Tahukah anda bahawa anda boleh hasilkan pendapatan yang lumayan menerusi PG Mall!
Nak tahu caranya? Biar saya terangkan satu per satu, supaya anda benar-benar faham.
Tapi sebelum tu, boleh saya tanyakan satu soalan kepada anda? Adakah ini merupakan kali pertama anda mendengar tentang peluang buat duit di PG Mall?
Jika jawapan anda adalah ya, artikel ini memang saya tulis untuk anda.
Peluang buat duit tanpa modal di PG Mall
Masih ramai sebenarnya yang tak tahu, atau mungkin tak perasan, yang sebenarnya di PG Mall terdapat satu peluang yang sangat menarik untuk kita buat duit, tanpa perlu risau untuk keluarkan modal (atau dengan modal yang sangat minima).
Justeru, bagi mereka yang memang ada merancang untuk buat duit sampingan, tetapi selalu ada risau tentang hal-hal seperti nak kena sediakan modal, ini peluang baik untuk anda.
Dari luaran, kita nampak laman PG Mall ini sama sahaja seperti lain-lain e-commerce diluar sana.
Tapi sebenarnya anda mungkin silap. Kalau anda kata PG Mall ni sama sahaja dengan lain-lain platform jualan e-commerce diluar sana, maknanya anda masih belum tahu mengenai rahsia besar ini. Mari saya perkenalkan PG Mall ini dengan lebih dekat kepada anda.
Latar belakang PG Mall
PG Mall adalah merupakan sebuah platform membeli belah dalam talian (online shopping platform) yang beroperasi menggunakan konsep e-commerce.
Platform e-commerce ini mula ditubuhkan pada tahun 2017 dan dikendalikan oleh syarikat PG Mall Sdn. Bhd.(836625-K). PG Mall disokong oleh sebuah syarikat jual beli emas yang cukup terkenal di Malaysia iaitu Public Gold Marketing Sdn Bhd.
PG Mall komited untuk membangunkan sebuah pentas perniagaan yang boleh membantu golongan usahawan mempelbagaikan platform perniagaan mereka dan sekaligus membantu mereka untuk menjual barangan dagangan milik mereka ke pasaran global yang lebih luas.
Untuk para pelanggan, PG Mall komited untuk memberikan kemudahan membuat pembelian pelbagai jenis barangan dari pelbagai kategori berbeza termasuklah barangan elektronik, fesyen, buku, kelengkapan rumah, makanan, peralatan sukan dan banyak lagi.
Kaitan antara PG Mall dengan Public Gold
Kedua-dua syarikat ini bernaung dibawah Public Gold Group atau singkatannya PG Group.
Nama penuh syarikat Public Gold adalah Public Gold Marketing Sdn Bhd. Syarikat ini terlibat dalam perniagaan logam berharga, iaitu emas dan perak sebagai bisnes utama. Anda boleh layari https://publicgold.com.my/ untuk ke laman web utama Public Gold.
Syarikat Public Gold diasaskan pada tahun 2008 oleh Dato’ Wira Louis Ng Chun Hau.
Selepas beberapa tahun terlibat secara aktif dalam perniagaan berkaitan logam berharga, seterusnya Public Gold Group membuat keputusan untuk mula menerokai bidang perniagaan berkaitan dengan gaya hidup (lifestyle). Maka pada tahun 2017, tertubuhlah PG Mall.
Pada asalnya, pelanggan utama PG Mall adalah merupakan mereka yang merupakan pelanggan Public Gold. Setiap pelanggan yang pernah melakukan urusniaga pembelian emas bersama dengan Public Gold, sama ada sebagai pelanggan biasa (customer) atau menjadi pengedar (dealer) secara automatik akan turut mendapat akaun di PG Mall.
Individu yang berstatus dealer di Public Gold yang berjaya menghasilkan pendapatan, akan mendapat bayaran komisen yang akan dikreditkan ke akaun e-wallet khas. Duit dalam akaun e-wallet ini ini boleh digunakan untuk membeli sebarang produk di platform PG Mall. Akaun e-wallet ini dikenali dengan nama c-wallet.
Selama ini, sebelum PG Mall dilancarkan, para dealer Public Gold yang berjaya menjana komisen, akan berbelanja dipelbagai tempat yang berbeza. Tapi dengan adanya platform PG Mall, kini mereka boleh menggunakan komisen yang mereka hasilkan untuk berbelanja di platform ini.
Dengan berbelanja di PG Mall, para dealer dapat memberi sokongan penuh terhadap perniagaan yang dijalankan oleh PG Group. Pada masa yang sama, pelanggan juga akan dapat menjana pendapatan tambahan melalui kaedah perkongsian keuntungan yang dikenali dengan nama program consumerchant.
PG Group dapat berkembang lebih besar, membina perniagaan yang lebih kukuh dan pada masa yang sama, para dealer ini tadi juga dapat manfaat seperti komisen tambahan dalam bentuk cash back, komisen dari pembelian ahli (shopper) dalam rangkaian, dan banyak lagi. Ini saya akan terangkan lagi dibawah.
Bukan itu sahaja, dealer Public Gold yang mempunyai produk sendiri, dan ingin membuat jualan juga boleh membuka kedai online melalui platform PG Mall. Ada banyak dealer dan juga pelanggan Public Gold yang sebenarnya mempunyai bisnes lain, selain daripada menjalankan bisnes emas.
Adaantara mereka yang menjual buku, menjalankan bisnes pakaian, makanan, barangan kelengkapan rumah dan banyak lagi. Mereka semua ini boleh memanfaatkan platform PG Mall untuk menjual produk mereka.
Berita baiknya ialah, walaupun anda bukan pelanggan Public Gold, anda juga berpeluang untuk menjadi pengguna di PG Mall, dan jika anda memiliki produk sendiri, anda juga boleh membuka kedai di platform ini.
