Blog Sabree Hussin

Panduan buat duit dengan Program Affiliate hanya dengan bermodalkan Blog Personal

panduan-buat-duit-blogging

Anda mencari cara yang mudah dan berkesan untuk hasilkan pendapatan tambahan secara online?

 

Jika jawapan anda adalah ya, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk cuba buat duit menerusi program affiliate. Posting kali ini, saya akan bincangkan secara spesifik, bagaimana cara untuk menggunakan platform blog, (atau blogging) sebagai kaedah untuk buat duit online.

 

Untuk makluman anda, posting ini sebenarnya merupakan kesinambungan bagi perkongsian saya sebelum ini.

Baca: Panduan buat duit dengan Affiliate Marketing bagi orang baru.

Apa definisi bagi affiliate marketing?

Affiliate marketing ini sebenarnya merujuk kepada suatu aktiviti pemasaran dimana anda akan bertindak sebagai seorang ejen yang mempromosikan produk atau perkhidmatan milik pihak syarikat.

 

Sekiranya dari hasil usaha pemasaran anda itu tadi berjaya menghasilkan jualan, maka anda akan dibayar upah dalam bentuk komisen.

 

Komisen yang akan dibayar pula adalah dalam bentuk peratusan tertentu. Sebagai contoh, jika harga produk ialah RM100, dan anda dijanjikan komisen sebanyak 50%, maka untuk setiap jualan yang berjaya anda perolehi, anda akan dibayar komisen sebanyak RM50.

 

Kenapa pilih blog sebagai platform pemasaran?

Pada pandangan saya, blog merupakan salah satu platform yang sangat bagus untuk digunakan bagi tujuan pemasaran produk affiliate.

 

Melalui blog, anda boleh menghasilkan pelbagai jenis konten, sebagai contoh

1. Artikel perkongsian pengalaman

2. Artikel review produk atau perkhidmatan

3. Artikel yang memberi panduan

4. Perkongsian cerita

5. Artikel perkongsian maklumat

6. Artikel jenis advertorial

Baca seterusnya: 12 Jenis artikel anda patut tulis untuk jana pendapatan menerusi blog

 

Ada beberapa perkara yang saya ingin tonjolkan kepada para pembaca sekalian. Antaranya

i. Bagaimana dengan menggunakan platform blog boleh membantu anda menjana pendapatan melalui program affiliate

 

ii. Strategi menggunakan blog niche personal untuk hasilkan pendapatan dari program affiliate.

 

iii. Cara untuk memastikan pendapatan anda dari blog akan sentiasa konsisten dan boleh makin meningkat.

Sebagai orang yang ada sedikit pengalaman dalam bidang penulisan blog ini, saya amat-amat mengesyorkan untuk anda memilih niche terlebih dahulu sebelum terus memulakan projek buat duit anda.

 

Ironinya, saya sendiri bermula dengan blog personal, tak pernah ambil kisah mengenai niche blog dan masih tetap berupaya hasilkan income melalui blog.

 

Sudah tentu, kalau saya boleh undurkan masa, kembali ke tahun 2009 dengan membawa bersama semua pengetahuan dan pengalaman yang saya ada sekarang ini, sudah tentulah saya akan bina blog yang mempunyai niche yang spesifik.

 

Sebagai contoh, saya akan pilih niche

i. Kewangan

ii. Pelaburan

iii. Pengurusan perniagaan

 

Ketiga-tiga niche (topik, kategori) ini adalah merupakan perkara yang saya minati, dan merupakan topik yang saya selalu baca.

 

Tapi sewaktu saya baru nak mula menulis dulu, saya tak begitu ambil berat tentang aspek pemilihan niche yang spesifik, sebaliknya saya akan menulis mengikut mood dan citarasa saya pada ketika itu.

 

Apa yang saya cuba nak sampaikan ialah,

i. Kalau nak mula blogging, pastikan anda memilih niche yang fokus

ii. Kalau masih tak jumpa niche, mulakan sahaja dengan blog personal

 

Setelah sampai satu tempoh masa, anda pasti akan nampak satu trend topik yang selalu anda tulis, dan itulah dia sebenarnya niche blog anda.

 

Proses dia macam agak terbalik.

Sepatutnya kita pilih niche dulu, baru mula menulis.

 

Tapi dalam strategi blogging yang saya pakai, saya menulis dulu, kemudian baru kenalpasti, apa kecenderungan topik yang saya akan tulis, lalu saya jadikan ia sebagai niche blog saya.

 

Saya ambil masa yang agak lama, untuk mula merasa komisen dari program affiliate yang saya sertai.

Pada waktu tu, saya pun tak tahu apa puncanya.

 

Tapi kalau soalan yang sama, ditanyakan pada saya hari ini, saya akan kata, jawapannya sebab saya tak mempunyai niche yang spesifik.

Ah…. kembali kepada persoalan pemilihan niche sekali lagi.

 

Saya ini bukan apa… benda yang saya rasa penting, memang saya akan ulang dan sebut beberapa kali.

Tujuannya supaya pembaca jangan ulang dan lakukan kesilapan yang sama, seperti yang saya pernah lakukan dulu.

 

Kalau boleh, saya nak anda terus lakukan benda betul, dari hari pertama anda ceburkan diri dalam bidang penulisan blog ini.

 

Saya tahu, bukan semua orang yang menulis blog itu, menulis sebab nak buat duit dengan blog miliknya.

 

Tetapi, jika anda menulis blog sebab anda ada perancangan untuk buat duit dengan blog anda, saya harap anda dapat ambil serius nasihat yang saya kongsikan dalam posting saya ini.

 

Ketika pertama kali saya menceburi bidang penulisan blog ini, saya tertarik dengan potensi pendapatannya yang tiada had. Hingga sekarang ini, macam-macam yang saya dah lalui, dan sedikit sebanyak membuka mata saya untuk menulis dengan lebih serius lagi.

 

Menulis dalam blog personal

Hakikatnya, saya memang tak berapa pandai nak menulis dalam niche tertentu. Sebab tu anda boleh lihat, kebanyakkan blog yang saya ada, semuanya dalam niche personal.

 

Blog yang mempunyai niche yang spesifik, pada pandangan saya, ianya agak sukar untuk dikemaskinikan dengan entri terbaru.

 

Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang tertanya-tanya, apa yang dimaksudkan dengan blog niche personal?

 

Blog dalam niche personal ini sebenarnya adalah sebuah blog yang fokus penulisannya adalah berkait rapat dan mencerminkan peribadi penulis blog tersebut.

