Pernah tak pada satu hari, anda terbaca tentang satu berita yang agak buruk, tapi setelah anda baca berita tersebut anda bukannya rasa kasihan, sebaliknya respon anda adalah “bodohnya orang tu…”
Sama ada sedar atau pun tidak, ada ramai diantara kita yang gemar melakukan perkara-perkara bodoh. Ya, kadang-kadang diri saya sendiri tak terkecuali.
Ada perkara bodoh yang kita lakukan, hanya kita seorang sahaja yang tahu. Saya kira itu masih okay lagi. Tapi ada juga segolongan manusia, yang suka semua orang lihat kebodohannya. Tanpa diminta atau dipaksa, dia sendiri akan mempamerkan kebodohannya untuk tatapan semua orang.
Mereka ini gemar kongsikan detik-detik kebodohan mereka, sama ada dalam bentuk video, perkongsian gambar, stories dan sebagainya.
Dalam perbincangan disini, saya hanya ingin fokuskan kepada perkara-perkara bodoh yang dilakukan oleh sebahagian dari kita diinternet. Saya harap, tiada dalam pembaca yang turut melakukan perkara-perkara ini.