Program affiliate dan juga program referral sememangnya telah terbukti mampu untuk memberikan peluang kepada para peserta yang menyertainya untuk menjana pendapatan.
Kerjanya tidak sesukar mana.
Anda hanya perlu bercerita tentang sesuatu produk atau perkhidmatan, dan seterusnya apabila orang yang mendengar cerita anda tu berminat untuk dapatkan produk tersebut, maka dari situ anda akan dibayar komisen.
Walaupun dari segi konsep, ianya tidaklah begitu sukar, namun dari segi praktikal, tak ramai yang berjaya. Kenapa agaknya ya? Adakah disebabkan oleh sikap kita sendiri yang acuh tak acuh dan tidak memberikan sepenuh tumpuan ketika menjalankan kerja pemasaran? Wallahua’lam.
Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Kita lebih tahu, apa yang buatkan kita tak berjaya dapat jualan.
Kebanyakkan program affiliate yang ada dipasaran, mereka membayar komisen berdasarkan berapa banyak jualan yang berjaya kita hasilkan.
Kalau dapat jual satu unit, maka komisen kita pun dikira berdasarkan berapa unit yang kita mampu jual. Walaubagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, muncul program-program affiliate yang menawarkan struktur komisen yang agak menarik.
Komisen bukan sahaja dikira berdasarkan prestasi anda semata-mata, malahan anda juga akan dibayar komisen apabila ada sub-affiliate yang mendaftar menerusi link affiliate anda berjaya membuat jualan.
Sebelum ini, konsep komisen berbilang tingkat ini, hanya diamalkan dalam program network marketing sahaja. Namun kali ini, struktur komisen tersebut turut diadaptasikan dalam program affiliate.
Apa yang menariknya?