Menjalankan bisnes kedai runcit merupakan satu usaha yang bagus untuk membina pendapatan yang lumayan.
Walaubagaimanapun, sebelum anda terus buat keputusan untuk membuka kedai runcit anda, adalah penting untuk anda mengetahui dan memahami demografi penduduk dikawasan yang anda bakal jalankan perniagaan tersebut.
Ini sedikit sebanyak akan dapat membantu anda membuat keputusan yang tepat terutama sekali dari aspek mendapatkan dan menyediakan stok barangan yang perlu dibeli untuk dijual dikedai anda.
Sebelum kita bercerita dengan lebih lanjut, mungkin ada yang tertanya-tanya,
apa yang dimaksudkan dengan istilah demografi?
Demografi ini sebenarnya merujuk kepada kajian tentang ciri-ciri populasi penduduk disesuatu kawasan, seperti umur, jantina, bangsa, pendidikan, pekerjaan, pendapatan, dan sebagainya.
Demografi digunakan untuk memahami perubahan penduduk dan untuk membuat ramalan tentang masa depan penduduk.
Posting pada kali ini, saya akan bercerita mengenai profil atau karekter pelanggan yang anda bakal terima apabila anda menjalankan bisnes kedai runcit.
Profil pelanggan ini juga sebenarnya berbeza, bergantung kepada lokasi kedai runcit anda. Lokasi yang berbeza mempunyai demografi penduduk dan latar belakang pelanggan yang berbeza.
Sebab itu, dalam perniagaan yang memerlukan premis perniagaan, anda perlu mencari lokasi yang tepat, dan pada masa yang sama, anda juga perlu faham, apakah profil dan kelakuan (behavior) pelanggan yang anda bakal temui.
Umumnya, bisnes kedai runcit ini akan dibuka dikawasan seperti
1. Berdekatan dengan kawasan perumahan atau kediaman penduduk
2. Kawasan bandar atau pekan
3. Kawasan peranginan dan tempat percutian
4. Kawasan kampung
Perkara yang saya bakal ketengahkan menerusi posting ini adalah, anda akan mendapat pelanggan yang berbeza sikap, latar belakang dan karekternya, bergantung kepada lokasi dimana anda membuka kedai runcit anda.
Maklumat yang bakal kita bincangkan disini mungkin berguna buat anda, jika anda ingin memadankan keperluan pelanggan mengikut lokasi perniagaan anda.