Ada terlalu banyak produk yang kita boleh jual, jika kita memilih untuk berniaga secara online sahaja. Apa yang buatkan meniaga secara online ini begitu menarik ialah, kita tak perlu mempunyai atau memegang stok produk tersebut untuk mula meniaga.
Sudah tentu ini berbeza sama sekali jika kita berniaga secara offline. Kita kena ada modal, dan paling penting, kita kena ada produk yang nak diniagakan. Produk perlu ada dalam tangan untuk kita tunjukkan kepada bakal pelanggan kita.
Realititnya, apabila kita berniaga secara online sahaja, perkara yang paling utama bukanlah untuk mempunyai stok produk yang nak diniagakan dalam tangan, sebaliknya yang lebih utama ialah mendapatkan tempahan untuk sesuatu produk terlebih dahulu. Bila dah ada tempahan, barulah kita hubungi pihak supplier untuk bekalkan produk tersebut.
Sebab tu saya kata, kalau tak ada simpan stok pun masih boleh berniaga! Dengan cara ini, kita dapat mengurangkan risiko untuk alami kerugian, memandangkan barang yang bakal kita dapatkan dari pihak supplier nanti, adalah barang-barang yang memang sudah ada pemiliknya.