelanggan dah menghubungi anda sama ada menerusi medium whatsapp, FB Messaging atau pun SMS, ini bermakna pelanggan tersebut memang dah benar-benar serius nak dapatkan produk yang anda jual.
Apa yang tinggal untuk anda lakukan ialah close deal dengan pelanggan tersebut. Itu sahaja!
Namun begitu, dari pengalaman saya sendiri, ramai sebenarnya yang terlepas pelanggan yang berharga ini. Salah satu sebabnya adalah berpunca daripada sifat tamak dan gelojoh penjual itu sendiri.
Sebenarnya, saya juga tak jauh bezanya sewaktu awal-awal dulu berurusan dengan bakal pelanggan menerusi medium whatsapp.
Mungkin jawapan balas yang saya berikan menjadi salah satu sebab pelanggan tersebut jadi curiga untuk terus melakukan transaksi… Akhirnya pelanggan terus senyap dan bila kita follow up pun dia hanya mendiamkan diri.
Maka kat sini, tak perlu lagi kita buang masa. Bila kita follow up 2 – 3 kali masih lagi tak ada sebarang respons, maka tak perlu lagi nak buang masa. Anggap sahajalah yang kita sebenarnya dah pun kehilangan sales tersebut.