 

Blog dalam niche personal ini akan sarat dimuatkan dengan konten berbentuk penceritaan tentang

1. Perkara yang penulis minat

2. Hobi yang dia suka lakukan

3. Masalah yang dia sedang atau pernah hadapi

4. Matlamat jangka panjang atau cita-cita yang dia ingin capai

5. Perkongsian pengalaman yang pernah dia lalui.

 

Kenapa ada pembaca yang suka untuk baca dan ikuti (follow) perkongsian berbentuk personal?

Boleh jadi disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya adalah

1. Pembaca merasakan kehidupan yang dilalui oleh penulis sangat memberi inspirasi dan memotivasikan

2. Pembaca ingin mencontohi apa-apa perkara yang dilakukan oleh penulis

3. Pembaca merasakan apa yang dilalui oleh penulis ada persamaan dengan kisah dirinya

4. Pembaca mempunyai minat atau mungkin hobi yang sama seperti penulis

 

Dalam blog niche personal, lazimnya seseorang penulis blog tu akan menceritakan hal-hal yang berkaitan dengan dirinya. Blog personal tidak begitu susah untuk dihasilkan.

 

Lagipun, kita akan cerita hal-hal yang berkaitan diri kita sendiri sahaja, sebagai contoh

(1) Kemana kita pergi bercuti baru-baru ni?

Kalau anda merupakan seorang yang suka bercuti, anda boleh menjadikan pengalaman percutian anda itu sebagai konten blog anda.

 

Tahukah anda, artikel berbentuk perkongsian pengalaman ini sebenarnya adalah antara artikel yang banyak orang baca, terutama sekali kalau ia merupakan pengalaman percutian.

 

Sesetengah orang yang memang agak jarang pergi bercuti, biasanya dia memang tak tahu, apa yang menarik yang ada disesuatu destinasi percutian.

 

Jadi, apabila dia baca pengalaman percutian orang lain, mungkin dari situ barulah dia rasa berminat nak pergi bercuti, ketempat yang sama seperti yang anda ceritakan dalam blog anda.

 

(2) Restoran apa yang kita pergi untuk menjamu selera?

Bila dah pergi bercuti, mestilah kita akan keluar dan cari tempat makan yang sedap-sedap. Ini juga sebenarnya merupakan satu info yang sangat penting.

 

(3) Homestay atau resort mana yang kita check in minggu lepas?

Selain pengalaman bercuti dan melakukan aktiviti tertentu, dalam masa yang sama anda juga boleh berkongsi pengalaman penginapan atau review tempat penginapan yang anda pilih semasa percutian tersebut.

 

Kalau anda booking tempat penginapan tersebut melalui platform seperti Agoda, Booking.com dan sebagainya, anda juga boleh menyertakan link affiliate bagi memudahkan pembaca anda membuat tempahan.

 

Sudah tentu, kalau ada pembaca yang menekan klik pada link anda lalu membuat tempahan, anda juga akan menerima komisen dari tempahan tersebut. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah memasukkan link affiliate dalam konten perkongsian pengalaman anda.

 

Kadang-kadang dalam konten tersebut anda bercerita tentang pengalaman anda menginap di Hotel Pangkor, tapi bila pembaca tekan klik pada link, dia rasa tak minat dengan hotel tersebut.

 

Lalu dia buat tempahan hotel lain.

 

Asalkan dia ada tekan klik pada link affiliate anda, tak kiralah mana-mana hotel yang ditempah, anda masih tetap akan menerima komisen.

Best, kan?

 

(4) Apa pendapat atau pandangan kita tentang sesuatu isu, perkara atau masalah?

Kalau anda buka media sosial, setiap hari pasti akan ada isu baru yang menjadi bualan penduduk dialam sana.

 

Jika ada kerajinan, anda mungkin boleh ulas topik yang sama, dalam cara yang lebih ilmiah dan jadikan ia sebagai konten blog anda.

 

(5) Apa buku yang kita baca?

Bagi pencinta buku, anda mungkin ingin rekemen buku tertentu, untuk turut dibaca oleh orang lain. Ada sesetengah buku yang kandungannya cukup bagus, namun disebabkan penulisnya yang kurang popular, jadi jualannya agak perlahan.

 

Tapi anda boleh lakukan sesuatu, dengan menulis review, komen atau advertorial bagi memperkenalkan buku tersebut kepada target audiens anda.

 

Seperti yang anda dapat lihat dalam arkib blog ini, ada macam-macam topik yang saya longgokkan dalam satu blog. Ada tips pemasaran, tips blogging, tips kerjaya dan macam-macam lagi. Kadang-kadang, saya ni jenis yang menulis ikut mood juga. Sebab tu rata-rata blog niche yang saya hasilkan banyak yang GAGAL.

 

(Mungkin saya patut kata… belum berjaya instead of gagal, sebab mana tahu in future saya akan berjaya hasilkan sebuah niche blog dengan jayanya. In Shaa Allah)

Cabaran memulakan blog niche tertentu

Anda perlu tahu, adakah sesuatu niche itu menguntungkan?

 

Let say, anda pilih untuk menghasilkan blog dalam niche kereta. Bermakna, anda perlu FOKUS untuk menghasilkan konten blog anda yang berkaitan dengan kereta sahaja.

 

Bagi menentukan sama ada sesuatu niche itu menguntungkan atau tidak, beberapa perkara anda perlu lihat seperti

 

1. Ada produk untuk dipromosikan

Apakah terdapat produk yang menawarkan program affiliate yang ada kaitan dengan niche yang anda sedang tulis?

 

Atau jika tidak, adakah terdapat produk tertentu yang anda boleh jual melalui blog anda nanti?

 

2. Topik yang luas dan boleh dikembangkan

Adakah topik tentang kereta ini topik yang luas atau terhad?

 

Kita bukan setakat nak menulis 10 ke 20 artikel semata-mata. Sebaliknya, kita nak hasilkan seberapa banyak konten yang boleh, dan kalau boleh, kita mahu ada ribuan konten dalam blog kita.

 

Cari topik yang sentiasa berkembang supaya kita tak kehabisan idea untuk menulis.

 

3. Adakah anda mempunyai minat dan pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu niche

Melainkan anda ada bajet untuk upah penulis, ini bukan satu masalah.