Statistik PG Mall
Kalau kita merujuk kepada data yang pernah dikeluarkan oleh laman web i-price insight untuk kedudukan platform jualan e-commerce di Malaysia bagi suku ketiga tahun 2020, PG Mall pada waktu itu berada pada kedudukan ketiga.
Pada waktu ini, PG Mall berada di kedudukan ketiga dengan jumlah trafik bulanan sebanyak 4,540,800 sebulan.
Saya cuba dapatkan data terkini dari laman web yang sama, tapi sayangnya maklumat tersebut tidak tersedia. Sebagai alternatif, saya ambil data dari laman web Statista.
Berikut adalah data yang saya perolehi.
Kalau mengikut kepada data diatas, setakat suku kedua tahun 2022, PG Mall kini berada ditempat kedua dan telahpun berjaya memintas kedudukan Lazada, dengan jumlah trafik bulanan sebanyak 22,153,300 klik.
Apa yang kita boleh fahami melalui data diatas?
Jelas kita boleh nampak bahawa PG Mall semakin diterima dalam kalangan pengguna di Malaysia. Dalam masa dua tahun, ia sudah mampu memintas platform e-commerce yang pernah menjadi pilihan utama di negara kita satu masa dulu, iaitu Lazada.
Pada peringkat ini, sepatutnya anda juga patut faham, bahawa PG Mall telah menunjukkan prestasi yang baik dan ia mula diterima baik dalam pasaran tempatan.
Maklumat mengenai kedudukan PG Mall, berapa banyak trafik yang masuk ke PG Mall dan sebagainya mungkin tak begitu penting buat individu yang hanya berminat untuk menjadi pelanggan biasa. Sebagai pelanggan biasa, sudah tentu mereka lebih berminat dengan tawaran-tawaran seperti
i. Potongan harga
ii. Penghantaran percuma
iii. Jaminan harga terendah
… dan sebagainya. Namun, jika satu hari nanti anda bercadang untuk memulakan perniagaan online anda sendiri, maklumat tersebut pasti berguna untuk anda.
PG Mall menerima kunjungan sebanyak 22,153,300 dalam masa sebulan. Cuba bayangkan, anda membuka tapak perniagaan disebuah shopping mall yang menerima kunjungan pelawat sebanyak 22 juta pelawat dalam sebulan! Boleh bayangkan, betapa besarnya potensi untuk barang dagangan anda untuk terjual diplatform tersebut?
Kelebihan menjadi ahli di PG Mall
Dalam PG Mall ada satu konsep yang dipanggil consumerchant.
Konsep consumerchant ini adalah diinspirasikan daripada satu prinsip dalam bidang ekonomi yang dikenali sebagai ekonomi perkongsian (sharing economy). Jika anda pernah pernah membaca mengenai konsep ini, saya percaya anda akan lebih faham mengenai falsafah disebalik praktik ini.
Sebenarnya, konsep ekonomi perkongsian ini sudah banyak dipraktikkan disekeliling kita. Sama ada anda perasan, ataupun tidak. Anda mungkin biasa lihat konsep ini dipraktikkan, cuma bezanya sama ada anda tahu ataupun tak ia sebenarnya adalah ekonomi perkongsian.
Apa yang anda perolehi sebagai ahli di PG Mall
Jika anda masih belum pernah ada akaun PG Mall, boleh daftar percuma disini.
Pihak PG Mall ada berkongsi hasil kajian, apa yang mendorong bakal pelanggan untuk membuat pembelian secara dalam talian. Menurut PG Mall, terdapat 5 kriteria, iaitu
(1) Penghantaran percuma (67.3%)
(2) Kupon dan diskaun (54.5%)
(3) Review dari pelanggan terdahulu (48.1%)
(4) Proses pembelian yang mudah (39.7%)
(5) Program kesetiaan (37.1%)
Kesemua lima perkara yang di highlight oleh pihak PG Mall, adalah perkara yang kita akan perolehi sebagai pengguna.
Berkenaan dengan promosi penghantaran percuma, siapa dekat sini yang tak suka dengan penghantaran percuma?
Sudah tentu kebanyakkan dari kita sukakan tawaran tersebut.
Pihak PG Mall memang ada berikan tawaran penghantaran percuma. Lihat buktinya dibawah.
Apabila kempen penghantaran percuma ini diaktifkan, kita akan dapat pemberitahuan melalui email. Seterusnya kita kenalah tebus tawaran tersebut. Selain kempen promosi penghantaran percuma, setiap bulan juga akan diadakan promosi diskaun sempena hari gaji. Waktu ini, memang ada banyak barangan kelengkapan rumah yang dijual dengan harga promosi.
Apa yang dimaksudkan dengan program Consumerchant?
Istilah Consumerchant ini merupakan tanda dagangan (trademark) yang diperkenalkan oleh PG Mall. Perkataan consumerchant itu sendiri merupakan gabungan dua perkataan iaitu consumer (pengguna) dan merchant (peniaga).
Program consumerchant inilah yang menjadikan PG Mall sebagai sebuah platform yang lain daripada yang lain. Mana ada lagi syarikat perniagaan yang berbesar hati untuk berkongsi keuntungan yang mereka hasilkan kepada para pelanggan yang membeli di platform milik mereka.
Bukan itu sahaja, malahan keuntungan yang PG Mall perolehi, hasil daripada pembelian yang kita lakukan juga, mereka nak kongsikan semula kepada kita. Konsep seperti ini memang tak ada di praktikkan oleh pesaing PG Mall.
Dalam program consumerchant ini, PG Mall memperkenalkan konsep “forever cash back”.
Setiap pembelian yang kita lakukan di PG Mall, kita akan dapat cash back yang akan dikreditkan dalam akaun c-wallet milik kita.
Bukan itu sahaja, jika kita aktif mendaftarkan pengguna baru untuk menjadi pelanggan PG Mall, kita juga akan dapat cash back dari pembelian yang pengguna tersebut lakukan.
