Blog Sabree Hussin

Tips untuk berjaya hasilkan komisyen menerusi program affiliate Aweber

Awal pagi tadi entah kenapa, tiba-tiba rasa kosong. Blank. Macam tak ada benda yang boleh dibuat dan perlu dibuat. Seolah-olah macam hilang arah tuju sekejap.

 

Saya berkira-kira sendiri…

“Ah sudah… tak kan sindrom writers’ block dah mai pulak ni… Aku ada banyak lagi kerja nak buat kot…”

 

Writers’ block… satu sindrom yang akan menyerang mereka-mereka yang cari duit dengan menulis. Sama ada penulis buku fiksyen atau non fiksyen, penulis novel, ebook, blog dan sebagainya. Satu masa kita ada terlalu banyak idea, hinggakan kita rasa macam semua benda nak ditulis. Akan tetapi, sampai satu tahap, kita akan lalui satu fasa dimana kita tak tau apa nak ditulis. Dem… Writers’ block la tu.

 

Tak guna nak paksa diri, nak menulis bila berada dalam situasi ni. Daripada kita paksa diri untuk menulis, lebih baik kita buat benda lain. Kalau rasa tak ada idea nak menulis, ubahkan la rutin harian pada hari tersebut kepada membaca.

 

Ada satu emel, yang saya terima daripada Debashis D. Director of Marketing bagi syarikat Aweber Systems Inc.

 

Menurut beliau, ada sekurang-kurangnya 3 strategi bagaimana untuk menghasilkan pendapatan dalam bentuk komisyen daripada program affiliate Aweber. Ketiga-tiga kaedah yang dinyatakan ini terbukti berkesan dan memang diamalkan oleh salah seorang top affiliate Aweber.

 

Bagi yang masih kurang jelas, Aweber ni sebenarnya adalah sistem autoresponder yang digunakan bagi memudahkan sistem penyaluran maklumat dan perhubungan menerusi medium emel. Rata-rata mereka yang menggunakan sambungan internet sebagai medium pemasaran, pasti akan menggunakan sistem autoresponder.

 

Ada pelbagai pilihan sistem autoresponder terdapat dipasaran. Ada yang percuma, dan ada juga yang berbayar. Setiap autoresponder, walaupun mempunyai peranan yang sama, namun bukan semua mempunyai kualiti yang sama. Jadi, aweber ni adalah sistem autoresponder yang paling kerap saya gunakan berbanding sistem-sistem autoresponder yang lain.

 

Ini adalah salah satu cek yang saya pernah terima dari pihak Aweber sepanjang saya menggunakan sistem autoresponder milik mereka.

 

Saya gunakan sistem autoresponder aweber bukan semata-mata sebab nak join program affiliate mereka. Sebaliknya, saya memang betul-betul selesa dan lebih senang menggunakan sistem autoresponder milik mereka. Lagi satu, saya dapati dalam banyak-banyak autoresponder yang pernah saya cuba, Aweber lebih mudah dikendalikan berbanding lain-lain yang saya pernah guna. Pendek kata, saya suka guna Aweber dan saya selesa guna Aweber.

 

Meh saya nak cerita berkenaan dengan 3 tips yang anda boleh ikuti untuk buat duit dengan program affiliate Aweber. Rupa-rupanya ketiga-tiga tips ni pun sebenarnya memang saya gunakan selama ni. Kiranya, teknik yang saya gunakan turut diiktiraf diperingkat global la kiranya ha ha

 

Tips 1: Hasilkan artikel berbentuk educational di blog tentang sistem autoresponder Aweber

Sebenarnya, ada ramai yang berminat nak gunakan sistem autoresponder sebagai salah satu tools untuk tujuan pemasaran. Tetapi, masalah mereka ialah tak tau nak pilih yang mana satu. Terlalu banyak pilihan sehinggakan mereka jadi keliru dan tak tau nak pilih yang mana satu. Ini pun masalah jugak sebenarnya kalau macam ni.

 

Jika anda melihat kembali pada arkib blog ni, sebelum-sebelum ni agak banyak juga saya menulis tentang pemasaran emel… dan boleh dikatakan hampir setiap artikel tentang pemasaran emel, saya akan masukkan sekali link affiliate. Mungkin ada la tu, pembaca dan pelawat blog ni yang kemudiannya menjadi pelanggan aweber setelah baca apa yang ditulis dalam blog ni.

 

Tips 2: Nyatakan setiap tools yang digunakan untuk tujuan pemasaran kepada pembaca

Setengah pembaca yang baca penulisan kita, ada yang akan bertukar menjadi peminat kita. Golongan ini akan menjadikan diri kita sebagai idola, dan dengan sebaik mungkin mereka akan dengan sedaya upaya cuba untuk mencontohi setiap tindakan dan keputusan yang kita buat.

 

Jika anda juga turut menyatakan, apakah jenis tools yang anda guna untuk pemasaran secara online, tidak mustahil akan ada yang follow anda. Mana-mana yang perlukan pembelian, dan mereka membeli menerusi link affiliate anda, kan ini boleh jadi rezeki terpijak ni.

 

Tips 3: Masukkan link affiliate dalam setiap artikel yang menyebutkan tentang perkataan Aweber

Ini pun penting untuk meningkatkan kebarangkalian link affiliate anda di klik dan berlaku pembelian disitu. Namun, JANGAN SPAM blog sendiri. Hanya letakkan link affiliate di mana-mana kawasan yang dirasakan sesuai sahaja, bukannya letakkan disemua tempat.

.

..

3 tips ni memang nampak mudah dan ringkas. Tetapi berapa ramai yang sanggup untuk take action and make it happen?

 

Selamat mencuba, dan semoga anda beroleh kejayaan. In Shaa Allah.

 

 

 

 

Exit mobile version