Blog Sabree Hussin

Bagaimana cara hasilkan artikel Advertorial yang convert kepada sales?

Advertorial adalah gabungan dua perkataan iaitu Advertising dan Editorial. Ia merupakan kaedah pengiklanan menggunakan medium artikel. Teknik pengiklanan seperti ini biasanya dapat dilihat dalam penerbitan majalah, surat khabar dan buku.

 

Bakal pelanggan anda tak suka baca iklan. Masalahnya ialah, jika bakal pelanggan tidak membaca ayat-ayat iklan anda, bagaimana anda nak jual produk atau servis yang anda tawarkan? Maka disini, anda perlukan satu pendekatan kreatif untuk memastikan pelanggan tersebut menerima mesej-mesej jualan anda seterusnya mendorong mereka untuk terus melakukan pembelian.

 

Apa yang pelanggan suka baca? Erm… mereka suka baca novel, cerpen, artikel pendek, artikel panjang, informasi, berita, fakta, sains, sejarah dan sebagainya. Jadi bila kita dah tau apa yang mereka minat untuk baca, maka dari situ kita masukkan elemen-elemen iklan dalam artikel yang terhasil. Sebagai contoh, elemen iklan dalam cerpen adalah seperti

Bayi kecil itu menangis tanpa henti seolah-olah sedang menanggung kesakitan yang tak tertahan. Zalina, ibu si kecil itu kebingungan. Diangkatnya si kecil itu ke pangkuan. Lantas dia ternampak, ada kesan-kesan gigitan di lengan dan juga di peha si kecil itu.

“Kesian Daniel anak mama, akit ye kena gigit nyamuk… ala la la… nanti mama sapu ubat ya bagi ilang sakit tu.” pujuk Zalina kepada si kecil itu yang seolah-olah mengerti apa yang dituturkan oleh ibunya.

Lantas Zalina membuka laci dan mengeluarkan ubat yang baru dibelinya tempoh hari. Sekarang ni senang, tak perlu susah-susah nak keluar rumah kalau nak beli barang. Semua boleh beli secara online.

Zalina sempat membaca apa yang tertera pada label ubat tersebut. XXX, mempunyai kandungan A, B, C, D dan sesuai untuk luka-luka ringan dan gigitan serangga. Dan yang paling penting… ia selamat untuk bayi berusia 3 bulan keatas.

 

Adakah artikel advertorial boleh ditulis secara hentam keromo ataupun sebenarnya ada formula khas yang perlu kita ikuti untuk menghasilkan artikel advertorial ni?

 

Jawapannya… DAH TENTU ADA FORMULA KHAS, dan dalam catatan kali ini saya ingin kongsikan antara formula ataupun teknik yang sesuai untuk digunakan dalam penulisan advertorial.

 

1. Target customer

Ini adalah langkah pertama yang anda perlu lakukan sebelum mula menulis. Siapa pelanggan anda? Apa yang mereka suka? Isu ataupun topik apa yang akan menarik minat mereka?

 

Untuk tujuan penerangan, saya akan berikan salah satu contoh advertorial yang saya hasilkan untuk pelanggan saya. Beliau adalah pemilik perniagaan homestay di Dungun.

Boleh baca: Homestay Solehah Dungun – Destinasi penginapan PILIHAN di Dungun

 

Orang yang biasa masuk ke blog ini tak akan baca artikel tersebut. SAYA YAKIN. Kalau ada yang baca sekalipun, mereka mungkin baca sebab tengah bosan dan dah tak tau nak buat apa pada waktu tu.

 

Siapa yang akan baca artikel tersebut jika bukan pembaca tetap blog ni?

Pemilik homestay tersebut memang biasa mengiklankan perniagaan homestay mereka menggunakan pengiklanan berbayar Google Adwords. Jadi, beliau memang dah sedia maklum, ramai potential prospect akan menggunakan perkhidmatan enjin carian google bagi mendapatkan maklumat sama ada disesuatu tempat terdapat homestay ataupun tidak.

 

Jadi, untuk mengiklankan homestay ini, beliau menggunakan adwords. Akan tetapi, masalah dengan Adwords ni ialah, ia perlu sentiasa tetapkan budget untuk pengiklanan.