Lagi ramai orang yang kita ajak untuk menjadi pelanggan PG Mall, maka lagi meriahlah cash back yang akan dikreditkan dalam akaun c-wallet kita.
Bagaimana cara mengumpul duit dalam C-Wallet
Ada sekurang-kurangnya 4 cara bagaimana kita boleh mengumpul duit dalam akaun C-Wallet PG Mall milik kita. Saya akan terangkan cara tersebut satu per satu.
(1) Log in ke PG Mall dan sertai acara Shake The World
Setiap hari, pastikan anda buka apps PG Mall melalui smartphone anda, dan sertai acara Shake The World. Cara untuk sertai acara ini juga sangat mudah.
Buka apps PG Mall. Kemudian pilih butang yang berbentuk bumi seperti yang saya tandakan dibawah ini.
Bila dah pilih bahagian tersebut, paparan seperti dibawah akan kelihatan.
Seterusnya anda goncanglah smartphone anda sampailah keluar keputusan, apa yang anda perolehi.
Dalam acara shake the world ini, ada dua kemungkinan yang akan berlaku kepada anda. Sama ada anda akan menerima duit yang akan dikreditkan ke dalam akaun c-wallet anda ataupun anda akan mendapat voucher diskaun untuk pembelian di kedai terpilih di PG Mall.
Jumlah yang bakal anda perolehi berbeza-beza. Boleh jadi RM0.10 – RM0.50
Kalau anda tak dapat duit, anda mungkin akan dapat voucher diskaun seperti yang saya pernah dapat sebelum ini.
Voucher yang saya pernah dapat sebelum ini adalah diskaun sebanyak RM10.00 untuk pembelian di PG Jewel. Pembelian ini boleh dilakukan melalui apps PG Mall.
(2) Kumpul c-wallet melalui pembelian peribadi
Setiap pelanggan yang berbelanja di PG Mall akan menerima cash back setiap kali dia membeli barangan di platform ini.
Jumlah cash back yang bakal anda perolehi adalah berbeza, mengikut status shopper anda.
Terdapat 4 tahap shopper yang berbeza di PG Mall, iaitu
i. Shopper
Mereka yang baru kali pertama mendaftar sebagai ahli di PG Mall, akan mendapat status shopper. Setiap orang yang berstatus shopper layak untuk mendapat 0.5% cash back untuk setiap pembelian yang dia lakukan.
Sebagai contoh, jika dia berbelanja sebanyak RM1,000 di PG Mall, dia akan memperolehi cash back sebanyak RM5 yang akan dikreditkan ke akaun c-wallet.
ii. Super Shopper
Anda akan dinaiktaraf menjadi Super Shopper apabila anda berjaya mendaftarkan 50 orang dan keatas berstatus Shopper dibawah anda dan mendapatkan jumlah jualan kumpulan keseluruhan sebanyak RM50,000.00
Kalau anda sekadar berjaya daftarkan 50 orang, which is pada saya benda ini tak begitu susah, tapi dari 50 orang tu tak ada seorang pun yang pernah atau berminat untuk berbelanja di PG Mall, status anda akan tetap kekal sebagai Shopper, sehinggalah jumlah jualan keseluruhan bagi kumpulan anda mencapai angka RM50,000
Walaubagaimanapun, terdapat cara untuk anda terus mendapatkan status Super Shopper, walaupun anda belum daftarkan 50 orang shopper dibawah anda. Caranya adalah dengan menjadi dealer di Public Gold. Anda akan terus dinaiktaraf sebagai Super Shopper di PG Mall.
Sebagai Super Shopper, anda akan menikmati cash back sebanyak 1% untuk pembelian yang anda lakukan di PG Mall.
Andai kata anda berbelanja sebanyak RM1,000 di PG Mall, jumlah cash back yang bakal anda perolehi adalah sebanyak RM10 yang akan dikreditkan semula ke akaun c-wallet anda.
iii. Premium Shopper
Syarat untuk menjadi Premium Shopper, anda perlu jadi Super Shopper terlebih dahulu, dan selepas itu anda perlu perkenalkan 200 orang shopper baru di PG Mall dan perlu capai jumlah jualan keseluruhan sebanyak RM200,000.
Apabila anda mencapai status Premium Shopper, cash back yang anda bakal nikmati adalah sebanyak 1.5%
Ini bermakna, jika anda berbelanja sebanyak RM1,000 di PG Mall, jumlah yang akan perolehi semula adalah sebanyak RM15
iv. Elite Shopper
Ini merupakan tahap tertinggi dalam PG Mall. Seorang yang berstatus Premium Shopper perlu memperkenalkan 300 shopper dan mencapai jumlah jualan kumpulan sebanyak RM500,000 bagi melayakkan diri menjadi seorang yang berstatus Elite Shopper.
Seorang yang berstatus Elite Shopper di PG Mall menikmati cash back sebanyak 2% untuk setiap pembelian yang dilakukan.
Maknanya, jika dia berbelanja sebanyak RM1,000 maka dia akan terima cash back sebanyak RM20.
(3) PG Mall Shopper Incentive
Dari mana datangnya PG Mall Shopper Incentive ni?
Untuk pengetahuan anda, setiap orang yang menyertai PG Mall layak untuk menerima bayaran insentif. Walaubagaimanapun, tak semua orang yang join PG Mall ini, betul-betul serius untuk dapatkannya.
Betul tak?
Biar saya terangkan.
Insentif ini dibayar kepada shopper, super shopper, premium shopper ataupun elite shopper yang ada usaha untuk mengajak orang lain untuk turut sama menjadi shopper dalam program consumerchant PG Mall ini. Kalau usaha tu tak ada, alamatnya memang tak akan dapatlah bayaran insentif ini.
Syarikat ini menjalankan aktiviti perniagaan… bukannya kebajikan. Dalam konsep consumerchant yang mereka perkenalkan itu sendiri, mereka ada nyatakan yang mereka mengamalkan model perkongsian keuntungan (profit sharing model) dalam perniagaan yang dilakukan.
