Setiap pakej iklan advertorial dan review yang ditawarkan dalam blog ini akan dioptimasikan dengan teknik Search Engine Optimization (SEO).
Apa benda sebenarnya SEO Optimized tu? …dan apa pula kelebihannya untuk anda sebagai pengiklan?
Topik perbincangan pada kali ini adalah mengenai kaedah pemasaran menggunakan search engine. Ada tiga laman search engine yang popular, iaitu Google, Bing dan juga Yahoo. Namun, untuk perbincangan disini, kita fokuskan kepada Google sahaja.
Apabila bercakap tentang teknik pengiklanan melibatkan search engine, ada dua komponen yang perlu dibincangkan supaya kita sama-sama lebih jelas. Pertama adalah kaedah Search Engine Marketing (SEM) dan satu lagi ialah Search Engine Optimization (SEO).
Kedua-dua ini adalah kaedah pemasaran menggunakan search engine. Matlamat menggunakan kaedah ini adalah bagi tujuan mendapatkan atau menarik web trafik yang berpunca daripada pengguna search engine.
Apa itu web traffic?
Web traffic ini merujuk kepada jumlah pelawat atau pelayar yang mengunjungi sesebuah laman web dan berinteraksi dengan kandungan (konten) web tersebut.
Setiap kunjungan ke laman web direkodkan sebagai “hit”, “visit” atau “session”. Setiap aktiviti ini mempunyai titik permulaan dan juga pengakhiran.
Sebagai contoh, pelayar A bermula dengan membuat carian kata kunci tertentu misalnya “bercuti ke Pulau Pangkor” di search engine Google. Kemudian dia menemui beberapa laman web dan salah satunya ialah laman web Xplorasi Destinasi.