Pada waktu catatan ini ditulis, saya perhatikan program-program yang menggunakan konsep derma sesama ahli agak giat dijalankan dan dipromosikan. Tak perlulah saya sebutkan secara spesifik, program yang mana satu. Sesekali, iklan mengenai program ini turut singgah di inbox emel saya mahupun di FB saya.
Mungkin kah sebab sekarang ni, rakyat Malaysia dah mula buka mata akan potensi derma untuk jana ekonomi? Boleh jadi pelopor program ini mencontohi jejak langkah seorang individu ternama di Malaysia yang mampu meraih derma yang begitu lumayan sehingga mencecah RM2.6 bilion! Hanya bergantung pada konsep derma sudah cukup untuk HIDUP MEWAH.
Hati-hati kawan.
Ajaibnya Sedekah Semakin Bersedekah Semakin Kaya
Hari ini, saya nak kongsikan kepada anda mengenai sebuah buku yang saya pernah beli dan baca sebelum ini yang saya kira ada kaitan yang rapat dengan topik yang saya bawakan di awal-awal tadi.
Tahukah anda, sebenarnya sedekah adalah ibadah yang khusus yang turut dinyatakan secara jelas akan tatacara perlakuannya.
“Salah satu ajaran agama kita adalah sedekah. Selama ini, kita sering memandang sedekah sebagai suatu yang biasa. Siapa yang mahu bersedekah, silakan. Siapa yang tidak mahu, tidak mengapa. Ramai daripada kita tidak memahami apa itu sedekah. Padahal, jika kita menyelami dan mendalaminya dengan bersungguh-sungguh, hakikat sedekah mampu membuka dan mencerahkan hati dan fikiran kita. Sedekah mengandungi kekuatan ataupun keajaiban yang dahsyat, bukan hanya dalam konteks kehidupan di dunia, malah dalam konteks kehidupan di akhirat juga.” penulis