Sekiranya anda ada perancangan untuk mula menjadi usahawan, yang memborong barangan dari China untuk dijual semula di pasaran tempatan, anda pasti dah tak asing lagi dengan ebook Rahsia Taobao ini.
Rasanya tak salah kalau saya katakan, ebook Rahsia Taobao ini adalah satu-satunya ebook panduan yang menunjukkan cara-cara untuk membuat tempahan secara online bagi membeli barangan dari laman web Taobao.
Selain daripada panduan ini, saya tak berapa pasti, panduan apa lagi yang ada di pasaran yang menerangkan secara spesifik, secara langkah demi langkah, bagaimana untuk membuat pembelian di laman web Taobao.
Pada pendapat saya la kan, apa yang membuatkan proses pembelian di laman web Taobao jadi lebih mencabar adalah apabila laman web tersebut disediakan dalam tulisan cina. Ini dia laman web Taobao.
Ya memang betul, anda boleh “alih bahasa” laman web ini sekiranya kita buka menggunakan browser Google Chrome. Pilih sahaja, sama ada kita nak laman web ini dialih bahasa ke Bahasa Melayu ataupun English.
Namun, bukan semua akan dialih bahasa. Sebagai contoh, mana-mana tulisan yang ditulis dalam gambar produk yang digunakan, itu tidak akan dialih bahasa ke bahasa yang kita pilih.
Kemudian, muncul pula seorang lelaki berbangsa cina, bernama Nigel Ong menawarkan penyelesaian kepada masalah ini. Beliau memang dah biasa buat pembelian dari laman web Taobao dan kini dia nak kongsikan ilmu, pengetahuan dan juga pengalaman beliau memborong di laman web tersebut.
Anda boleh mula menjalankan bisnes borong dari China dengan modal serendah RM500!
… atau sekurang-kurangnya anda boleh tahu, macam mana dengan modal serendah RM500 sahaja, saudara Nigel Ong ni dah boleh mula import barang dari China dan seterusnya jual semula dipasaran tempatan.
Cubalah buat kajian sendiri.
Dengan modal sebanyak RM500, cukup tak untuk tampung perbelanjaan bagi membeli tiket penerbangan pergi dan balik ke China, bayar kos sewa tempat penginapan, makan dan minum, pengangkutan, komunikasi dan sebagainya.
Saya sendiri, dengan duit sebanyak RM500 belum tentu cukup even untuk menginap di Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam. Inikan pula nak pergi ke negara lain!
Jadi, bagi mereka yang baru nak bermula, dan mempunyai modal yang agak terhad, maka bolehlah pertimbangkan untuk beli sahaja stok barangan yang untuk dijual semula secara online sahaja.
Dalam posting ini, saya ingin kongsikan kepada pembaca sekalian, apa dia 6 rahsia penting yang bakal anda ketahui apabila membaca ebook Rahsia Taobao ini.
Jom kita lihat, apa dia yang bakal anda pelajari.
Rahsia Pertama: Teknik Mencari Produk Pasti Laku
Kadang-kadang, apa yang kita rasa mesti akan laku, tak semestinya akan laku. Ia bergantung kepada, apakah yang buatkan kita fikir sesuatu produk tu pasti laku?
Adakah berdasarkan pengalaman? Atau sekadar berdasarkan gerak hati (instinct)? Ataupun anda telah pun membuat kajian pasaran, dan daripada kajian yang anda lakukan tu, anda dapat simpulkan, produk sekian sekian ini adalah produk yang gerenti laku.
Bagi usahawan yang memang dah berpengalaman, memang tak ada masalah untuk mereka kenal pasti apa produk dari China yang confirm laku untuk dijual semula di pasaran Malaysia.
Mereka ni mungkin mengumpul data dengan membuat perbandingan dari laman-laman web ecommerce popular seperti Lazada, Lelong, ebay, mudah.my dan sebagainya. Sebaliknya, bagi mereka yang baru nak bermula, mereka mungkin tak reti macam mana cara nak interpret data walaupun data tersebut telah terhidang di depan mata.
Jadi, dengan adanya modul ini, ia pasti akan membantu anda dalam membuat keputusan, apakah barang yang patut diborong, dan apa dia barang yang sepatutnya dielakkan.
Rahsia kedua: Produk yang anda perlu elak daripada beli di laman web Taobao
Mesti ramai usahawan baru yang tak tau dan tak sedar, terdapat barangan tertentu yang perlu dielakkan daripada beli di laman web Taobao.