Apabila anda berjaya bantu syarikat dapatkan jualan, sama ada besar atau kecil nilai transaksi tersebut, syarikat akan kongsikan keuntungan jual beli tersebut kepada anda mengikut peratusan yang telah dijanjikan (sama ada 0.5%, 1.0%, 1.5% atau 2.0%)
Bukan itu sahaja, jika anda berbelanja di platform PG Mall, pembelian yang anda lakukan itu turut menyumbang keuntungan kepada syarikat. Keuntungan yang terhasil dari pembelian yang anda lakukan itu juga, syarikat akan kongsikan sebahagian profit tersebut kepada anda.
Bayaran insentif yang bakal diperolehi oleh setiap individu juga berbeza-beza mengikut prestasi individu tersebut. Siapa usaha lebih dapatlah banyak.
Siapa yang cuma semangat nak daftar je lebih, lepas tu duduk diam tak ada sebarang usaha, biasanya memang tak akan dapat apa-apa.
Dibawah ini merupakan bayaran insentif yang pernah saya perolehi dari PG Mall.
Kesemua bayaran ini dimasukkan ke dalam akaun c-wallet milik saya. Insentif ini datangnya daripada pembelian shopper yang pernah berdaftar melalui recommendation dari saya. Besar kemungkinan mereka ini mengetahui tentang program consumerchant ini hasil daripada pembacaan blog saya.
Ini makluamt yang perlu anda tahu.
i. Jika anda berstatus shopper
Anda akan dapat cash back sebanyak 0.5% dari pembelian shopper dibawah anda.
ii. Jika anda berstatus Super Shopper
Anda layak untuk terima cash back sebanyak 1.0% dari pembelian shopper yang anda perkenalkan.
iii. Jika anda berstatus Premium Shopper
Anda bakal menikmatik cash back sebanyak 1.5% dari pembelian para shopper yang mendaftar didalam kumpulan anda.
iv. Jika anda berstatus Elite Shopper
Anda akan menikmati cash back sebanyak 2.0% dari pembelian yang dilakukan oleh shopper dibawah anda.
Justeru, bagi mereka yang nampak peluang ini, pasti akan cuba mendaftarkan seberapa banyak shopper baru dalam kumpulan mereka. Lagi banyak shopper yang anda berjaya daftarkan, lagi tinggilah insentif yang bakal anda perolehi kelak.
(4) Acara What’s In The Box
Acara ini konsepnya lebih kurang sama dengan acara shake the world. Bezanya ialah, shake the world hanya boleh disertai melalui smartphone, manakala acara What’s In The Box ini disertai melalui komputer.
Untuk menyertai acara ini, sila ke laman web PG Mall.
Pastikan anda login terlebih dahulu dengan memasukkan username dan password anda.
Apabila anda sudah login sebagai member, cari ikon kotak seperti yang saya tandakan diatas.
Klik pada ikon tersebut. Paparan seperti dibawah ini akan kelihatan.
Kemudian anda hanya perlu tekan klik pada kotak yang tertulis “Click here to open box”.
Seterusnya anda tunggulah hasilnya. Sama ada anda akan dapat voucher percuma ataupun anda akan dapat duit yang akan dimasukkan ke dalam akaun c-wallet anda.
Berikut adalah paparan yang anda akan lihat sekiranya anda menerima duit melalui acara What’s In The Box ini.
Dalam contoh diatas, saya menerima bayaran sebanyak RM0.10
Ringkasnya, kalau anda nak kumpul duit melalui acara Shake The World atau What’s In The Box ini, anda kena buka apps dan laman web PG Mall ini setiap hari. Walaubagaimanapun, anda perlu ingat, anda tak semestinya akan dapat duit yang akan dikreditkan melalui akaun c-wallet anda.
Ada masa-masa tertentu, anda akan dapat voucher sahaja.
Cara yang lebih pasti, yang memang guarantee untuk anda dapat duit adalah dengan membuat pembelian peribadi dan mendapatkan seberapa ramai shopper untuk mendaftar dalam kumpulan anda. Apabila shopper ini membuat pembelian, syarikat akan kongsikan keuntungan (profit sharing model) yang mereka berikan kepada anda.
Ya, konsep ini sangat mudah untuk difahami.
Tapi, ikut pengalaman saya mempromosi dan memperkenalkan bisnes ini, tetap ada orang yang tak faham. Kalau anda yang baca ini, masih ada benda tak faham, boleh tanyakan pada saya, apa yang anda masih belum faham tu.
Apa kegunaan duit dalam c-wallet?
Duit dalam c-wallet ini anda boleh gunakan untuk pembelian sebarang produk di PG Mall. Terpulanglah pada anda sama ada nak gunakan duit dalam c-wallet setiap kali anda dapat, ataupun nak kumpul dulu. Bila dah banyak baru beli barang yang harganya agak mahal.
Apa barang yang agak mahal, yang ada di PG Mall?
Mungkin anda boleh pertimbangkan untuk beli barangan kemas.
Sambil berbelanja barangan keperluan, anda kumpul duit di c-wallet, dan nanti bila dah cukup banyak boleh guna duit dalam c-wallet tersebut untuk beli barang kemas.
Not bad juga kan?
Apa yang saya perlu buat untuk buat duit dengan PG Mall?
Setiap orang yang mendaftar sebagai ahli di PG Mall, secara automatik layak untuk berada dalam program consumerchant. Sama ada dia akan mempromosikan (marketing) program ini ataupun tidak, itu perkara nombor dua.
Dia akan tetap dapat manfaat, dalam bentuk cash back untuk setiap pembelian peribadi yang dilakukan. Pada hari ini, anda mungkin rasakan PG Mall tak cukup gah dan masih belum banyak produk yang dijual diplatform mereka.
