Blog Sabree Hussin

Komisyen Affiliate Dari Aweber Sebagai Warming Up

Mula-mula saya plan nak bercuti dari menulis blog cuma dalam sehari dua je. Kebetulan masa itu saya dijemput ke utara tanah air, ada majlis perkahwinan seorang kenalan kat sana.

Bila semua dah selesai, dan saya pun dah balik Klang (tempat kediaman saya) saya masih tak kembali update sebarang pengisian terbaru dalam blog ni.

Sedar tak sedar rupanya dah nak masuk 24 hari jugak saya tak hasilkan sebarang content terbaru untuk blog ni. Hampir sebulan jugak rupanya. Bahaya betul.

Sebenarnya sekarang ni saya sedang fokus untuk keluarkan produk terbaru. Satu ebook tentang pemasaran affiliate, yang saya beri nama Jurnal Pemasaran Affiliate.

Ebook boleh kata dah siap.

Sekarang ni dalam proses nak siapkan design ecover, setup laman jualan, pasang skrip affiliate dan sebagainya.

Lepas tu dah boleh mula open untuk tempahan.

Power sangat ke teknik yang saya nak kongsikan tu?

Tak nak jawab boleh soalan macam ni? Niat saya nak kongsikan kepada seberapa ramai yang boleh, the exact same technique yang sendiri gunakan untuk dapatkan komisyen affiliate.

Cakap pasal komisyen affiliate, baru saya teringat komisyen daripada Aweber. Komisyen pertama saya perolehi, rupanya jatuh pada tarikh yang sama dengan tarikh lahir saya 🙂

Setengah orang, bila kita cakap boleh buat duit dengan affiliate marketing, dia memang dah tahu dari A sampai Z. Lengkap dengan teknik, taktik dan strategi yang boleh digunakan.

Untuk golongan yang macam ni, saya tak perlu risau sangat.

Biasanya mereka pun tak akan tanya, macam mana nak dapatkan komisyen. Nak tanya pun nak buat apa kan… sebab mereka ni memang dah tahu.

Walaubagaimanapun, sebenarnya kat luar sana, masih ramai lagi yang tak tau macam mana nak dapatkan komisyen affiliate.

Pada dasarnya, nak dapatkan komisyen affiliate bukanlah susah mana. Kita cuma perlu buat promosi.

Namun pada saya, jawapan kita cuma perlu promosi, itu terlalu general.

Macam mana cara nak buat promosi tu? Dan cara apa yang terbaik untuk buat promosi sebenarnya?

Sekarang ni, bila kata kena buat promosi je, orang dah bayangkan… ni mesti nak guna FBAds. Nak kena keluar duit lagi… lepas tu belum tentu ada hasil.

Bukan setakat trauma je, FBAds ni pun boleh mengundang fobia sebenarnya.

Saya tak pakar dalam bab-bab iklan FBAds, walaupun saya ada beli banyak produk ebook yang mengajar tentang FBAds. Saya beli pun untuk tambah pengetahuan peribadi, tapi untuk kegunaan kerja-kerja pemasaran sendiri, FBAds bukanlah kegemaran saya.

So… untuk kerja-kerja pemasaran online, saya memang tak pakai sangat FBAds ni. Ala… tak pakai FBAds pun masih boleh buat duit. Tak payah nak bergantung sangatlah dengan FBAds ni. Kalau tak pandai guna, tak ada bajet yang memang dah kita asingkan untuk buat iklan, nanti buat rugi je duit habis macam tu je.

Kalau anda memang ada bajet khas untuk tujuan buat iklan tu takpe. Ni yang biasa berlaku, kat orang yang masih baru khususnya, itulah modal untuk belajar, itulah duit nak beli ebook, lepas tu duit tu jugaklah yang nak digunakan untuk dapatkan tools untuk buat bisnes.

Memang tak cukup la sebenarnya.

Apa pun saya jugak pernah rasa, berada dalam situasi macam tu. Memang pedih la jugak. Ingatkan boleh terus buat duit lepas dah beli ebook, panduan tertentu, rupanya masih kena keluar duit sebagai modal untuk jalankan bisnes tu.

Jangan tertipu sudah.

 

 

Exit mobile version