 

Sekiranya anda juga ingin mengiklankan perniagaan anda di laman carian google, TETAPI anda tak mahu keluarkan bajet untuk tujuan pengiklanan Google Adwords, cara yang anda boleh lakukan ialah menggunakan teknik SEO. Step awal yang perlu dilalui oleh pengamal kaedah SEO dan juga Adwords adalah lebih kurang sama, iaitu masing-masing WAJIB lakukan kajian kata kunci.

Ini adalah antara persoalan yang anda perlu sediakan jawapannya

1. Siapakah yang akan perlukan homestay di Dungun?

2. Apa ciri-ciri homestay yang mereka perlukan

3. Apakah kata kunci yang akan mereka taip di google untuk dapatkan maklumat sama ada disesuatu kawasan terdapat homestay ataupun tidak

4. Berapakah jumlah carian untuk kata kunci tersebut dalam masa sebulan

5. Ada tak sebarang pesaing yang kini sedang mendominasi laman carian google ketika ini?

 

Setiap orang pasti mencari sesuatu secara online. Sama ada berita, maklumat, informasi dan sebagainya. Peranan advertorial adalah menyediakan maklumat yang dikehendaki oleh prospek dan pada masa yang sama, kita selitkan mesej jualan dalam artikel tersebut. Kita berikan apa yang mereka mahu, dan bila terdapat jualan, masing-masing puas hati. Win win situation.

 

Akan tetapi, jika anda hanya menulis ayat iklan semata-mata

1. Promosi katil jenama Badak akan bermula dan berakhir pada…

2. Dapatkan produk ajaib terbaru keluaran syarikat WowYeKeNI..

Mesej jualan anda akan diabaikan. Formulanya mudah sahaja, lagi banyak tengok iklan, lagi banyak berbelanja, lagi banyak duit habis.

 

2. Dapatkan perhatian pembaca untuk teruskan pembacaan

Terdapat dua teknik penulisan yang sesuai untuk digunakan dalam kaedah penulisan artikel advertorial. Saya juga sering gunakan pendekatan ini.

 

Pendekatan pertama ialah dengan menggunakan teknik AIDA, dan pendekatan kedua adalah dengan menggunakan teknik PAS.

AIDA – Attention, Interest, Desire, Action

PAS – Problem, Agitate, Solve

 

Kedua-dua ini pernah saya kupaskan dalam ebook saya iaitu Jurnal Pemasaran Affiliate. Jadi, untuk mengelakkan penerangan saya ni jadi panjang berjela, saya syorkan anda download ebook tersebut dan baca.

 

3. Kesan visual untuk menarik minat pembaca

Lazimnya, pembaca akan cepat bosan terutama sekali apabila melihat terlalu banyak perkataan. Bukan semua orang suka membaca. Kalau baca pun, mereka akan skip skip ke bahagian-bahagian tertentu yang dirasakan menarik minat dan perhatian mereka sahaja.

 

Sebab itu, perlunya kita pelbagaikan penggunaan warna, saiz dan jenis font apabila menulis. Jika perlu, kita gunakan fungsi bold, italic dan juga underline. Semua ini bertujuan untuk memastikan pembaca terus fokus pada penulisan yang kita hasilkan.

 

Selain itu, bagi menjadikan sesebuah advertorial lebih menarik, masukkan juga imej dan juga video yang bersesuaian. Imej dan video pula bukan sekadar perlu menarik, tetapi ia mesti membantu dan berperanan untuk meningkat keinginan pelanggan untuk membuat pembelian.

 

4. Konten marketing

Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, pembaca tak suka baca iklan. Tetapi mereka tak ada masalah untuk baca artikel yang bermanfaat untuk situasi mereka. Pada hari-hari biasa, orang tak akan baca artikel tentang homestay, kelebihan homestay, kemudahan yang disediakan dan sebagainya. Tetapi, apabila ada keperluan, terus artikel seperti ini mendapat sambutan.

 

5. Fokus pada kelebihan dan manfaat utama

Satu kesilapan lazim yang dilakukan oleh usahawan yang menjual sesuatu produk ialah mereka tak fokus pada kelebihan dan manfaat utama produk yang mereka promosikan. Walaupun produk anda produk serba guna dan serba boleh, fokuskan pada area atau manfaat tertentu.