 

Namun, rata-rata pemilik blog tak memiliki sumber yang besar untuk mengupah penulis bagi menghasilkan artikel yang berkualiti. Lebih baik tulis topik yang memang kita minat dan pada masa yang sama kita memang pakar dalam topik tersebut.

 

4. Ada orang sanggup berbelanja dalam niche yang anda pilih

Bukan semua niche yang anda pilih menguntungkan. Sesetengah niche, orang tak perlu keluar duit langsung, sebab boleh dapat maklumat tersebut secara percuma.

 

Cuba lihat disekeliling anda, ada atau tidak bisnes yang dijalankan yang berkaitan dengan topik yang bakal anda tulis dalam blog.

 

Walaupun blog ini adalah blog personal, ia tak menghalang saya daripada menghasilkan pendapatan menerusi program affiliate yang saya sertai.

 

Malahan tak salah jika saya katakan, blog ini adalah antara blog yang paling berjasa dan yang paling setia untuk membantu saya menghasilkan komisyen affiliate secara konsisten setiap bulan. Ya, anda tidak salah baca. Saya memang hasilkan komisyen affiliate setiap bulan hanya dengan bermodalkan blog sahaja.

 

Tak perlulah saya cerita secara details, berapa jumlah keseluruhan yang saya terima. Cukuplah saya nyatakan, jumlahnya mencukupi dan tak jauh beza dengan jumlah yang saya terima sewaktu bekerja sebagai executive di syarikat swasta sebelum ini.

 

Semua orang MAMPU buat duit dengan pemasaran affiliate

Affiliate untuk semua.

 

Tak kira siapa anda, sama ada anda seorang guru, executive, ahli gimnastik, ejen insurans, suri rumah, student sepenuh masa atau sesiapa sahaja anda, anda boleh buat duit dengan pemasaran affiliate.

 

Anda tak percaya?

 

Baca dulu artikel ini dari mula sampai habis. Sebabnya saya akan ceritakan segala teknik dan strategi untuk bantu anda buat duit dengan pemasaran affiliate. Kalau setakat nak buat duit dalam RM100 – RM500 setiap bulan, sebenarnya senang je. Guna blog personal sahaja dah cukup.

 

Jangan risau. Anda tak perlu bayar apa-apa untuk dapatkan info ini. Saya bantu jimatkan duit anda, dan anda tak perlu beli sebarang panduan buat duit dengan affiliate pun, dengan syarat anda baca dengan teliti apa yang saya sampaikan.

 

Kelebihan blog sebagai platform pemasaran affiliate marketing

Kenapa mesti pilih blog sebagai platform bagi tujuan buat duit dengan program affiliate?

 

Sebelum ini, saya pernah gunakan platform yang berbeza bagi tujuan pemasaran, antaranya yang saya sendiri pernah gunakan adalah seperti

1. Facebook 

Saya bina FB Fanpage khas bagi tujuan pemasaran.

 

Saya akan bina konten yang berkaitan serta relevan dengan niche dan produk yang saya promosikan. Untuk dapatkan trafik, saya perlu sentiasa bayar kos untuk buat FBAds.

 

Kalau saya tak bayar untuk FBAds, reach iklan sangat rendah, dan tiada siapa yang akan dapat lihat konten yang saya hasilkan.

 

2. Twitter

Twitter meletakkan had yang agak kecil bagi bilangan aksara atau huruf yang boleh digunakan ketika membuat posting. Kalau anda merupakan seorang yang suka menulis dengan agak panjang lebar, had yang ditetapkan ini sedikit mengganggu.

 

Anda perlu jadikan posting anda sebagai satu thread, atau untaian.

 

Kalau nak guna Twitter, kita perlu faham bagaimana algorithm mereka berfungsi. Jika tidak, situasi dia lebih kurang sama seperti platform FB, yang mana posting kita tidak mendapat reach atau capaian yang cukup besar.

 

3. Youtube

Saya pernah wujudkan channel Youtube khas untuk mempromosikan produk affiliate. Saya gunakan video yang dibekalkan oleh pihak penganjur program affiliate dan saya juga ada menggunakan video yang saya cipta sendiri menggunakan perisian seperti videoscribe dan juga video maker FX.

 

Saya pun tak pasti, sama ada kedua-dua software ini masih wujud atau tidak.

 

Setelah menggunakan konten video, saya dapati yang saya sebenarnya kurang berbakat dan langsung tak kreatif dalam menghasilkan video. Ini membuatkan kerja-kerja pemasaran yang saya lakukan jadi perlahan.

 

Kalau nak bandingkan dengan blogging, saya boleh buat kerja penulisan dengan lebih laju.

 

4. Email marketing / Autoresponder

Saya juga pernah menggunakan sistem autoresponder dan menggunakan teknik pemasaran emel untuk mempromosikan produk affiliate.

 

Walaubagaimanapun, kos pemasaran jadi makin meningkat apabila bilangan subscriber semakin bertambah.

 

Apabila bilangan subscriber makin bertambah, ia belum tentu adalah perkara yang baik.

 

Kita kena sentiasa buat pemantauan, untuk mengetahui adakah kesemua subscriber kita itu, masih lagi membuka dan membaca email yang kita hantar ataupun tidak?

 

Satu lagi isu ialah apabila kempen pemasaran telahpun tamat dan kita kehabisan produk untuk dipromosikan. Pada waktu tu, saya mula garu kepala untuk cari sumber kewangan bagi membayar kos langganan sistem autoresponder.

 

Plaform blog?

Saya rasa platform ini paling sesuai dengan cara kerja saya.

Ini sebabnya, walaupun selepas banyak tahun berlalu, saya masih tetap seronok menulis dalam blog.

 

Kelebihan menggunakan blog untuk pemasaran affiliate

Oleh sebab saya lebih kerap menggunakan platform blog bagi tujuan pemasaran affiliate, mungkin saya boleh ceritakan serba sedikit apakah kelebihan yang ada pada platform blog.

 

(1) Penggunaan blog ada impak dari segi Search Engine Optimization (SEO)

Lazimnya, artikel yang kita tulis dan siarkan di blog, akan turut tersenarai di platform enjin carian Google, Yahoo, Bing dan lain-lain platform enjin carian.

 

Justeru bila kita guna blog, kita juga akan dapat prospek yang banyak dan tanpa had dari search engine.

 

(2) Boleh guna pelbagai jenis media dalam satu posting

Dalam satu posting, kita boleh gunakan pelbagai jenis media.