Tapi tak mustahil, dimasa akan datang platform ini akan berkembang dengan sangat besar, dan dapat memberi saingan yang sangat hebat, sama seperti Shopee yang sekarang. Adakah anda nak tunggu platform ini jadi besar seperti Shopee, baru nak mula serius daftarkan shopper didalam kumpulan anda?
Masa terbaik untuk mula daftarkan shopper dibawah kumpulan anda sebenarnya adalah pada waktu program consumerchant ini ditawarkan. Kalau anda ambil peluang ini pada waktu ini, saya rasa pada hari ini, kumpulan anda mungkin sudah mempunyai beratus ribu shopper aktif. Dan… tak mustahil anda sebenarnya sudah menjadi jutawan hasil daripada keuntungan yang dikongsikan melalui program consumerchant tersebut.
Namun begitu, kebanyakkan dari kita tak tau dan tak pernah ambil tahu pun mengenai kewujudan program seumpama ini. Biasalah, program yang memang sah, yang memang betul-betul boleh buat duit selalunya dipromosikan dengan tak begitu meluas. Berbeza halnya dengan program yang ada kemungkinan akan scam, skim piramid, skim cepat kaya, pelaburan haram dan sebagainya.
Peliknya, program seumpama itu sangat hebat dipromosikan sampaikan kita boleh dapat berita, ada individu yang kerugian beratus ribu, hilang duit tabungan dalam sekelip mata… semata-mata untuk menyertai program seperti ini.
Tetapi nak tau tak apa yang lagi pelik?
Yang lebih pelik, bila kita syorkan satu program yang lebih real, yang lebih make sense, yang memang sah boleh berikan satu sumber pendapatan yang baik, tiba-tiba orang jadi defensif.
Walhal,
i. Nak join PG Mall sangat mudah
Boleh ke pautan ini untuk daftar. Ataupun anda juga boleh muat turun apps PG Mall di Playstore.
ii. Tiada sebarang bayaran untuk jadi ahli
Pendaftaran adalah percuma
iii. Tak ada sebarang paksaan untuk beli barang
Ini bukan bisnes MLM yang memaksa anda untuk beli barang dalam jumlah tertentu, untuk melayakkan anda dapat komisen tertentu
iv. Tak perlu maintain beli barang setiap bulan
Sekali lagi, ini bukannya bisnes MLM yang mana anda wajib kekalkan pembelian dalam nilai tertentu sebab nak dapatkan point value (PV) dan sebagainya.
v. Ada beratus ribu produk yang anda boleh syorkan
Produk di PG Mall ada terlalu banyak dari pelbagai jenama terkemuka dan dari pasaraya terkenal. Kalau program MLM, anda hanya boleh promosikan produk yang dikeluarkan oleh syarikat MLM tersebut sahaja.
Saya berikan contoh, jika anda ingin mempromosikan vitamin C. Dekat PG Mall, ada macam-macam vitamin C dari pelbagai jenama seperti dari Blackmores, Scott’s, Cebion, Citrex, Eskayvie Diffenz, dan banyak lagi. Boleh jadi jenama vitamin yang anda biasa beli di farmasi juga ada di PG Mall.
Anda hanya perlu tukar tempat beli, bukan tukar jenama dan jenis vitamin.
vi. Sistem imbuhan yang straight to the point
Anda join sebagai shopper.
Kalau anda nak bina kerjaya sebagai usahawan di PG Mall, boleh mula daftarkan shopper dibawah kumpulan (rangkaian) anda. Setiap kali shopper ini berbelanja, anda akan dapat insentif dari perbelanjaan yang mereka lakukan.
Disini tiada konsep binary, kaki kanan kena seimbang (matching) dengan kaki kiri, dan lain-lain istilah yang wujud dalam bisnes MLM.
Apabila shopper dibawah anda berbelanja, anda akan dapat insentif. Duit ini akan dimasukkan dalam akaun c-wallet anda.
vii. Tiada manipulasi harga
Harga barang yang dijual di PG Mall, sama ada lebih murah, sama harga, atau sedikit lebih mahal berbanding harga yang anda boleh perolehi di platform e-commerce lain ataupun di pasaraya berhampiran anda. Kalau anda jumpa produk di PG Mall yang lebih mahal sekalipun, ia bukanlah mahal yang melampau.
Maksud melampau yang saya nak ceritakan ini contohnya macam produk vitamin C yang dijual oleh sesetengah company MLM. Kita sedia maklum, harga vitamin C ini berbeza mengikut kandungan vitamin tersebut, sama ada 500mg atau 1,000mg. Kalau kandungan vitamin lebih banyak, harganya juga lebih mahal.
Harga pasaran untuk vitamin C tidaklah begitu mahal. Kita boleh dapat dengan harga dalam lingkungan RM20 – RM50 bergantung kepada berapa banyak tablet dalam satu botol.
Tapi produk yang lebih kurang sama, kalau dijual oleh syarikat MLM, harganya boleh naik 2 kali ganda, menjadikan harganya RM80 – RM100 untuk satu kotak. Dalam situasi ini, berlaku manipulasi harga.
Mula dari situ, ejen yang mempromosikan produk tersebut, mulalah buat pelbagai claim kononnya vitamin C keluaran syarikat mereka sangat hebat. Boleh hilangkan kesan parut, boleh imun terhadap segala jenis penyakit dan macam-macam lagi dakwaan yang luar biasa. Padahal vitamin C tersebut mungkin dikilangkan di kilang yang sama dengan vitamin C jenama lain. Syarikat MLM tersebut hanya tukar packaging sahaja terus ejen-ejen claim yang vitamin tersebut sungguh luar biasa hebat.
Jadilah seorang pengguna bijak. Buat perbandingan harga sebelum beli. Kalau anda rasa boleh dapat tawaran yang lebih baik kalau beli di tempat lain, belilah ditempat yang anda suka.
viii. Tiada manipulasi pangkat
Tak perlu kejar pangkat dalam sistem PG Mall ini. Anda join dan berbelanja seperti biasa. Biarkan rangkaian anda berkembang dengan sendirinya.