Tapi kalau anda nak beli juga, ia terpulang kepada anda. Risiko anda yang kena tanggung sendiri. Lagipun, buat bisnes ni kan memang begitu. Kita kena berani hadapi risiko, barulah boleh buat untung yang lumayan kan.
Apa dia contoh barang-barang yang kita perlu berhati-hati?
Saya bagi satu contoh. Barang berjenama terkenal. Sebelum nak import barangan berjenama ni, kena perhatikan betul-betul, adakah barang itu memang dikeluarkan oleh kilang jenama tersebut, ataupun hanya produk tiruan yang menggunakan nama yang sama?
Selain dari itu, jika anda ingin menjual gadget misalnya. Juga perlu dipastikan kualiti produk tersebut. Dalam keadaan ini, anda bolehlah cuba beli satu atau dua unit terlebih dahulu bagi memastikan kualiti produk yang bakal dijual berada dalam keadaan baik.
Lagi satu, biasanya kalau pelanggan beli gadget, mereka akan mengharapkan anda dapat menyediakan waranti sebagai perlindungan jika berlaku masalah pada gadget yang dibeli. Anda perlu semak, siapakah yang bertanggungjawab untuk menyediakan perlindungan waranti tersebut. Adakah anda selaku penjual atau pembekal anda yang berada di China?
Dalam rahsia kedua ini, ada 4 ciri-ciri produk yang perlu dielakkan. Bukannya tak boleh jual produk dalam kategori ini, cuma ianya agak berisiko.
Rahsia Ketiga: Langkah demi langkah cara membuat tempahan di laman web Taobao
Dalam bab ini, anda akan ketahui apa dia dan bagaimana langkah demi langkah membuat tempahan dari laman web Taobao. Nak tau sama ada senang ke susah nak buat pembelian, sampailah barang tu selamat sampai ke rumah kita, bolehlah rujuk pada bahagian ini.
Anda tanyalah pada sesiapa yang biasa beli barang dari laman web ecommerce China. Mereka mungkin ada pengalaman yang hampir sama. Antaranya
- Penjual berbeza menggunakan gambar produk yang SAMA
- Gambar yang diiklankan lain, tapi bila sampai kat pelanggan lain pula
- Kuantiti tak sama macam yang diiklankan di laman web
- Spesifikasi produk juga ada sedikit kelainan
Adakah semua penjual macam ni perangai dia? Sudah tentulah tidak.
Di laman web Taobao, terdapat sistem rating dan juga feedback yang boleh kita rujuk bagi mengetahui penjual mana yang mempunyai rekod yang baik. Semua dah tersedia, cuma terpulang pada kita sama ada nak rujuk atau tidak.
Lagi satu, kita ni faham ke nak baca apa yang tersirat daripada apa yang tersurat tu?
Rahsia Keempat: Apa yang perlu dilakukan kalau barang yang diborong dari Taobao kena tahan di Kastam
Mula-mula sekali, jangan panik.
Walaupun bukan semua barang akan ditahan oleh pihak kastam, namun ada barang tertentu yang akan ditahan oleh pihak kastam. Anggap sahaja ini sebagai prosedur biasa bagi tujuan keselamatan.
Dalam keadaan ini, anda ikut sahaja apa yang disuruh oleh pihak kastam.
Sebenarnya memang ada cara, bagaimana untuk mengelakkan daripada barang yang kita beli tu kena tahan dengan pihak kastam. Semasa kita buat tempahan lagi, ada sesuatu yang kita boleh lakukan bagi mengelakkan daripada ianya berlaku.
Memandangkan ini adalah antara masalah yang biasa yang akan dihadapi oleh para pemborong, maka Nigel Ong dedahkan juga rahsia ini dalam ebooknya, iaitu ebook Rahsia Taobao.
Rahsia Kelima: Cara menjual produk yang telah diborong
Baiklah, kita andaikan yang barang yang anda tempah dari China telah pun selamat sampai di tangan anda. Masih ada banyak lagi benda nak kena buat.
Anda masih belum dapat untung selagi mana barang-barang tersebut belum terjual.
Ada sekurang-kurangnya 5 tempat yang anda boleh sasarkan untuk jual barang-barang yang anda telah borong dari China sebelum ini. Menariknya, anda boleh gunakan kelima-lima tempat ini SERENTAK!
Jika hanya fokus pada satu tempat untuk menjual, mungkin jualan anda agak slow. Namun kalau jual di lima tempat sekaligus, tidakkah jualan anda sepatutnya lima kali lebih pantas berbanding hanya menjual di satu tempat sahaja.