 

Setiap artikel yang kita siarkan, kita boleh masukkan juga media seperti

i. Imej / Grafik

ii. Video

iii. Audio

 

Paling best, bila kita boleh susun setiap media tersebut mengikut susunan yang menarik.

 

(3) Tiada had penggunaan huruf

Kalau anda merupakan seseorang yang suka menulis, anda boleh menghasilkan karya penulisan yang panjang-panjang, hinggalah anda benar-benar puas hati dengan hasil penulisan tersebut.

 

Bila kita target nak hasilkan penulisan yang lengkap dengan maklumat dan fakta, biasanya bilangan perkataan yang akan kita gunakan juga mencecah ribuan patah perkataan.

 

(4) Mudah untuk dikemaskinikan

Katakanlah, selepas 3 atau 4 tahun artikel yang anda tulis disiarkan, kontennya mula menjadi tak relevan kerana wujudnya banyak maklumat baru.

 

Konten tersebut biasanya akan mula kehilangan pembaca.

Anda tak perlu delete artikel tersebut.

 

Apa yang perlu anda lakukan, hanyalah edit artikel tersebut dan masukkan maklumat terkini dalam posting tersebut.

 

Ini berbeza dengan konten video atau audio.

Jika kandungan sudah tak relevan, agak sukar untuk edit dan masukkan konten baru.

 

Video yang dah lama, yang kandungannya sudah lapuk, biasanya memang orang dah tak akan tonton lagi.

 

Cara membina blog personal anda

Saya akan sentuh serba sedikit secara ringkas, cara untuk membina sebuah blog personal.

 

Untuk pengetahuan anda, anda boleh bina blog secara percuma menggunakan perisian atau perkhidmatan dari

1. Blogger / Blogspot

Anda layari laman web https://www.blogger.com/

Gunakan akaun Google untuk sign in, dan seterusnya tekan butang create your blog.

 

2. WordPress.com

Platform kedua yang anda boleh gunakan bagi tujuan membina sebuah blog tanpa sebarang kos adalah melalui wordpress.

 

Anda perlu layari https://wordpress.com/ dan mula membuka akaun diplatform tersebut.

 

Saya faham, bagi sesetengah orang mereka masih belum yakin dengan bidang penulisan blog dan merasakan agak mustahil untuk mereka berjaya buat duit dengan program affiliate.

 

Jadi mereka ambil langkah selamat yang rendah risiko, dengan membina blog menggunakan platform percuma.

 

Kalau ditakdirkan satu hari nanti, anda telahpun bina banyak konten dalam blog anda, tapi anda masih belum berjaya dapat jualan, setidak-tidaknya anda tak rugi dari segi wang ringgit.

 

Memandangkan anda tak pernah mengeluarkan sebarang kos untuk membina blog tersebut.

 

Sebaliknya, kalau anda berjaya hasilkan jualan, sedangkan anda hanya menggunakan platform blog percuma sahaja, semua itu anda boleh anggap ia sebagai keuntungan.

 

Sebenarnya, saya lebih menggalakkan anda membina blog menggunakan platform wordpress self hosted.

 

Anda perlu bayar sejumlah kos langganan, bagi menggunakan nama domain dan juga perkhidmatan hosting dari syarikat penyedia perkhidmatan.

 

Saya syorkan anda gunakan khidmat dari syarikat NetKL Network.

 

Berikut adalah kos yang anda perlu keluarkan bagi menggunakan khidmat ini.

Sebagai permulaan, anda boleh langgan pakej mySilver untuk khidmat hosting dengan kos sebanyak RM60 setahun.

 

Manakala kos untuk membeli nama domain dengan extension .com adalah sebanyak RM55 setahun.

 

Kemudian anda perlu pilih nama domain sebagai alamat url blog anda.

Memandangkan blog ini adalah blog peribadi, maka saya gunakan nama saya sendiri, iaitu sabreehussin.com

 

Jumlah keseluruhan yang perlu anda bayar untuk kos langganan hosting dan domain selama setahun adalah sebanyak RM115.

 

Kemudian setiap tahun, anda perlu renew (perbaharui) langganan ini dengan membuat bayaran yang sama iaitu sebanyak RM115, atau satu jumlah lain jika terdapat kenaikkan harga.

 

Adakah caj langganan ini berbaloi?

Saya membandingkan caj langganan sebanyak RM115 setahun yang perlu dibayar dengan menggunakan platform percuma, saya boleh katakan gunakan platform berbayar adalah berkali ganda lebih berbaloi.

 

Blog yang saya bina menggunakan nama domain dan hosting sendiri, lebih perform berbanding blog yang percuma.

 

Untuk cara pemasangan sistem wordpress ke hosting yang anda langgan, boleh rujuk artikel saya sebelum ini.

Baca: Panduan pemasangan blog wordpress self hosted.

 

Peluang hasilkan mesin buat duit dan jana pendapatan Pasif

Style saya… saya tak suka buat kerja yang kena ulang-ulang banyak kali. Saya cepat bosan.

 

Kalau saya pilih kerja, saya akan pilih kerja yang bukan bersifat rutin. Saya sukakan sesuatu yang mencabar. Saya sukakan satu bidang kerja yang, berlainan cabarannya setiap hari.

 

… dan bila membincangkan tentang soal buat duit online pula, saya lebih gemarkan cara buat duit yang kita hanya perlu buat sekali sahaja, namun hasilnya boleh dinikmati berulang-ulang kali.

 

Salah satunya yang menepati ciri-ciri yang saya mahukan ialah dengan cara buat pemasaran produk affiliate.

 

Step by step proses penjanaan komisen affiliate melalui blog

Pada bahagian ini, saya akan ceritakan perjalanan yang akan dilalui oleh pelawat, atau pembaca blog, sebelum mereka membuat sebarang pembelian yang akhirnya menyumbangkan komisen kepada saya.

 

1. Pelawat akan taip kata kunci tertentu di laman web google.

Sebagai pengguna platform blog, saya akan mensasarkan kategori pelawat atau pembaca yang berasal dari laman web enjin carian, sama ada Google, Yahoo atau Bing.com

 

Mereka ini akan menaip keyword tertentu, yang berkaitan dengan tujuan asal mereka melayari internet.

 

Kita andaikan, pelawat ini adalah merupakan individu yang mempunyai masalah kewangan. Jadi, dia mungkin akan taip kata kunci seperti berikut di search engine

i. Cara buat duit

ii. Kerja part time dari rumah

iii. Panduan buat duit online

iv. Buat duit online

 

Oleh kerana masalah yang dia hadapi ini, sama dengan niche blog saya, maka saya akan menulis artikel yang boleh memberi jawapan kepada persoalan individu tersebut.