 

Satu target customer untuk satu kelebihan dan manfaat. Jika produk anda ada 10 manfaat, asingkan kesemua 10 manfaat ini dalam advertorial yang berbeza, untuk menarik perhatian pembaca dari 10 target customer yang berbeza juga.

 

6. Apa yang membuatkan tawaran anda berbeza dengan produk lain

Satu perkara yang anda perlu tahu ialah, bukan anda seorang sahaja yang jual produk yang anda jual tu.

 

Apa-apa produk yang terdapat dipasaran, pasti akan ada peniaga lain yang menjual produk yang sama. Apakah yang membuatkan tawaran anda begitu istimewa berbanding tawaran dari peniaga lain?

Adakah perniagaan anda

1. Menawarkan money back guarantee?

2. Menawarkan servis yang lebih personal

3. Lebih murah?

4. Lebih mudah jika berurusan dengan anda

5. Jaminan keselamatan

 

Jika anda ada tawaran istimewa, ianya perlu dinyatakan. Jangan tunggu sampai pelanggan sendiri bertanya, sebab ia tak akan berlaku. Kebiasaannya, jika tawaran anda SAMA SAHAJA dengan peniaga-peniaga lain, pelanggan akan terus memilih peniaga yang menawarkan harga terendah dan TERMURAH.

7. Beritahu pelanggan, apa tindakan seterusnya ataupun CTA

Bagi yang masih belum tahu, CTA adalah singkatan bagi Call To Action. Kebiasaannya, sekadar beritahu sesuatu produk itu adalah produk terbaru, keluaran terhad dan sebagainya masih belum cukup untuk mendorong pelanggan untuk membuat sebarang tindakan.

 

Kita kena nyatakan dengan jelas, dalam advertorial tersebut, apa tindakan seterusnya yang perlu dilakukan oleh pembaca iaitu prospek kita.

1. Tekan klik pada link berikut untuk muat turun panduan.

2. SMS “saya mahu” ke 012 345 6789

3. Hubungi talian bebas tol di 1-800-88-xxxx

4. Hantarkan emel anda ke alamat sabreehussin@gmail.com

5. Masukkan nama dan alamat emel pada borang pendaftaran dibawah

6. Sila like FB kami

7. Sila layari laman web berikut untuk maklumat lanjut

8. Sila isikan borang survey dibawah untuk menebus baucer tunai anda

 

Lain produk, maka lainlah call to actionnya. Terpulang pada anda untuk sesuaikan call to action tersebut.

 

8. Review dan edit

Ini adalah bahagian yang penting dalam proses menghasilkan artikel Advertorial. Pada tahap ini, kita perlu mengesan sebarang ralat atau kelemahan pada artikel advertorial yang dihasilkan. Biasanya, kali pertama menulis, kita cenderung untuk menulis seberapa banyak ayat yang terlintas difikiran hinggakan kita tak sedar, ayat-ayat kita jadi panjang berjela-jela dan bahasanya pula meleret.

 

Lebih memburukkan keadaan lagi ialah, ada sesetengah penulis suka buang masa pada perenggan pertama. Mula-mula dia bagi salam dengan ucapan Assalamualaikum WBT dan salam satu Malaysia. Berdirinya saya disini adalah sebab adik saya yang paling kecik tu dah cilok kerusi untuk saya duduk… bla bla bla… Mungkin penulis seperti ini fikir dengan cara ini dia nampak lebih cute.

 

Sebenarnya tidak. Artikel advertorial memainkan peranan yang penting untuk bisnes anda. Outcome daripada membaca artikel tersebut, hanya ada dua sahaja. Sama ada pelanggan BELI ataupun tidak BELI. Jadi, struktur ayat perlulah disusun dengan rapi bagi memastikan conversion kepada sales jadi lebih tinggi. Bukannya merepek dan buang masa pembaca untuk baca ayat permulaan dan kata-kata aluan sehingga panjang berjela-jela.

 

Itu baru poin pertama dan kita masih belum lagi ambil kira hal-hal lain seperti kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan perkataan. Semua kesalahan ini akan beri kesan kepada kelancaran pembaca untuk meneruskan pembacaan. Jika artikel yang dihasilkan kurang menarik, tidak lancar, pembaca tidak akan tunggu lama untuk tekan pangkah pada artikel yang anda hasilkan.

