Masalah HILANG FOKUS.
Pada saya masalah ini berlaku pada semua jenis bisnes yang kita usahakan. Tak semestinya hanya akan berlaku apabila kita menceburkan diri dalam perniagaan Tone Excel sahaja.
Kalau anda buat bisnes dropship, akan tiba ketikanya anda macam blur dan tak tahu, apa lagi yang perlu dilakukan untuk dapatkan sales.
Kalau anda buat pemasaran affiliate, pun sama. At least sekali dua, anda akan rasa seperti lost… lebih-lebih lagi apabila income yang diharap-harapkan tetap tak kunjung tiba.
Afterall, kita buat semua kerja-kerja ni dah tentu sebab kita mengharapkan untuk dapat buat side income. Tetapi, kalau semuanya yang kita buat masih lagi tak membuahkan sebarang hasil… macam mana? Apa kita nak buat?
Sabar.
Tenangkan fikiran dan semak balik apa yang kita dah buat selama ni. Mungkin apa yang kita dah buat selama ini, bukannya tak berhasil, cuma kurang berkesan. Ataupun, mungkin selama ni kita dah terlalu fokus untuk buat marketing pada golongan sasaran yang silap.
Dalam konteks Tone Excel tu sendiri, saya perhatikan ramai yang guna FB untuk buat marketing. Mereka add semua kawan-kawan yang dah buat Tone Excel. Lepas tu, mereka pun mula update status yang bagi saya memang menarik.