Berapa yang perlu saya bayar untuk dapatkan perkhidmatan iklan ini?

by sabree hussin on October 2, 2016

in Servis Advertorial

“Berapa bayaran untuk dapatkan servis iklan dari laman blog ni?”

 

Untuk mengetahui berapa caj yang saya kenakan untuk mengiklankan perniagaan, produk mahupun perkhidmatan yang anda tawarkan di blog ini, sila rujuk muka surat ini.

 

Buat masa ini saya menawarkan beberapa pakej yang berbeza. Setiap pakej juga mempunyai kadar bayaran yang berbeza. Anda boleh pilih mana-mana satu pakej yang menepati citarasa dan bajet pengiklanan anda.

 

“Apa beza antara setiap pakej yang ditawarkan?”

 

Perbezaan yang paling ketara ialah bilangan artikel iklan yang akan saya sediakan bagi pihak anda. Ada pakej yang mana saya akan sediakan sebuah artikel, ada pakej yang saya akan sediakan tiga artikel, empat artikel dan sebagainya.

perkhidmatan-iklan-blogger

Sudah tentu, lebih banyak artikel yang anda mahu saya sediakan untuk memperkenal, mengiklankan dan mempromosikan perniagaan yang anda jalankan, maka lagi tinggi bayaran yang anda perlu lakukan.

 

Walaubagaimanapun, saya sentiasa mengambil sikap terbuka kepada cadangan baru. Sekiranya anda mempunyai tawaran yang lebih baik, atau ingin menawarkan pakej harga yang berbeza berbanding dengan yang saya tawarkan, anda boleh hubungi saya menggunakan borang ini untuk perbincangan lanjut.

 

Ataupun anda boleh juga hubungi saya menerusi emel ke

sabreehussin@gmail.com  

 

“Saya rasa caj yang dikenakan melebihi bajet pengiklanan saya, boleh tak bagi saya satu harga yang lebih menepati bajet saya?”

 

Jika anda rujuk pada muka surat ini, saya juga menawarkan satu pakej iaitu Pakej D. Pakej D adalah pakej paling jimat yang saya tawarkan. Dalam pakej ini, anda perlu sediakan artikel iklan yang ingin saya siarkan dalam blog ini.

 

Panjang artikel tersebut mestilah sekurang-kurangnya 600 patah perkataan. Walaubagaimanapun, artikel tersebut akan saya edit terlebih dahulu untuk disesuaikan dengan pembaca, genre dan juga niche blog ini.

 

Saya ingin menarik perhatian anda untuk menyediakan artikel yang benar-benar informatif, bermanfaat, dan menarik. Well, menarik itu adalah sesuatu yang subjektif. Apa yang menarik bagi saya mungkin kurang menarik bagi orang lain.

 

Jadi saya harap anda dapat fokuskan kepada dua kriteria yang saya sebutkan sebelumnya, iaitu informatif dan bermanfaat.

 

Pengguna internet menggunakan laman web carian seperti google, yahoo, bing dan sebagainya bagi mencari maklumat. Maklumat ini mungkin bakal digunakan untuk menyelesaikan masalah, menyiapkan sesuatu tugasan, atau sekadar untuk menambah ilmu.

 

Ya, saya tahu anda menjual produk atau perkhidmatan. Cubalah sehabis baik untuk menyediakan sebuah artikel yang berinformasi yang mampu untuk menyelesaikan masalah atau sekurang-kurangnya dapat membantu bakal pembaca mencapai matlamat mereka.

 

“… tapi saya nak awak yang tulis artikel untuk saya, sebab saya memang tak ada masa nak tulis artikel sendiri. Namun bajet iklan saya agak terhad buat masa ini. Macam mana?”

 

Tak ada masalah. Jika saya boleh bantu saya akan cuba bantu. Hubungi saya disini untuk perbincangan lebih lanjut.

 

Saya tidak mahu menjanjikan bulan dan bintang. Jika saya merasakan perniagaan yang anda sedang jalankan adalah satu perniagaan yang memang PATUT dibantu, In Shaa Allah saya akan bantu walaupun bayaran yang saya terima adalah lebih rendah berbanding yang saya tetapkan. Jika saya tak dapat bantu, jangan risau, kerana di luar sana, ada ramai lagi rakan-rakan blogger saya yang sedia untuk membantu anda.

 

Apa yang saya cuba nak sampaikan ialah, jangan jadikan faktor harga sebagai halangan untuk anda mendapatkan perkhidmatan ini. Anda bukannya sedang berurusan dengan syarikat multinasional, konglomerat, atau kapitalis yang hanya mahukan wang semata-mata.

 

Sebaliknya anda sedang berurusan dengan orang perseorangan. Saya pasti kita boleh capai banyak perkara dengan perbincangan dua hala yang sihat.

 

Sekiranya anda masih ada sebarang soalan mahupun pertanyaan, bolehlah hubungi saya menerusi channel yang telah saya nyatakan. Wallahua’lam

 

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: