Blog Sabree Hussin

12 Jenis artikel yang anda patut tulis untuk hasilkan pendapatan menerusi blog

Satu perkara yang kurang seronok apabila bekerja sebagai penulis ni ialah kadang-kadang kita rasa blur dan tak tahu nak tulis apa.

 

Ada waktu-waktu tertentu, kita rasa bersemangat dan sangat produktif sehingga mampu untuk menulis 3 atau 4 artikel dalam satu hari. Ada waktunya, nak tulis satu perenggan pun rasa susah. Itulah hakikat kerja dalam bidang penulisan.

 

Bila kita dah start menulis tu pula, bukan semua artikel yang dihasilkan boleh menghasilkan pendapatan. Anda perlu tahu, apa jenis artikel yang boleh buat duit dan apa jenis artikel yang apabila kita tulis, ia bertujuan untuk membuatkan pembaca suka untuk baca apa yang kita siarkan.

 

Sebagai penulis blog, kena pandai pelbagaikan jenis artikel. Kalau artikel yang kita siarkan semua jenis untuk buat duit, lama-kelamaan pembaca setia akan jadi boring juga.

Tapi kalau kita tak menulis artikel jenis untuk buat duit, kita kena fikirkan juga hal-hal seperti masa kita untuk menulis dan juga kos untuk maintain sesebuah laman web. Mungkin ada pembaca yang tak tahu, sesetengah laman blog menelan belanja sehingga ratusan ringgit untuk kos maintainence setiap tahun.

 

Kali ini saya kongsikan pula tentang 12 jenis artikel yang anda patut tulis khusus untuk buat duit melalui penulisan anda. Saya syorkan anda pelbagaikan cara penulisan dan cara persembahan dalam blog anda supaya nampak ada variasi antara setiap artikel buat duit yang anda siarkan dalam blog.

 

Kalau sebelum ini, anda hanya gunakan style penulisan jenis review artikel sahaja, lepas ini bolehlah anda tambah dan pelbagaikan lagi style penulisan. Semua sekali ada 12 jenis yang anda boleh praktikkan.

 

(1) Artikel jenis penyelesaian masalah (problem solving)

Apa yang mendorong pengguna internet untuk membuat carian di laman web google? Ada beberapa perkara yang terlintas di fikiran saya, dan salah satunya adalah sebab mereka nak menyelesaikan masalah yang mereka sedang hadapi.

 

Sama ada mereka ingin bebas dari masalah hutang, ingin menyelesaikan masalah kulit berjerawat, ingin tahu macam mana cara nak dapatkan tiket kapal terbang murah dan sebagainya.

 

Disamping kita bekalkan informasi yang dapat menyelesaikan masalah pengguna, pada masa yang sama kita juga akan turut membuat pengesyoran apa produk atau perkhidmatan yang baik untuk dibeli. Jika pembaca buat keputusan untuk beli, kita akan dapat sedikit keuntungan, terutama sekali kalau produk tersebut kita adalah penjualnya atau kita jadi ejen produk.

 

(2) Soalan dan jawapan

Ini salah satu jenis artikel yang saya suka tulis. Artikel jenis soalan dan kita berikan jawapan kepada soalan tersebut. Jawapan yang kita berikan kepada soalan tersebut mungkin tak lengkap atau kita tak dapat nak memenuhi kehendak orang yang bertanya.

 

Saya rasa itu bukan satu isu yang besar. At least bila kita cuba berikan jawapan, setidak-tidaknya daripada tak tahu langsung apa nak dibuat, pembaca dapat sedikit input hasil daripada pembacaan artikel yang kita telah hasilkan.

 

Tapi kalau kebetulan, soalan tersebut boleh dijawab dan masalah boleh diselesaikan dengan membeli produk tertentu, dari situ kita boleh jana sedikit pendapatan.

 

Kita boleh gunakan laman carian google untuk mengetahui apakah soalan-soalan yang popular yang ditanyakan oleh pengguna internet berhubung sesuatu isu. Lihat contoh dibawah ini.

Senarai soalan popular diatas adalah antara soalan yang kerap ditanya oleh pengguna internet berhubung dengan isu percukaian. Kalau anda tahu jawapan bagi soalan-soalan tersebut, bolehlah mula menulis artikel yang menjawab setiap soalan diatas.

 

(3) Sponsored post atau advertorial

Atau dengan kata lain, anda dibayar untuk menulis tentang sesuatu produk, perkhidmatan atau topik tertentu. Sebab itu ia dinamakan sponsored post.

 

Bayaran untuk sponsored post adalah bergantung kepada banyak faktor. Antaranya adalah seperti populariti blog, skil penulisan, bukti pencapaian pelanggan terdahulu dan juga bajet pengiklan.

 

Jika anda ditawarkan bayaran sebanyak RM100 untuk satu artikel, saya kira itu masih lagi satu angka yang agak baik. Sudah tentu, lagi popular blog anda, lagi tinggi amaun yang anda boleh minta.

 

Misalnya anda letakkan bayaran RM1,000 untuk satu blogpost. Dari RM1,000 yang dibelanjakan oleh pengiklan itu, kalau anda boleh berikan pulangan sehingga RM10,000 saya berpendapat ini adalah satu pelaburan yang sangat menguntungkan.

 

Artikel yang telah disiarkan dalam sesuatu blog akan kekal berada disitu sampai bila-bila. Sekiranya blog tersebut wujud selama 10 tahun, maka pendapatan yang bakal diperolehi oleh pengiklan juga akan berterusan sampai 10 tahun. Cuma perlu bayar sekali tapi dapat hasil berterusan. Bukankah ini sesuatu yang menguntungkan?

 

(4) Perkongsian pengalaman

Artikel jenis perkongsian pengalaman memang sangat mudah untuk dihasilkan. Tiada istilah pengalaman yang betul ataupun pengalaman yang salah. Apa yang perlu anda lakukan adalah berkongsi pengalaman anda melakukan sesuatu atau pergi ke mana-mana destinasi percutian.

 

Saya berikan contoh dua artikel berikut

(i) Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary

(ii) Pengalaman sewa kereta di Kota Kinabalu bersama dengan syarikat Global Lepa Car Rentals & Tours Sdn Bhd

 

Kalau pengalaman yang dilalui itu menarik, ceritakan apa yang menarik dengan pengalaman tersebut. Kalau pengalaman tak berapa menarik, nyatakan apa yang tak menarik dan bagaimana orang lain boleh elakkan daripada lalui pengalaman yang sama.

 

Artikel jenis perkongsian pengalaman ini biasanya berkaitan dengan servis ataupun produk tertentu. Sesetengah pelanggan begitu berhati-hati sebelum nak dapatkan sesuatu produk. Sebelum buat pembelian, dia akan buat dulu research dan nak baca pengalaman pengguna terdahulu.

 

Kalau pengalaman dari pengguna sebelum ini baik, barulah dia yakin nak jadi pelanggan. Biasanya untuk produk atau servis yang mahal harganya, bakal pelanggan akan berhati-hati sebelum nak keluarkan duit.

 

Lagi satu orang yang pernah ada pengalaman buruk kena tipu setelah beli produk juga akan lebih berhati-hati sebelum membuat sebarang byaran untuk mendapatkan sesuatu produk.

 

Dari mana datangnya duit kalau buat artikel jenis perkongsian pengalaman? Saya syorkan anda sertai program affiliate dan masukkan link-link affiliate yang bersesuaian dengan pengalaman yang diceritakan.

 

(5) Affiliate product review

Artikel jenis ini juga adalah salah satu jenis artikel khusus untuk buat duit. Kita menulis review tentang sesuatu produk bagi membantu pembaca buat keputusan sama ada sesuatu produk itu wajar dibeli atau tidak.

 

Dalam artikel yang sama kita akan masukkan dengan link-link affiliate milik kita. Pembaca yang menekan klik pada link yang kita paparkan lalu membuat pembelian akan memberikan sedikit keuntungan dalam bentuk komisen kepada kita.

(6) Senarai produk popular

Artikel dari jenis ini agak mudah untuk dihasilkan. Apa yang perlu kita lakukan adalah membuat penyenaraian tentang produk tertentu.

 

Untuk membuat artikel tersebut nampak menarik, kita sesuaikan senarai mengikut keperluan pengguna. Saya bagi contoh

(i) Senarai kamera kalis air yang popular yang menjadi pilihan untuk travel

(ii) Top 10 sistem autoresponder untuk bisnes anda

(iii) Top 7 program affiliate paling popular untuk anda sertai pada tahun 2019

 

(7) Peralatan yang saya gunakan untuk…

Penulisan artikel jenis ini, kita akan senaraikan segala jenis bahan dan peralatan yang kita pernah gunakan bagi melakukan sesuatu.

 

Misalnya

(i) Senarai barang kelengkapan untuk Bisnes Homestay anda jadi lebih laris 

(ii) Senarai plugin wordpress untuk dipasang pada blog

 

Setiap satu barang yang saya ceritakan pada posting diatas, saya masukkan dengan link affiliate saya. Anda boleh sertai program affiliate yang dikendalikan oleh syarikat Involve Asia dan dari situ anda akan dapati ada banyak produk yang boleh dipromosikan dalam blog anda.

 

Sekiranya pembaca ada tekan klik dan beli pada mana-mana satu produk yang saya senaraikan pada artikel tersebut, saya akan dapat komisen.

 

(8) Pengumuman pelancaran produk

Setiap hari, pasti akan ada produk baru yang dilancarkan. Cuma masalahnya ialah, maklumat tersebut mungkin tak sampai pada kita. Syarikat-syarikat besar lazimnya akan menghubungi syarikat media yang lebih popular untuk memberitahu tentang produk yang mereka lancarkan.

 

Tak ada masalah. Kalau anda tak dapat nak bekerjasama dengan syarikat besar, kita boleh alihkan fokus kepada usahawan kecil dan syarikat jenis SME (small and medium enterprise). Mereka ini juga mempunyai produk dan produk yang mereka keluarkan juga tak kurang hebatnya.

 

Apabila kita jadi antara yang terawal menulis tentang sesuatu produk, laman web kita akan jadi salah satu tempat rujukan oleh pengguna internet yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu produk. Produk yang masih baru, lazimnya memang agak sukar untuk kita dapatkan maklumat tentangnya.

 

Kalau laman blog kita ada menulis tentang sesuatu produk yang baru dilancarkan, kita akan dapat limpahan trafik secara percuma hasil daripada carian maklumat oleh pengguna internet.

 

(9) Alternatif bagi produk

Ada waktunya, sebagai pengguna kita tak mampu untuk beli sesuatu produk atau perkhidmatan. Justeru, kita akan mencari apa alternatif yang paling dekat dengan sesuatu produk tersebut.

 

Misalnya kalau dalam situasi saya sendiri, satu masa dulu saya pernah kena banned untuk sertai salah satu program pengiklanan. Jadi, saya terpaksa cari alternatif bagi program pengiklanan tersebut.

 

Ataupun kalau dari skop produk penapis air. Brand Coway adalah alternatif kepada brand Cuckoo. Sesetengah pengguna suka membaca perkongsian jenis alternatif sebabnya ia dapat menunjukkan bahawa pengguna sebenarnya ada pilihan lain, selain terpaksa bergantung dan membeli satu jenis produk semata-mata.

 

(10) Kupon atau kod diskaun

Kalau dah tak tau sangat nak buat artikel yang macam mana yang boleh buat duit, ini satu lagi jenis artikel yang anda boleh buat.

 

Tulis tentang promosi, kupon, atau kod diskaun yang pembaca boleh gunakan untuk beli sesuatu barang. Kebetulan pada waktu saya tulis catatan ini, Lazada Malaysia bakal mengadakan kempen promosi sempena dengan International Women’s Day.

Terdapat pelbagai barangan terpilih yang dijual dengan potongan harga sebanyak 80%.

 

Ataupun kadang-kadang saya juga suka menulis tentang voucher dalam bentuk Travel Credit yang diberikan oleh pihak Airbnb kepada pelanggan baru yang tak pernah lagi buat tempahan melalui laman web Airbnb.

Anda hanya perlu pergi ke laman web ini untuk dapatkan travel credit. Cerita sahaja tentang kupon diskaun, travel credit dan sebagainya, dan nescaya pembaca anda yang belum tahu tentang promosi seperti ini akan berterima kasih kepada anda.

 

(11) Perbandingan produk

Pilih antara dua produk yang lebih kurang sama, kemudian buat perbandingan. Matlamat kita buat perbandingan antara produk, bukanlah untuk mencari mana satu yang lebih baik, sebaliknya kita nak lihat apakah manfaat yang bakal diperolehi oleh pelanggan.

 

Misalnya kita cuba buat perbandingan antara dua jenama penapis air yang popular, iaitu Coway dengan Cuckoo.

 

Untuk hasilkan artikel jenis perbandingan, kita kena tahu ciri-ciri kedua-dua produk. Apa yang terdapat pada produk tersebut. Apa maklumbalas dari pengguna yang dah pernah menggunakan kedua-dua produk tersebut. Kalau anda mempunyai sebarang maklumat yang relevan tentang produk yang nak dijadikan perbandingan juga bagus.

 

Kalau anda merupakan ejen bagi kedua-dua jenama tersebut, sama ada satu atas nama anda, dan satu lagi atas nama pasangan anda, tak kira walau mana satu yang dipilih oleh pembaca, anda tetap dapat untung.

 

(12) Review negatif terhadap sesuatu produk

Selain kita tulis review positif mengenai sesuatu produk, kita boleh juga buat sesuatu yang berbeza berbanding orang lain dengan menulis sesuatu yang kita tak suka dengan produk tersebut.

 

Ataupun satu lagi contoh yang agak popular adalah kita tulis artikel dengan tajuk seperti “Jangan beli produk ini sebelum anda ….”

 

Kita menulis artikel seperti ini bukan untuk mengecam atau kondem produk mahupun servis tersebut. Sebaliknya kita nak tarik perhatian pengguna internet untuk baca apa yang kita cuba nak sampaikan. In fact, apa yang kita tak suka, mungkin bukan satu isu besar bagi orang lain.

 

Contohnya kalau saya kata, “Ini dia 10 perkara yang saya tak suka dengan Legoland…”

Salah satu dari 10 perkara tersebut, mungkin saya akan katakan harga tiket yang MAHAL. Tapi isu tentang mahal atau murah itu adalah subjektif. Pada saya mungkin mahal, tapi bagi orang lain harganya mampu milik.

 

Kalau anda nak dapatkan harga tiket masuk ke Legoland dengan harga diskaun, anda boleh semak disini. Dekat website tu ada banyak tiket masuk ke theme park yang dijual dengan harga lagi murah berbanding beli di kaunter.

 

Ok siap.

 

Saya dah kongsikan 12 jenis artikel yang anda patut tulis. Sekarang terpulang kepada anda sama ada nak kekalkan dengan style penulisan yang sama sahaja, atau nak pelbagaikan.

 

Saya doakan semoga pendapatan anda bertambah melalui penulisan-penulisan yang telah anda hasilkan atau yang bakal anda siarkan dimasa akan datang.

 

 

Exit mobile version