Pangkat tersebut (Super Shopper, Premium Shopper, dan Elite Shopper) akan datang dengan sendirinya apabila tiba masanya. Tak berbaloi untuk peningkan kepala, nak beli pangkat untuk capai status tertentu.
Tetapi, kalau anda memang berbelanja besar setiap bulan, hingga mencapai puluhan ribu setiap bulan, mungkin anda menguruskan perniagaan, menguruskan syarikat, NGO dan sebagainya, maka dalam keadaan ini tak mustahil untuk anda dapat capai status shopper yang lebih tinggi dalam masa yang singkat.
Sekarang saya akan mula kongsikan, apakah yang anda perlu buat jika anda serius nak buat duit dengan PG Mall.
(1) Mula menetapkan matlamat
Ya kita bermula dengan sesuatu yang asas dulu. Pertama sekali, kita kena tahu apa matlamat kita.
Adakah hanya akan jadi seorang shopper?
Adakah anda akan berusaha untuk bina empayar perniagaan melalui PG Mall?
Apa yang anda sanggup dan akan buat bagi tujuan memperkenalkan program consumerchant ini kepada orang ramai?
Saya tak tahu, setakat mana yang anda sanggup buat untuk dapatkan prospek baru yang akan mendaftar sebagai shopper dalam kumpulan anda. Tapi saya boleh cerita, apa yang saya sanggup buat.
Kalau saya, saya sanggup buat
i. Tulis 100 artikel promosi untuk saya terbitkan dalam blog-blog yang saya miliki
Saya ada beberapa blog dan saya sanggup berikan komitmen untuk menulis artikel promosi berkenaan PG Mall dalam blog-blog milik saya. Saya tahu saya tak akan mampu tulis 100 artikel dalam masa satu hari, jadi saya sasarkan yang saya akan ada 100 artikel promosi dalam masa 3 tahun.
ii. Saya akan promosikan link artikel di akaun media sosial milik saya
Saya ada akaun Facebook, Twitter dan juga LinkedIn.
Jadi, setiap kali saya siap menulis artikel di blog, link artikel tersebut saya akan turut kongsikan di media sosial milik saya.
Apa lagi yang saya sanggup buat?
Oh itu sahaja. Untuk mempromosikan PG Mall ini, saya hanya akan gunakan dua kaedah itu sahaja. Saya tak akan buat video di Youtube, saya tak akan berjoget di Tiktok, saya tak akan hantar mesej sebaran di whatsapp keluarga dan sebagainya. Cukup dua perkara ini sahaja yang saya akan buat.
Itu cerita pasal saya.
Anda pula bagaimana?
Apa matlamat yang anda nak capai, dan bagaimana kaedah pemasaran yang bakal anda gunakan?
(2) Buat pembelian barang
Bisnes ini bisnes anda.
Apabila anda menjadi shopper, anda secara automatik akan menjadi sebahagian dari ecosistem program consumerchant.
Apabila anda berbelanja di PG Mall, syarikat akan berkongsi keuntungan dari perbelanjaan yang anda lakukan itu tadi kepada anda. Persoalannya ialah, kenapa anda masih nak berbelanja ditempat lain, yang tak pernah terfikir nak kongsi keuntungan yang dia dapat kepada anda?
Anggaplah perniagaan di PG Mall ini adalah bisnes anda. Anda memang ada share dalam bisnes ini. Sebab itu anda layak dapat perkongsian keuntungan (profit sharing) dari program ini.
Saya amat menggalakkan anda untuk mula membuat pembelian di PG Mall. Tujuannya adalah untuk anda rasai sendiri pengalaman berbelanja di PG Mall. Bila anda ada pengalaman membeli belah di PG Mall, anda akan jadi terbiasa (familiar) dengan cara menggunakan laman jualan di PG Mall.
Basically, bagi mereka yang biasa beli barang secara online, anda akan dapati pembelian di PG Mall ini sebenarnya lebih kurang sama sahaja dengan pembelian di lain-lain platform.
Tak tahu nak beli apa untuk pembelian kali pertama? Baiklah, apa kata anda beli buku.
Ini dia buku yang sesuai untuk mereka yang nak belajar dengan lebih mendalam, macam mana nak buat duit dengan konsep consumerchant PG Mall.
Buku ini boleh diperolehi melalui pautan ini.
(3) Jalankan kempen pemasaran
Kejayaan anda dalam program ini amat berkait rapat dengan aktiviti pemasaran yang anda jalankan. Jika anda sanggup berikan komitmen untuk menjalankan kerja-kerja pemasaran, In Shaa Allah anda juga akan dapat hasilnya.
Sebaliknya, jika anda hanya join, tapi lepas tu senyap tak buat apa-apa, tak beli barang dan langsung tak pernah bercerita mengenai program ini, biasanya anda memang tak akan dapat apa-apa.
Baiklah, bagi mereka yang baru pertama kali mendengar tentang konsep pemasaran referral seperti program consumerchant ini, sebenarnya cara kerjanya lebih kurang sama sahaja dengan program affiliate marketing.
Topik mengenai affiliate marketing ini pula adalah antara topik yang banyak saya ceritakan dalam blog ini. Jika anda masih ada perkara yang kurang jelas mengenai cara kerja affiliate marketing atau program referral, boleh baca posting saya sebelum ini.
Baca juga:
i. Apa itu affiliate marketing
ii. 26 Tips menjana pendapatan dengan affiliate marketing
Cara untuk dapatkan link referral PG Mall anda
Saya akan tunjukkan kepada anda, bagaimana cara untuk dapatkan link referral yang anda bakal gunakan dalam tujuan pemasaran. Link referral ini penting, sebabnya kita mahukan prospek membuat pendaftaran melalui link referral milik kita.
Jika dia tak menekan klik pada link referral kita, ataupun mendaftar melalui link referral milik orang lain, prospek tersebut tidak akan didaftarkan dalam kumpulan kita, walaupun kita yang pada mulanya bersusah payah menerangkan kepada dia tentang PG Mall ini.
