Sebelum ni saya asyik bercerita tentang sistem autodownline, kali ini saya nak bercerita tentang sistem autoresponder pula. Saya harap anda tak salah faham beza antara kedua-dua sistem yang saya maksudkan ini.
Sekiranya anda ingin mempromosikan bisnes ini secara dalam talian 100%, maka anda perlu tahu, apa itu sistem autoresponder. Ia berbeza dengan sistem autodownline dari segi fungsi. Sistem autodownline ada kegunaannya yang tersendiri, manakala sistem autoresponder pula ada fungsinya.
Kalau anda masih belum tahu, apa benda sebenarnya sistem autoresponder ini, biar saya terangkan secara ringkas terlebih dahulu. Sistem autoresponder digunakan bagi tujuan-tujuan berikut, iaitu
(1) Mengumpul senarai nama dan alamat emel prospek apabila melakukan kerja-kerja pemasaran secara dalam talian. Senarai ini akan menjadi database milik kita.
(2) Sistem autoresponder berperanan untuk menghantar emel secara automatik kepada prospek. Dengan ini, sistem autoresponder akan bekerja untuk kita dengan melakukan follow up kepada pelanggan secara automatik.
(3) Sistem autoresponder membantu kita untuk menghantar emel promosi secara pukal dengan hanya menekan sekali sahaja butang send kepada penerima yang berbeza. Setiap emel yang dihantar akan di “personalized” dengan nama penerima yang berbeza.
Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan kepada anda bagaimana untuk menggunakan sistem autoresponder dalam kempen-kempen pemasaran anda. Jika sebelum ini, anda masih belum pernah menggunakan sistem autoresponder, jadi saya kira inilah masanya.
(1) Dapatkan sistem autoresponder anda terlebih dahulu
Sudah tentu, kalau nak mula melakukan kerja-kerja pemasaran menggunakan sistem autoresponder, perkara pertama yang anda perlu lakukan ialah “dapatkan sistem autoresponder anda terlebih dahulu.”
Kalau anda masih tak tau nak pakai sistem autoresponder mana satu, saya syorkan anda guna sahaja sistem autoresponder emelmatik. Memandangkan sistem ini memang cukup bagus, dan boleh berfungsi dengan baik, saya juga adalah pengguna bagi sistem autoresponder ini.
Sampai sekarang, saya masih lagi mengumpul senarai nama dan emel prospek secara automatik dengan bantuan sistem autoresponder emelmatik ini. Anda boleh daftar secara percuma dan menggunakan sistem autoresponder ini secara percuma sahaja. Setiap pengguna akan diberi masa selama 365 hari (Ya, setahun!) untuk jadi pengguna sistem ini.