 

2. Mereka akan jumpa artikel yang saya hasilkan dalam blog saya

Besar kemungkinan, apabila mereka membuat carian maklumat di Google, mereka ini akan menemui banyak laman web yang dapat memberi jawapan kepada persoalan yang dia hadapi.

 

Dalam banyak-banyak laman web tersebut, salah satunya mungkin adalah laman web saya.

 

3. Mereka baca artikel yang saya tulis

Sekiranya dia berminat dengan kandungan yang saya tulis, dia akan baca.

Kalau dia tak minat, dia akan baca konten orang lain.

 

Tapi dalam situasi ini, kita andaikan yang dia minat nak baca konten yang saya hasilkan.

 

4. Seterusnya mereka akan klik pada link affiliate saya dan buat pembelian.

Dalam konten yang saya hasilkan, saya akan masukkan link affiliate. Saya juga akan mengajak pembaca untuk tekan klik pada link affiliate saya, sekiranya dia minat nak dapatkan maklumat lebih lanjut.

 

Saya bukannya ajak dia klik untuk beli.

Sebaliknya, saya pelawa dia untuk klik untuk dapatkan informasi yang lebih lengkap.

 

Katakanlah, selepas dia tekan klik pada link affiliate saya, dia pun berminat untuk beli produk tersebut.

Maka dekat situ, saya akan menerima imbuhan dalam bentuk komisen.

 

5. Pelawat itu tadi akan terima produk, manakala saya pula akan terima komisyen affiliate secara automatik.

Jika produk tersebut adalah produk fizikal, dia perlu tunggu proses penghantaran selesai barulah produk akan sampai ke tangannya.

 

Sebaliknya, jika produk itu merupakan produk digital, dia akan menerima produk sebaik sahaja pembayaran telahpun disahkan.

 

Saya pula?

Tunggu sahaja komisen dibayar ke akaun bank saya.

 

Lazimnya, proses ini akan berlaku secara automatik tanpa memerlukan penglibatan saya secara aktif.

 

Rutin harian saya, hanyalah cari masa untuk hasilkan konten.

Itu sahaja.

Bagi mereka yang suka menulis, mereka pasti akan nampak ini adalah cara yang paling senang nak buat duit secara online.

 

Senangkan?

 

Jangan pening-pening kepala. Buat duit dengan program affiliate ni memang senang dan simple je sebenarnya. Anda tak perlu bersusah-payah nak buat kajian dan pemerhatian, sama ada apa yang saya katakan ni betul atau tidak.

 

Tujuan saya hasilkan artikel ini pun adalah untuk menjimatkan masa anda. Anda buat sahaja seperti yang saya dah ceritakan, dan In Shaa Allah, anda juga akan dapat komisyen affiliate seperti mana yang saya pernah dapat.

 

Formula ASAS Buat Duit Dengan Affiliate Menggunakan Blog

Teknik, taktik dan strategi mungkin akan sentiasa berubah-ubah mengikut kesesuaian dan peredaran masa. Walaubagaimanapun, ada satu perkara yang tak akan berubah.

 

Ia menjadi ASAS bagi kejayaan seseorang ejen affiliate berjaya buat duit dengan program affiliate.

 

Anda perlu sentiasa MIX and MATCH

 

Saya masih ingat lagi, sewaktu saya masih di sekolah rendah dulu, antara latihan yang kerap diberikan ialah latihan padanan seperti dalam gambar dibawah.

Dalam affiliate marketing, benda yang sama juga yang kita buat. Kita padankan pelawat yang masuk ke laman blog kita, dengan produk affiliate tertentu.

 

Setiap orang, pasti ada produk yang sesuai untuk mereka. Tugas kita adalah padankan pelawat tertentu dengan produk tertentu.

 

Kemudian, terpulang kepada kedudukan kewangan individu tersebut sama ada dia akan beli atau tidak.

 

Tulis artikel berdasarkan kata kunci yang MENGUNTUNGKAN

Apabila anda ingin menggunakan blog bagi tujuan menghasilkan pendapatan online menerusi program affiliate, satu perkara yang anda perlu tahu ialah siapa prospek anda?

 

Prospek anda adalah mereka yang menggunakan perkhidmatan carian menerusi enjin carian google.

Anda perlu tahu…

 

1. Kata kunci apa yang mereka taip di google?

Pada waktu ini, mungkin ada yang tertanya-tanya sama ada terdapat cara untuk kita ketahui, apakah kata kunci yang biasanya akan ditaip oleh pengguna enjin carian, seperti Google, Yahoo dan juga Bing?

 

Jawapannya adalah, memang ada.

 

Anda boleh lakukan aktiviti kajian kata kunci (keyword research) bagi mengetahui, apakah kata kunci yang ditaip oleh pengguna internet.

 

Berikut merupakan tools yang anda boleh gunakan, iaitu

1. Google Keyword Planner

2. Google Trends

3. UberSuggest

4. ChatGPT

 

Kalau anda perasan, sebenarnya setiap kali anda menggunakan enjin carian Google, pihak google akan turut menyenaraikan beberapa kata kunci lain, yang digunakan oleh pengunjung lain bagi tujuan mencari maklumat di internet.

 

Rujuk screenshot dibawah.

Kata kunci utama yang digunakan adalah “buat duit dengan affiliate marketing”.

Tapi menurut data Google, mereka yang mencari maklumat tersebut, turut berminat nak tahu maklumat tentang

i. Cara buat affiliate Shopee

ii. Cara buat affiliate tiktok

iii. Buat duit dengan share link

iv. Bisnes affiliate marketing

 

Kesemua cadangan keyword, atau related searches ini, semuanya berpotensi untuk dijadikan satu tajuk artikel yang lengkap.

 

2. Apa yang mereka nak tahu?

Mereka mahukan jawapan bagi persoalan yang bermain dalam fikiran mereka.

 

Pada peringkat awal, mereka mungkin tak merancang untuk membuat sebarang pembelian produk atau servis. Sebaliknya, mereka hanya ingin dapatkan maklumat.

 

Namun, bergantung pada cara anda mengolah dan menyusun ayat, anda mungkin akan berjaya tukar mereka daripada sekadar pembaca kepada pembeli.