Tutorial ini adalah untuk anda yang menggunakan laptop atau komputer.
Langkah pertama, sila buat pendaftaran terlebih dahulu jika anda masih belum ada akaun dengan PG Mall.
Sekiranya anda sudah ada akaun, sila login menggunakan maklumat yang anda telah daftarkan sebelum ini.
Klik pada ikon yang saya tandakan dengan kotak berwarna biru diatas, dan isikan borang untuk login ke sistem PG Mall.
Seterusnya, apabila anda sudah berjaya login, klik pada ikon My Profile seperti dibawah.
Pilih halaman Business Center.
Dekat halaman business center ini nanti, anda boleh semak perkembangan dan prestasi anda sepanjang berada dalam program ini.
Klik pada bahagian yang tertulis Expand Your Empire.
Selepas anda klik, akan muncul link referral milik anda. Itulah dia link yang anda perlu promosikan.
Dalam contoh diatas, link referral saya adalah seperti berikut.
https://pgmall.my/register?referralPgCode=mohamadsabree@gmail.com
Memandangkan saya juga merupakan dealer di Public Gold, apabila saya klik pada link diatas, link referral untuk Public Gold milik saya juga akan dapat dilihat.
Ini pula adalah link referral bagi Public Gold milik saya.
https://publicgold.com.my/index.php?route=account/register&is_dealer=1&intro_pgcode=PG00361712
Jika anda minat nak buka akaun dengan Public Gold, dan ingin mula menjadi penyimpan emas, bolehlah isikan borang diatas.
Sekarang kita lihat pula cara dapatkan link referral PG Mall jika menggunakan smartphone.
Buka apps PG Mall dan pergi ke bahagian My Profile.
Anda akan dapat nampak bahagian Invite Your Friends.
Tekan butang “copy”.
Itulah dia link referral yang anda perlu promosikan jika anda menggunakan smartphone.
Mudah, kan?
Baiklah, itu adalah cara untuk dapat link referral umum.
Seterusnya saya akan tunjukkan cara untuk dapatkan link referral untuk produk yang spesifik yang anda ingin promosikan di PG Mall.
Cara dapatkan link referral untuk produk yang spesifik di PG Mall
Pertama sekali, kita pilih mana satu produk yang anda ingin promosikan. Katakanlah, dalam contoh ini anda nak promosikan buku bertajuk CONSUMERCHANT – A REVOLUTIONARY SHARING ECONOMY BUSINESS MODEL.
Ini merupakan buku yang sama yang saya ada cadangkan sebelum ini.
Klik pada butang share.
Ehem.. tahu tak butang share yang mana satu? Tak tahu? Jangan risau, biar saya tunjukkan.
Butang share tu yang saya tandakan dengan kotak berwarna merah dibawah ini.
Selepas anda tekan butang share, paparan seperti dibawah akan kelihatan.
Sistem PG Mall akan tanya, anda nak share dekat platform yang mana satu? Adakah
i. Facebook?
ii. Whatsapp?
iii. Wechat?
iv. Atau dan lain-lain?
Saya pilih untuk copy link referral dan saya akan decide kemudian, dimana saya nak share link tersebut.
Tekan pada butang copy.
Dibawah ini adalah link referral yang saya perlu promosikan, jika saya nak promosikan produk yang spesifik di PG Mall.
https://pgmall.my/p/N343/5020?referralPgCode=mohamadsabree@gmail.com#.Y2TlGCsk5Ig.link
Kalau anda menggunakan smartphone, cara yang anda perlu lakukan juga lebih kurang sama.
Sekiranya anda ingin mempromosikan produk yang spesifik di PG Mall, cara yang lebih baik adalah dengan mendapatkan link referral yang khusus untuk produk tersebut sahaja. Kalau anda memberikan link referral yang general, ia akan membawa prospek ke halaman utama dan seterusnya ia akan menyusahkan prospek untuk mencari mana satu produk yang anda promosikan.
(4) Daftarkan shopper baru dalam kumpulan anda
Pastikan anda daftarkan shopper baru dalam kumpulan anda.
Tak gunalah kalau anda buat kerja pemasaran di merata tempat, kalau tak ada seorang pun yang menyertai kumpulan anda. Justeru, pastikan anda berjaya daftarkan shopper untuk masuk dalam rangkaian atau kumpulan anda.
(5) Teruskan berkongsi mengenai PG Mall
Sampai bila nak berkongsi mengenai PG Mall?
Jawapannya ialah, sampai bila-bila.
Saya tahu, mungkin ada antara anda yang akan rasa penat, jemu dan sebagainya kalau nak promosikan PG Mall setiap hari. Kalau saya dipihak anda, saya pun akan rasa macam tu.
Oleh sebab tu, saya promosikan program PG Mall ini melalui blog saya.
Bila saya promosikan program ini di blog saya, saya dapati setiap hari akan ada orang yang baca artikel saya. Daripada ramai-ramai yang baca, akan ada beberapa orang yang akan buat pendaftaran.
Saya hanya tulis artikel tersebut sekali sahaja, dan selagi mana artikel tersebut masih lagi dibaca, selagi itu ada potensi untuk saya daftarkan pelanggan baru. Tak perlupun nak bercerita pasal PG Mall setiap hari, bila kita sudah ada artikel blog yang memang selalu dibaca oleh pengguna internet.
Strategi mendapatkan pelanggan baru mendaftar melalui anda
Saya selalu dapat soalan macam kat bawah ni.
“Saya dah daftar PG Mall, bisnes ni macam mana ya?”
“Saya dah baca artikel encik pasal PG Mall, dah faham semua yang encik kongsikan, tapi saya masih tak tahu macam mana nak mula?”
“Saya dah share link untuk daftar PG Mall dekat banyak tempat, kat FB, whatsapp, telegram pun dah… tapi kenapa tak ada siapa yang daftar?”
