Adakah perniagaan yang anda jalankan masih belum ada alamat pejabat yang khusus? Tahukah anda, mempunyai alamat perniagaan atau alamat pejabat adalah sesuatu yang sangat penting untuk perniagaan anda.
Perhatian buat mereka yang
(1) Ingin membuka akaun syarikat
(2) Merancang untuk mendaftarkan perniagaan anda
(3) Bersedia untuk masuk tender dan menjadi pembekal kepada mana-mana badan kerajaan
(4) Ingin memohon pinjaman dengan institusi kewangan, dan
(5) Mereka yang dalam proses untuk memohon lesen tertentu
Anda perlu mempunyai alamat premis perniagaan, atau alamat pejabat dalam setiap permohonan yang saya senaraikan diatas.
Bagaimana kalau anda tidak mempunyai alamat perniagaan? Tak kan nak letak alamat rumah pulak kan? Kalau tinggal di rumah flat, tak kan nak letak alamat rumah? Kan tak sesuai tu.
Besar kemungkinan, kalau anda letak alamat rumah, setiap permohonan anda itu nanti akan kena tolak. (Sila rujuk syarat yang ditetapkan oleh pihak yang berkenaan.)
Maka akan bermulalah episod pinjam meminjam alamat untuk tujuan perniagaan. Saya teringat masa zaman saya daftarkan syarikat untuk bos saya dulu. Situasinya lebih kurang begini.
Perniagaan yang bakal dijalankan tu adalah perniagaan dalam bidang perkhidmatan. Kami memang tak perlukan premis perniagaan. Walaubagaimanapun, untuk mendaftarkan perniagaan tersebut, dan dapatkan lesen Kementerian Kewangan sebab nak jadi pembekal bagi badan kerajaan, maka syarikat ini perlu mempunyai alamat perniagaan.