 

Lazimnya, lapan perkara inilah yang akan saya lakukan apabila melakukan pemasaran menggunakan advertorial. Walaubagaimanapun, ia masih tak terhenti setakat disitu semata… kerana step kesembilan adalah yang paling penting, dan ini turut menyumbang kepada berlakunya sales. Apa dia step tersebut?

 

9. Promosi dan tarik trafik

Pada peringkat awal, promosi perlu dilakukan secara aktif. Ini bermakna, anda perlu

1. Submit artikel di direktori artikel

2. Ping artikel

3. Promosi artikel di FB, Fan page, FB Group

4. Bina backlink dengan artikel lain dalam blog

5. Bina backlink dengan blog lain dan linkback artikel tersebut

6. Broadcast kepada mailing list

 

Walaupun cuma 6 perkara, ia boleh jadi sangat leceh jika anda tak tau macam mana nak mengautomasikan keenam-enam langkah ini. Pemasaran secara aktif boleh dikurangkan sedikit demi sedikit apabila advertorial tersebut telahpun masuk ke page pertama google bagi kata kunci yang disasarkan. Pada waktu ini, anda akan menerima prospek secara automatik dan pasif tanpa perlu lagi bersusah payah untuk buat pemasaran secara aktif.

 

Jadi sekarang ni, anda dah faham kenapa saya begitu beriya-iya menggalakkan anda guna kaedah advertorial ni?

 

Sampai bila pengiklanan advertorial akan berkesan?

Ini adalah soalan yang ditanyakan oleh seseorang yang agak baru dengan pengiklanan cara advertorial. Pertama, saya ingatkan, advertorial bukanlah satu-satunya cara beriklan yang ada dan berkesan.

 

Kita lihat pada situasi semasa. Adakalanya, sesebuah syarikat akan menggunakan pengiklanan di televisyen, radio, bill board, majalah, internet, FB dan banyak lagi. Adakah ini bermaksud iklan di TV tak bagus sampaikan dia perlu iklan di banyak-banyak tempat?

 

Bukan begitu. Kita pelbagaikan channel pengiklanan adalah untuk mendapatkan prospek daripada sumber yang berbeza. Iklan di tv sesuai untuk orang yang suka tengok tv dan drama bersiri. Iklan di radio khusus untuk orang yang habiskan masa mendengar radio seperti pemandu. Orang yang suka main FB kita hulurkan mereka iklan di FB, dan advertorial ini pulak bagus untuk orang yang habiskan masa untuk online dan suka cari maklumat.

 

Sampai bila pengiklanan advertorial ini akan berkesan?

Selagi manusia bergantung kepada laman web carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya, selagi itu kaedah ini akan BERKESAN.

 

Adakah saya telah menjawab persoalan anda?

 

Baiklah. Saya FAHAM anda seorang yang sibuk. Anda tak ada masa untuk hasilkan advertorial anda sendiri. Sembilan step yang saya sebutkan diatas ini benar-benar menyeksa jiwa anda. Tahukah anda, untuk menghasilkan advertorial, saya akan ambil masa sekurang-kurangnya 2 jam.

 

Cuba tanya diri anda, sebagai pemilik bisnes, apa yang anda boleh lakukan dalam masa dua jam tu? Oh maaf maaf… dua jam itu adalah masa yang saya perlukan. Setiap orang pasti perlukan masa yang berbeza. Untuk menghasilkan penulisan yang boleh menjual, ia memerlukan daya fokus yang tinggi disamping pengalaman.

 

Anda boleh cuba sendiri hasilkan artikel advertorial untuk perniagaan anda sendiri. Jika pada kali pertama anda menulis, untuk menghasilkan 1,500 patah perkataan, anda memerlukan sekurang-kurangnya 4 jam baru boleh siap, its a good start.

 

Tetapi 4 jam tersebut adalah sangat berharga. Jimatkan 4 jam tersebut untuk anda lakukan kerja-kerja yang lebih produktif, itu lebih bagus. OUTSOURCE sahaja kerja-kerja advertorial ini kepada mereka yang lebih layak.

 

Jika anda ingin saya hasilkan advertorial untuk anda, dengan rendah hati, saya persilakan anda untuk buat tempahan dan dapatkan maklumat lanjut disini

Atau layari laman web http://servis-advertorial5.blogspot.com/

 

 

Exit mobile version