Setiap kali ada pelanggan baru (shopper) yang mendaftar menyertai kumpulan anda, anda akan menerima email notifikasi seperti dibawah.
Apabila anda dapat email seperti diatas, itu tandanya ada orang yang tekan klik pada link referral anda dan seterusnya dia mendaftar sebagai member di PG Mall.
Andai kata satu hari nanti, mereka ini membuat pembelian, anda akan dapat insentif daripada pembelian yang mereka lakukan.
Tapi… macam mana kalau masih tak dapat email seperti diatas?
Itu tandanya cara anda buat marketing masih belum cukup bagus. Belajar lagi. Kemudian perbaiki mana yang kurang, dan teruskan dengan kerja pemasaran.
Apa produk yang dijual di PG Mall?
Ada seseorang yang bertanya pada saya, apa yang ada dijual di PG Mall?
Kalau saya nak senaraikan satu per satu, apa produk yang ada di PG Mall, ianya terlalu banyak.
Jadi, kalau anda nak tahu apa produk yang ada di jual di PG Mall, apa kata anda layari sendiri laman web PG Mall, dan lihat sendiri apakah produk yang ada disitu. Anda perlu tahu, senarai produk dan penjual di PG Mall semakin bertambah dari hari ke hari.
Pemilik jenama terkemuka dan pasaraya besar pun sudah banyak yang membuka kedai e-commerce di PG Mall.
Percayalah, anda tak akan kehabisan idea untuk mula mempromosikan produk di PG Mall. Yang lagi bestnya ialah, tak kira apa produk yang shopper dibawah anda beli, anda tetap akan dapat insentif komisen.
Strategi mendapatkan pelanggan di PG Mall
Sebelum saya tamatkan perbincangan tentang bisnes PG Mall ini, saya nak tinggalkan anda dengan dua strategi yang anda boleh jalankan bagi tujuan mendapatkan shopper untuk mendaftar bersama anda.
i. Fokus tentang PG Mall
Tak kenal, maka tak cinta.
Selagi orang ramai masih belum kenal siapa PG Mall, dan belum tahu macam mana cara nak buat duit dengan PG Mall, selagi itu mereka tak akan memandang serius terhadap tawaran dan pelawaan anda. Oleh yang demikian, anda perlulah luangkan masa untuk bercerita mengenai PG Mall.
Anda boleh cerita mengenai potensi pendapatan yang boleh diperolehi melalui PG Mall. Sebelum ini, saya pernah kongsikan bukti pendapatan dari orang lama yang aktif mempromosikan PG Mall.
Pendapatan yang beliau mampu hasilkan adalah sebanyak RM13,091.89
Ini bukan satu angka yang mustahil untuk dicapai, jika kita mengambil kira jumlah shopper yang sudah beliau daftarkan yang mungkin sudah mencecah 1,000 orang. Kemudian, kita bayangkan kalau setiap orang membeli barangan yang agak mahal di PG Mall, misalnya beli barangan kemas. Sudah tentu tak pelik dan tak mustahil untuk dapatkan income yang sedemikian rupa.
Masih ramai orang yang tak faham macam mana nak buat duit dengan PG Mall. Justeru, menjadi tugas kita untuk berikan penerangan kepada mereka. Kalau selepas kita bagi penerangan, mereka masih tak minat, itu pilihan masing-masing. Kita bukannya boleh paksa-paksa orang untuk join.
Yang penting, PG Mall ini bukanlah platform yang scam dan menipu penggunanya.
Baca juga: Cara buat duit di PG Mall
ii. Promosikan produk yang spesifik
Cara kedua adalah dengan bercerita mengenai produk yang dijual di PG Mall.
Dalam banyak-banyak produk yang ada di PG Mall, mesti ada beberapa produk yang anda pernah beli sebelum ini. Apa kata anda mula berkongsi review atau pengalaman anda menggunakan produk tersebut. Adakah baik atau buruk?
Kemudian, anda ajak mereka yang baca review anda itu tadi untuk buat pembelian melalui PG Mall, jika mereka minat nak beli. Anda terangkan juga, apa kelebihan dan manfaat yang bakal diperolehi oleh pelanggan tersebut jika beli di PG Mall.
Kelebihan yang dia mungkin akan dapat adalah seperti
i. Cash back sebanyak 0.5%
ii. Penghantaran percuma
iii. Kupon diskaun
Kita andaikan pelanggan tersebut minat nak beli. Lalu dia pun daftar akaun di PG Mall, dan secara automatik dia ini akan jadi shopper dibawah anda. Selepas ini, setiap kali dia beli barang di PG Mall, dia akan dapat cash back sebanyak 0.5% manakala anda yang memperkenalkan PG Mall kepada dia, anda akan dapat 0.5% insentif dari pembelian yang dia lakukan menerusi program consumerchant.
Oleh itu, saya ingin mencadangkan kepada anda untuk mempelbagaikan kaedah promosi. Ada masa, kita bercerita mengenai peluang untuk buat duit, dan ada masa kita fokus kepada produk.
Kesimpulan
Saya tahu dan saya faham, anda memang nak buat duit dengan bisnes PG Mall. Sebab itu anda sanggup untuk baca apa yang saya kongsikan ini dari mula sampai habis.
Tak kisahlah sama ada anda baca setiap patah perkataan yang saya tuliskan disini, atau baca mana-mana bahagian yang anda rasa penting sahaja. Apa pun, saya doakan semoga anda juga akan berjaya dalam program ini.
Seperti kebanyakkan bisnes yang ada diluar sana, bisnes PG Mall ini juga perlukan masa untuk ia berkembang dan memberikan anda hasil yang lumayan. Saya doakan anda dapat konsisten melakukan kerja pemasaran dan tak kecundang ditengah jalan. In Shaa Allah, anda juga berhak untuk berjaya!
[…] Baca disini: Pengenalan Bisnes PG Mall […]