 

3. Masalah apa yang mereka hadapi?

Paling bagus, kalau anda boleh sasarkan individu yang mempunyai masalah dan sanggup untuk keluarkan duit untuk menyelesaikan masalah tersebut.

 

Sebenarnya, selepas beberapa ketika anda menulis secara aktif di blog, anda juga boleh merujuk kepada statistik blog anda, bagi mengetahui apakah kata kunci yang sering membawa pelawat untuk masuk ke blog anda.

Screenshot diatas adalah sebahagian daripada kata kunci yang ditaip oleh pelawat sebelum mereka menjumpai blog saya. Bukan semua kata kunci bernilai dan boleh buat duit. Maklumat tersebut saya perolehi dari statisktik blog ini, yang saya install menggunakan perisian wordpress self hosted.

 

Lihat kotak berwarna merah. Itu adalah antara kata kunci yang boleh dikembangkan dan boleh digunakan untuk hasilkan artikel promosi produk affiliate.

Sebagai contoh, untuk keyword “dropship barang murah” saya boleh buat artikel yang mempromosikan produk ebook panduan bisnes dropship.

 

Keyword “pengalaman kerja di jobdirumah”, saya boleh promosikan produk Panduan Jobdirumah.

 

Manakala untuk keyword buat duit dengan affiliate marketing, saya boleh promosikan produk yang mengajar cara-cara untuk buat duit melalui program affiiliate marketing.

Bila kita dah tau keyword apa yang selalu dicari dalam blog kita, ia memudahkan kita untuk fokus ketika menghasilkan artikel tertentu dalam blog kita tu nanti.

 

Bukan semua kata kunci itu menguntungkan dan boleh buat duit. Selalunya saya akan lihat sama ada,

Kata kunci tersebut…

1. Ada kaitan dengan produk tertentu

2. Ada kaitan dengan masalah tertentu

3. Ada kaitan dengan keinginan atau peluang tertentu

4. Ada yang sanggup untuk berbelanja dalam niche tersebut.

 

AWAS: Beri PERHATIAN yang SERIUS terhadap setiap perkataan yang anda bakal gunakan

 

Apa yang anda tulis bakal mempengaruhi pembaca anda.

 

Ia juga bakal menentukan sama ada pembaca bakal membeli atau tidak produk yang anda sedang promosikan. Kalau mereka beli, anda akan dapat komisyen dan anda untung. Namun, jika mereka tak beli, lets hope next reader will buy what you promote.

 

Bayangkan situasi ini…

 

Seorang prospek dah berminat dengan satu produk yang terdapat dipasaran. Dia dah pegang produk tu. Dia dah mula belek-belek produk tersebut. Namun dia masih tak buat keputusan lagi sama ada dia nak beli atau tidak.

 

Dia perlukan pendapat ketiga, sebelum dia buat keputusan.

 

Dia dah dengar segala yang ingin disampaikan oleh penjual. Dia memang berminat nak beli produk tu, cuma hatinya masih lagi berbelah bahagi.

 

Apa yang anda bakal katakan atau ceritakan kepada prospek ini?

 

Anda mahukan sales berlaku. Anda mahu prospek ini teruskan dengan membuat pembelian. Anda mahu yakinkan prospek ini bahawa produk tersebut adalah produk TERBAIK yang patut dibeli oleh prospek tersebut pada masa ini.

 

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, anda tak mahu prospek ini berasa tertipu. Anda tak mahu prospek ini rasa tak puas hati setelah beli produk tersebut sekiranya ia tak sama seperti yang diharap-harapkan.

 

Jadi… apa yang perlu anda kata?

 

Apabila anda sedar akan hakikat ni, pasti anda akan jadi lebih berhati-hati dalam memilih perkataan untuk dimasukkan dalam artikel promosi anda. Betul tak?

 

Kata-kata seperti

“Belilah produk ini sebab produk ni best, baunya wangi dan memang best kalau pakai produk ini…” sudah tentu tak cukup bagus untuk meyakinkan prospek tersebut. Anda kena berikan sebab lain yang lebih meyakinkan, barulah dia akan beli produk tersebut.

 

Bagaimana memilih produk dan program affiliate yang sesuai dan TERBAIK?  

Sebenarnya, topik ini adalah sesuatu yang subjektif.

 

Produk terbaik, belum tentu boleh hasilkan sales jika ia tak sesuai dengan kategori pembaca yang melawati blog anda. Blog saya sendiri misalnya, rata-rata pelawat adalah mereka yang inginkan info tentang cara tambah pendapatan, bagaimana buat duit online tanpa modal dan peluang jana pendapatan sampingan.

 

Pelawat seperti ini besar kemungkinan langsung tak minat dengan produk dalam niche penjagaan kesihatan kucing. Tak sesuai.

… dan jika saya cuba promosikan juga, kesannya… saya mungkin gagal sama sekali untuk dapat komisyen. Inilah salah satu sebabnya, kenapa kebanyakkan artikel yang saya siarkan dalam blog ini banyak yang bercerita soal buat duit.

 

Tapi ini bukan bermakna, saya pasti akan gagal buat komisen.

Tak semestinya.

 

Saya masih lagi ada peluang untuk hasilkan komisen, dengan syarat artikel yang saya tulis itu berjaya masuk ke muka surat pertama Google untuk kata kunci yang saya sasarkan.

 

Bagaimana kalau blog anda blog baru?

Kalau blog baru, blog anda masih belum ada organic traffic lagi. Maksud organic traffic ialah, trafik yang masuk ke blog anda secara natural tanpa perlu anda buat promosi.

 

Trafik jenis ini berasal daripada search engine. Bakal pelawat menaip sesuatu kata kunci di search engine, kemudian hasil paparan mereka terjumpa blog anda.

 

Untuk blog baru, anda sendiri tentukan… “Anda nak pelawat yang bagaimana yang masuk ke blog anda?”

 

Contohnya, kalau anda inginkan pelawat dalam kategori suri rumah, maka anda perbanyakkan artikel tentang tips rumahtangga, keibubapaan, panduan mendidik anak-anak dan sebagainya.

 

Kemudian dari situ, selepas anda dah dapat kategori pembaca dalam kalangan suri rumah, barulah anda promosikan produk affiliate yang berkaitan.

 

In Shaa Allah, sales affiliate akan masuk secara automatik. Pada peringkat permulaan, anda sendiri yang tentukan, apakah kategori pembaca yang anda inginkan. Namun, jika matlamat anda adalah nak buat duit, perlu juga dipastikan, kategori pembaca tersebut adalam dalam kalangan mereka yang berduit. Kena pastikan mereka ada kuasa membeli!