Jadi memang patut pun barang-barang yang dijual oleh Nigel dapat terjual dengan pantas!
Rahsia Keenam: Proses jualan dan teknik meng”ayat” bakal pelanggan
Saya rasa rahsia ni kalau tak didedahkan pun tak ada masalah.
Tetapi mungkin sebab saudara Nigel Ong ni mengambil kira, yang ada antara usahawan yang baru nak berkecimpung dalam bidang ini adalah usahawan yang agak baru dan kurang berpengalaman.
Isu dengan usahawan yang baru ni biasalah,
- Tak berapa pandai nak layan pelanggan
- Tak tau nak jawab apa kalau pelanggan kata “mintak kurang harga”
- Tak berapa tau apa flow jualan sampai dapat close deal
- dan lain-lain
Bukan semua orang yang pandai jual barang secara online pada hari ini, terus pandai. Mereka juga mula dari bawah. Mula dari tak tau apa-apa.
Sekurang-kurangnya, dengan adanya pembongkaran rahsia yang keenam ini, mereka dapat guideline apa yang perlu dilakukan jika berlaku perkara-perkara yang mereka tak pernah atau tak biasa hadapi sebelum ni.
Dengan panduan dan tunjuk ajar yang betul, anda pasti akan dapat praktikkan dan seterusnya berjaya juga buat jualan seperti mana yang telah dilakukan oleh pembeli ebook Rahsia Taobao sebelum ini. Lihat pada gambar dibawah.
Akan tetapi, ebook Rahsia Taobao ni bukan untuk semua orang.
Saya pernah ada pengalaman, rekemen ebook ini kepada seorang “bakal” usahawan borong. Kata dia, ebook macam ni tak cukup bagus untuk bantu dia jadi usahawan borong yang berjaya.
Saya pun tak tau nak cakap apa lagi kat dia.
Dia tak nak invest untuk dapatkan ilmu dan teknik yang betul borong barang dari China. Saya pun tak boleh nak paksa dia.
Cuma saya kurang selesa, sebab dia asyik tanya macam-macam soalan, yang sebenarnya jawapan untuk soalan dia semua dah ada dalam ebook Rahsia Taobao. Contohnya macam soalan-soalan seperti
1) Kalau nak jual pendrive ok tak? Agak-agak laku ke tidak?
2) Kenapa kastam tahan barang yang kita beli dari China?
3) Baju kanak-kanak kalau import dari China untung ke tidak?
4) Macam mana nak tau seller yang mana satu yang boleh kita percaya?
5) Kalau nasib tak baik dan kena tipu, nak buat macam mana ye?
… dan macam-macam lagi soalan.
Saya suka baca buku. Saya juga suka baca ebook. Senang cerita, apa-apa yang boleh tambahkan pengetahuan, saya suka baca. Itupun kalau masa mengizinkan. Namun tak bermakna, setiap yang saya baca, saya akan praktikkan.
Ada sesetengah perkara, saya baca untuk dapatkan idea dan ilham supaya saya dapat menulis dengan lebih baik.
Jika anda inginkan ilmu yang betul, teratur yang berkaitan dengan kerja-kerja borong barangan dari China, saya bukan orangnya untuk dirujuk. Saya tulis artikel ni pun sebab nak bagitahu, kalau anda perlu bimbingan macam mana nak beli barang dari China bagi tujuan perniagaan, saudara Nigel Ong adalah salah satu individu yang anda boleh rujuk.
Seterusnya, terpulang pada anda.
Masa depan perniagaan anda, anda sendiri tentukan. Panduan seperti ini, kalau ikut dari pengalaman saya, ia tak akan dijual sampai bila-bila. Satu hari nanti, jualannya pasti akan dihentikan. Jadi kalau anda nak belajar, lebih baik bertindak segera selagi jualan masih dibuka.
nofant says
Terkadang merasa sedih ketika barang yang masuk datangnya dari Cina semua sedangkan produk lokal dalam negeri jarang yang diekspor ke luar negeri… kecuali barang-barang mentah…
reezluv says
insyallah hujung tahun ni nak buat bisnes borong dari china..heeh..dah try order, memang best
Terapi Lutut Nur Iman says
hai artikel dan info yang sangat baik saya rasa amat perlu di pelajarai untuk
memborong di china
terbaik
sabree hussin says
Ya, untuk mereka yang memang minat nak ceburi bidang ini, dan masih belum ada sebarang rujukan, bolehlah dapatkan panduan ini.