Adakah anda bergantung sepenuhnya dengan kaedah pemasaran menggunakan medium Facebook sahaja? Jika jawapan anda adalah YA… anda tidak keseorangan. Ada ramai sebenarnya yang ingin buat duit online, tetapi apabila buat pemasaran, mereka hanya tahu gunakan medium Facebook semata-mata.
Tak ada masalah. Anda masih boleh dapatkan sales walaupun hanya menggunakan medium Facebook semata-mata. Akan tetapi, jika anda tak pernah terfikir pun untuk menambahkan channel pemasaran anda menggunakan medium blog, anda mungkin terlepas sesuatu yang berharga.
Jadi pada kali ini, jom kita bincangkan pula beberapa kelebihan dan keistimewaan sekiranya anda turut melakukan pemasaran menggunakan medium blog. Saya dapati sekarang ni, agak kurang yang gunakan blog dengan sepenuhnya untuk buat marketing. Mungkin sebab sekarang ni, ramai yang lebih suka buat pemasaran menggunakan medium media sosial yang lain agaknya.
“Pemasaran blog adalah kaedah pemasaran yang kurang menyakitkan hati prospek anda”
Kalau dalam bahasa Inggerisnya, kaedah pemasaran dengan blog ini bolehlah kita kategorikan sebagai kaedah yang less offensive. Ini sama sekali berbeza dengan lain-lain kaedah pemasaran contohnya
Bila anda buat marketing menggunakan email marketing dan sistem autoresponder…
Jika terlalu kerap hantar emel promosi, lambat laun subscriber kita akan mula fed up dan mereka akan mula unsubscribe newsletter dari kita.
Bukan itu sahaja, jika terlalu banyak buat promosi, list yang kita miliki tu juga lambat laun akan jadi kurang responsif. Jika mereka tidak unsubscribe kita sekalipun, mereka akan mula elak untuk baca emel-emel yang kita hantar.
Bila anda buat marketing menggunakan Fanpage…
Perkara yang perlu kita sentiasa semak ialah jumlah reach. Berapa banyak reach yang terhasil apabila kita update status. Lazimnya, kalau status yang kita buat tu berbentuk iklan, reach memang agak rendah, dan salah satu cara untuk naikkan reach ialah anda kena boost iklan tersebut menggunakan FBAds. Kena bayar.
Bila anda buat marketing menggunakan wall FB Personal…
Jangan terkejut kalau kawan-kawan mula menjauhi anda. Orang yang biasa like status anda akan berkurang hari demi hari.
Bila anda buat marketing di group iklan
Biasanya, yang buat marketing kat group iklan ni akan join banyak-banyak group dan konten iklan semua sama je. Sama ada mereka gunakan software untuk beriklan ataupun mereka iklan secara manual, iaitu buat copy paste.
Masalah beriklan dalam group iklan ni pula, kalau anda tak ada strategi yang betul, iklan anda akan tenggelam disebalik iklan-iklan pengguna FB yang lain.
Kalau anda minat nak tau cara saya iklankan produk yang saya jual di FB Group, bolehlah dapatkan panduan ini. Klik sini.
Harganya pun tak semahal mana!