 

Pemilihan program affiliate atau affiliate network

Antara program affiliate yang dikuasakan oleh affiliate network yang anda boleh sertai ialah Lazada, Involve Asia dan Klikjer.

 

Nak promosi produk affiliate persendirian pun boleh. Itupun kalau anda percaya pada penyedia program tu. Saya sendiri ada pengalaman, dah buat promosi, alih-alih tak dapat bayaran. Sebab itu sekarang ni, satu-satunya affiliate persendirian yang saya promosikan secara aktif adalah program affiliate yang saya kelolakan sendiri.

 

Cara TERBAIK memilih produk untuk dipromosikan?

Anda masih tak pasti, apa kriteria yang perlu anda pilih sebelum mula mempromosikan produk tertentu? Apa kata anda ikut tips berikut

1. Produk tersebut sesuai dengan niche anda

Kalau niche atau topik blog anda lebih kepada topik cara tambah pendapatan, cara buat side income, maka anda pilihlah produk dalam niche yang sama. Kebarangkalian untuk anda dapat sales lebih tinggi apabila anda mempromosikan produk affiliate dalam niche yang sama dengan topik blog anda.

 

2. Anda dah pernah beli produk tersebut

Atau anda pernah menggunakan produk tersebut. Sekurang-kurangnya anda ada pengalaman menggunakan, melihat atau mengetahui bagaimana fungsi produk.

 

3. Anda puas hati dengan produk

Jangan promosikan sesuatu produk melainkan anda benar-benar puas hati dengan produk tersebut.

 

Tujuan pemasaran affiliate bukannya untuk cover balik kerugian. Kalau anda tak puas hati dengan sesuatu produk, hubungi semula penjual. Bukannya promosikan produk secara besar-besaran supaya lagi ramai yang beli, dan lagi ramai yang akan rasa tak puas hati.

 

4. Anda ingin orang lain turut dapat manfaat daripada produk

Buat duit dengan affiliate bukan semata-mata sebab duit. Pada masa yang sama, kita mahukan orang lain turut dapat manfaat daripada produk tersebut.

 

5. Produk tidak menjejaskan reputasi dan imej blog anda

Produk tersebut mestilah produk yang HALAL dan bukannya produk yang menipu atau scam.

 

Ready? Jom mula menulis!

Kaedah utama apabila anda ingin buat duit dengan blog adalah dengan MENULIS.

 

Itu adalah cara komunikasi antara anda dan pelawat blog anda yang paling BERKESAN.

 

Video, audio, imej dan sebagainya…

 

Saya tak nafikan sememangnya penggunaan video, audio dan imej semata-mata juga sesuai untuk dimuatkan dalam blog. Walaubagaimanapun, ia masih terdapat beberapa kekurangan.

 

Jika anda guna video

Banyak aspek perlu diambil kira, seperti kualiti lakon layar, audio, setting latar dan sebagainya. Kalau video tak menarik, orang tak akan tonton. Lagi satu, video ini makan banyak bandwidth dan ambik masa yang agak lama untuk loading.

 

Proses untuk menghasilkan sebuah video juga (pada saya) lebih rumit dan leceh berbanding proses untuk menghasilkan karya penulisan.

 

Jika guna audio

Kalau suara tak sedap, jangan harap pendengar akan jadi minat nak dengar sampai habis.

 

Audio ini lazimnya digunakan dalam platform podcast. Ia ada sedikit kekangan atau kekurangan kalau nak digunakan untuk mempromosikan produk affiliate.

 

Anda perlu eja satu per satu, link url atau link affiliate anda, memandangkan pendengar tak boleh nak klik pada link anda.

 

Guna imej sahaja

Maksudnya, anda gunakan info-grafik. Cara ini sesuai jika anda ada kemahiran edit grafik. Jika tidak ada kemahiran tersebut, hasil kerja anda mungkin hanya menyakitkan mata.

 

7 Tips menghasilkan artikel promosi yang mampu MENJUAL

Saya nak tutup perkongsian ini, dengan berkongsi kepada anda beberapa tips untuk menghasilkan blogpost yang boleh bantu anda menghasilkan jualan secara automatik.

 

1. Fokus pada keyword

Saya rasa saya dah ulang poin ini beberapa kali dalam artikel ni.

 

Fokus pada keyword, sebabnya prospek yang masuk ke laman web anda adalah mereka yang mencari sesuatu maklumat dengan menaip kata kunci tertentu.

 

2. Ikut peraturan SEO ketika menulis

Jangan abaikan peraturan SEO.

 

Kita nak pastikan artikel yang dihasilkan tu nanti berjaya masuk ke halaman pertama google. Anda tak perlukan pengetahuan SEO yang terlalu mendalam, dan sekiranya anda tahu serba sedikit ASAS SEO itu pun sudah banyak membantu.

 

Boleh baca artikel saya sebelum ini berjudul Panduan ASAS SEO untuk blog dan laman web.

 

3. Artikel lengkap dan padat

Kalau boleh, kita nak pastikan selepas pelawat baca apa yang kita tulis, dia dah terus yakin dan tak perlu lagi nak buat research tambahan. Jadikan artikel yang anda bakal tulis sebagai artikel terakhir yang akan dibaca oleh pelawat sebelum mereka buat keputusan sama ada nak beli atau tidak.

 

Ini bermaksud artikel anda perlu lengkap, dan jika perlu, taip panjang-panjang pun tak ada masalah.

 

Asalkan, ia mudah dibaca.

 

4. Fokus pada pembaca kategori newbie

Diluar sana, terdapat pelbagai kategori manusia.

 

Ada yang profesional, berpengalaman dan ada yang masih baru atau newbie.

Bila kita buat konten, kita letakkan fokus supaya artikel kita dapat dimanfaatkan oleh mereka yang masih dalam kalangan newbie.

 

Jangan terlalu fikir kategori pembaca yang dah pakar.

Selalunya mereka ini tak ada masa untuk baca dan kritik (atau kondem) artikel yang kita tulis.

 

Pada masa yang sama, kita pun kenalah jadi penulis yang bertanggungjawab.

Janganlah menulis ikut sedap hati, sampaikan semua maklumat yang salah pun kita nak masukkan dalam konten kita.

 

Cuba usaha untuk hasilkan konten yang mesra newbie, dan pada masa yang sama golongan yang profesional dan berpengalaman ini, boleh mencadangkan mereka yang masih newbie untuk merujuk kepada artikel yang anda pernah hasilkan.

 

Almaklumlah, kadang-kadang golongan profesional ni, dia tak ada masa nak menulis.

Jadi, kalau diluar sana ada konten yang bagus, at least mereka boleh tolong syorkan kepada orang lain.

 

5. Tunjukkan yang anda ada kepakaran dan authoriti dalam topik tersebut

Walaupun artikel yang anda bakal hasilkan tujuannya adalah untuk menjual, namun anda juga perlu tunjukkan pada pembaca bahawa anda memang ada kepakaran dalam topik tersebut.

 

Masukkan konten yang relevan, dan bukannya ayat promosi semata-mata.

 

Anda sebenarnya sedang membincangkan tentang sesuatu topik, bukannya produk. Produk yang anda promosikan adalah pelengkap kepada topik yang dibincangkan dan bukannya sebaliknya.

 

Konten yang ditulis semata-mata tentang produk sahaja, ianya tak ubah seperti sebuah katalog iklan.

 

Kalau tanya pada saya, saya akan kata yang saya tak suka baca iklan.

Kalau anda, bagaimana?

Suka ke baca iklan?

 

6. Tunjukkan kegunaan lain produk

Anda perlu ambil langkah proaktif untuk membuat kajian tentang produk atau perkhidmatan yang anda promosikan, barulah anda boleh temui kegunaan lain produk yang anda promosikan.

 

Sebagai contoh, sistem autoresponder.

 

Fungsi sistem autoresponder ini sebenarnya adalah untuk memudahkan anda menghantar emel secara automatik setiap kali ada prospek baru yang opt in dan juga untuk menghantar emel kepada prospek sedia ada secara pukal.

 

Lazimnya, sistem autoresponder ini dipromosikan sebagai tools untuk buat duit.

Namun demikian, tools ini juga boleh dipromosikan sebagai alat komunikasi terpenting antara ejen insurans dengan klien, antara pensyarah dan pelajar, dan antara majikan dengan pekerja.

 

Tak semestinya untuk satu kegunaan sahaja. Anda perlu jadi lebih kreatif dalam mempromosikan sesuatu produk.

 

7. Tingkatkan kebarangkalian berlaku click thru rate pada link affiliate anda

Usaha pemasaran anda akan jadi sia-sia, kalau pembaca tak menekan klik pada link affiliate anda.

 

Sesetengah orang, dia melakukan kesilapan yang agak besar dalam menghasilkan artikel blog. Dalam satu blogpost, dia masukkan terlalu banyak link affiliate.

 

Sebenarnya, cara ini hanya akan menyebabkan pembaca anda rasa terganggu, dan tak minat nak tekan apa-apa link yang anda syorkan dalam posting tersebut.

 

Cara yang betul, adalah anda mengurangkan penggunaan link yang tak perlu dalam blogpost anda. Pastikan… satu-satunya link yang perlu ada dalam artikel anda adalah link affiliate anda sahaja.

 

Kalau perlu masukkan link tambahan pun, ianya adalah link untuk baca posting anda yang lain.

 

Dalam poin ini juga, saya ingin menarik perhatian anda untuk elakkan dari mempromosikan banyak produk dalam satu blogpost. Kalau boleh, dalam satu blogpost, hanya fokus pada satu produk sahaja.

 

Namun, jika anda menghasilkan konten dalam bentuk listicle, (list article) maka dalam keadaan tersebut, tak ada masalah untuk anda masukkan beberapa link affiliate dalam satu blogpost.

 

Sekarang ni anda dah tahu beberapa tips, strategi ataupun peraturan untuk buat duit dengan affiliate menggunakan blog personal. Jadi, langkah seterusnya adalah untuk anda take action!

 

Pilih niche anda.

Pilih keyword.

Pilih produk affiliate yang sesuai.

… dan mulakan menulis.

 

Nak tulis artikel panjang atau pendek?

Buat dua-dua.

 

Artikel yang panjang, pastikan ia penuh dengan poin dan bukannya penuh dengan ayat-ayat yang tak perlu. Pembaca ni ada dua kategori.

 

Ada yang suka baca artikel panjang, dan ada juga yang suka baca artikel yang pendek-pendek. Pelbagaikan jenis artikel dalam blog anda untuk disesuaikan dengan kategori pembaca yang berbeza.

 

Paling penting… teruskan menulis. Jangan berhenti menulis.

 

Kalau anda masih belum dapat sebarang sales walaupun anda dah menulis, ini mungkin disebabkan

1. Penulisan anda masih belum cukup power

2. Teknik copywriting anda masih lemah

3. Bilangan artikel promosi yang anda hasilkan masih belum cukup

4. Anda kurang mempromosikan artikel yang anda hasilkan

5. Belum ada rezeki

 

Apa pun, terima kasih kerana anda sudi membaca, dan saya harapkan semoga tips ringkas ini bermanfaat. Ada yang masih kurang jelas? Apa kata anda tanyakan di bahagian komen dibawah.

Baca juga: Lagi banyak anda tulis, lagi cerah peluang dapat Komisyen Affiliate

 

Penutup

Walaupun anda bermula dengan niche personal blog, namun percayalah, sampai satu masa, blog anda akan mula menunjukkan isyarat, apakah niche sebenar blog anda.

 

Sampai satu masa, anda akan boleh lihat, apakah kecenderungan anda dalam bidang penulisan dan penghasilan konten.

 

Anda mungkin akan dapati, yang sebenarnya anda lebih cenderung dan lebih bersemangat untuk buat konten berkenaan dengan topik seperti

1. Kewangan

2. Ekonomi

3. Hobi

4. Camping

5. Memancing

 

Pada masa tersebut, anda juga akan mula nampak, siapakah audiens atau pelawat yang sering membaca blog anda. Pada ketika itu, anda boleh terus tetapkan untuk fokus pada topik tersebut sahaja dan blog anda yang sebelum ini adalah blog personal akan mula beralih kepada blog yang mempunyai niche yang spesifik.

 

Teruskan berkarya.

Teruskan menghasilkan konten yang baru.

 

Setiap konten baru yang anda hasilkan, semua itu ada potensi untuk menyumbangkan jualan dan menghasilkan komisen affiliate.

 

Semoga perkongsian mengenai Panduan buat duit dengan affiliate marketing menggunakan platform blog personal ini bermanfaat.

 

Exit mobile version